Bismillah
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan Pencipta Alam. Tidak pernah sekali dia lupa untuk memerhatikan keadaan hambaNya di muka bumi ini. Selawat dan salam keatas Rasul junjungan Muhammad SAW.
Hari khamis yang lepas ana turun ke Kaherah, berseorangan menaiki keretapi biru berpangkat 2 dibelakang. Menelusuri kegelapan malam dan sampai disana hampir 9.30 malam setelah bertolak pada pukul 6 petang. Perjalanan yang panjang ibarat dari Kuala Lumpur ke Johor mungkin.
Kemudian dijemput oleh Edi dibelakang rumah terengganu terletak di Hayyu Asyir atau diterjemah menjadi seksyen 10. Dibawa makan dan dibelanja olehnya dikedai Firakh Mashwiyah yang paling sedap pernah dirasa dan juga murah. Syukran Edi, segan ana enta belanja.
Pada fikiran ingin ziarah rumah ikhwah disana, tapi terpaksa dibatalkan memandangkan malam sudah hampir menjengah pertengahannya dan tidak mahu menganggu ikhwah lain tidur memandangkan subuh yang begitu awal.
Bayak perkara yang diborakkan oleh ana dan juga Edi ketika makan. Bertanya perihal keadaan disini. Dan amcam-macam lagi. Banyak yang ana dapat dengan hanya berbual selama lebih kurang setengah jam bersama Edi. Syukran sekali lagi Edi.
Setelah membuat keputusan untuk tidak kerumah ikhwah yang lain pada malam ini, maka kami bercadang untuk balik dan melelapkan mata. Ana bermalam dirumah Edi dan sempat berbual dengan Hafiz dan Adrianto. Tampak semuanya sibuk untuk menghadapi imtihan yang bakal menjelang. Semoga dipermudahkan Allah Ustaz2 semua. Mumtaz kita untuk ummah. Cepat2 balik Malaysia dan berkhidmat.
Esok pagi selepas solat subuh kami bermain bola di Suq Sayarat pada jam 5 pagi. Sangat bagus kerana mengajar kita untuk bermujahadah supaya tidak tidur selepas subuh dan turun bersukan untuk menyihatkan badan.
"Mu'min yang kuat lebih disukai Allah SWT dari mu'min yang dhaif(lemah)"
Tak silap ana yang ini hadis sohih dan terlupa pula matannya dari mana. Sila google ya.
Selepas 1 jam setengah bersukan, semua ikhwah diminta berkumpul untuk sedikit sesi tazkirah yang memang menjadi kebiasaan disini dan juga di Alex. Cuma di Alex kami bermain pada pukul 6 pagi bertempat dijalan belakang Istad Gamaah. Mana2 sahabat yang free boleh join sekali, boleh dapat tazkirah percuma lagi.
Tazkirah di suq sayarat berkisar tentang kepentingan dalam menjaga amalan kita sewaktu exam. Amal fardhi seperti bacaan Alquran, solat jemaah dan lain2 perlulah dijaga supaya akhirnya nanti jadilah kita mu'min yang soheh wa soleh.
Habis bermain bola, ana berborak dengan ikhwah2 yang lain. Sempat juga bertemu dengan abang Syuk, namanya Syafiq Shafie. Muka lain sikit dari syuk tapi hati sama baik. Dia amat concern dengan adik dia kat sini sehinggakan dia minta ana report je kat dia kalau adik dia ada masalah ape ke. Ini contoh sayang abang kat adik.
Panjang pula jadinya post ni, tapi tak kisah, ana nak cerita jugak. Selepas itu, ana dan Edi berjalan menziarahi rumah ikhwah disitu dan yang sempat ana ziarahi hanya rumah Azwan yang dikenali dengan nama Darul Irsyad.
Disini jumpa pula ustaz2 yang macam2 perkaranya. Membincangkan perihal politik semasa. Ana hanya tersenyum melihat gelagat Malaysia. Ana cuma tak faham bila mereka berkata ada satu parti dekat Malaysia kalau kat sebelah roket dia kata tahalul siyasi tapi kalau kat sebelah penimbang dia kata tadarruj. Ada sesiapa boleh explain? hehe :)
Macam2 lagi la yang diorang bualkan tentang politik kat Malaysia ni. Ana mendengar sahaja sambil2 ambil ilmu mana yang patut. Tapi bagusla kerana Islam bukan hanya pada ibadah sahaja. Politik pun termasuk juga. Kalau tidak percaya baca header blog ana kat atas tu. Ni Imam Hasan Al Banna yang cakap dalam Usul Ishrinnya.
Selepas itu ana buat keputusan untuk baik sebelum jumaat dan ana sampai keisni dalam pukul 3.30 petang hari jumaat. Ana kol saddam untuk masak nasi sebab ana dah lapar dan saddam pula offer untuk ambil ana dekat Mahattat Al Misr menaiki Mujahid ridernya. Syukran saddam.
Pada malamnya pula ana bermain bola sekali lagi, perlwana persahabatan antara PAPADOM, EL CLASSICO FC, BUTTERFLY dan team ana sendiri APPLE. Ana rasa dalam perlawanan bola ini paling memberi kesan kepada ana.
Kenapa?
1) Hari tu Afiq Aziz ada ajak budak2 1st year main CS, pelik tak? Afiq Aziz yang baik gila ajak main game? Kemudian dia menjelaskan bahawa dengan bermain inilah kita dapat tonjolkan sikap sebenar kita dan itulah yang ana nampak semalam. Jika ada salah silap mari kita beristigfar dan bertaubat, berazam dan berusaha untuk berubah. InsyaAllah.
2)Pada malam itu juga, ana dah tersakitkan hati sahabat ana melalui mulut yang lantang ini. Sampai dia dah touching dengan ana dan beberapa orang sahabat. Jadi ana berazam untuk mengurangkan berkata-kata perkara yang tidak bermanfaat dan yang dapat menyakitkan hati orang lain. JADI DISINI ANA NAK MINTA MAAF DEKAT SAHABAT TU. ANA MEMANG TAK SAGKA BOLEH JADI SAMPAI CAMNI. ANA JANJI, INSYAALLAH ANA AKAN LEBIH BERHATI2 DALAM BERKATA2. ANA NAK UCAP TERIMA KASIH SEBAB WALAU BERAPA BANYAK PUN YANG ANA SALAH TAPI DIA TAK PERNAH NAK MARAH DAN LUAHKAN EXCEPT PADA MALAM SEMALAM.
"AME AKU MINTA MAAF"
-THE END-
No comments:
Post a Comment