" Assalamua'laikum mak, apa khabar. Iman nak baagitahu ni, Iman dah dapat kerja dekat sini. Alhamdulillah dapat kerja di kedai jual baju" khabar Iman kepada Ibunya.
"Alhamdulillah nak, kerja disitu elok-elok. Kerja rajin-rajin. Man jadda wajadda man kasala fashala." pesan emaknya.
"Baiklah mak, terima kasih kerana mengingatkan" balasnya.
Seminggu berlalu sejak Iman diberi pekerjaan sebagai jurujual di sebuah kedai baju yang terletak ditengah-tengah ibu kota. Tugasnya tidak begitu berat, cuma perlu melayani pelanggan dan kadangkala menyusun dan mengangkat sedikit sebanyak barangan yang ada.
Sepanjang dibandar Iman menetap bersama sahabat lamanya Ikram. Mereka telah bersekolah bersama sejak kecil dan juga merupakan teman sepermainan semasa kecil dahulu. Mereka meyewa sebuah apartmen 2 bilik bersama-sama.
Usai menjadi hamba dunia pada waktu petang, Iman pulang dan bersiap untuk menyahut seruan Illahi. Meyahut panggilan azan yang berkumandang dicelah-celah lorong pembesar suara. Suasana menjadi tenang pada petang itu. Angin bertiup perlahan, diiringi dengan tarian daunan hijau kekiri dan kekanan. Menjadi penyejuk mata yang memandang. Alangkah indahnya nikmat tuhan.
'Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat' An-Nur, ayat 30.
Kalam-kalam ini terngiang-ngiang di benak kepalanya disaat dia melangkah keluar dari masjid selepas selesai menunaikan solat isya'. Teringat akannya disekolah dahulu ustaznya pernah mengatakan perkara yang sama.
Allah SWT menyuruh lelaki yang beriman diatas muka bumi ini agar menahan matanya, dari melakukan kemaksiatan. Kerana dari matalah turunnya kehati. Lalu satu maksiat yang dilakukan menghasilkan satu titik hitam dalam hati. Semakin banyak maka semakin gelaplah hati itu.
Tetapi sejak datang kesini, sukar untuk dia menundukkan pandangannya. Kehidupan dibandar ini amat jauh bezanya dengan kampung halamannya. Apa yang disaksikannya setiap hari adalah wanita-wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna.
Ada diantara mereka memakai tudung tapi masih didedahkan perhiasannya. Tidak mungkin dikira dengan jari wanita-wanita yang memakai baju ketat dan sebagainya. Akhirnya semua ini hanya mengundang dosa dan menggelapkan hatinya. Lantas apabila terlihat semua itu, dia tunduk memejamkan mata.
Dia cuba untuk mengingat kembali ayat yang diturunkan Allah dalam Surah An-Nur. Dia kembali beristighfar dalam hatinya. Dia menjadi ta'ajub kerana Allah telah memberi peringatan kepada mereka. Tetapi kenapa mereka solah-olah merendah-rendahkan peringatan itu malah telah mencabarNya.
Dia teringat firman Allah:
'Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya).......' An-Nur ayat 31.
Jadi adakah beriman, wanita-wanita ini. Allah sendiri telah menyampaikan bahawa hanya wanita beriman sahaja yang akan menjaga perhiasannya. Maka kemana pergikah yang lainnya. Adakah mereka pernah terfikir benda ini. Berimankah mereka. Jika beriman sudah tentu mereka akan patuh akan suruhan Allah ini.
Argh, memikirkan benda ini hanya menyakitkan kepalanya. Hanya kepada Allah dia berserah. Agar dicampakkan hidayah kedalam hati mereka. Dia tidak mahu saudara seagama. saudara sebangsa dengannya, akhirnya menjadi kayu api neraka. Disebabkan murkanya Allah kepada mereka.
Perlahan Iman melangkah kerumahnya. Malam itu terasa henimg. Sesekali terdengar bunyi kenderaan melintasi kawasan apartmennya lantas memadamkan kesunyian yang menguasai tempat itu. Fikirnya untuk melelapkan mata sejurus sampai di rumah. Keletihannya melakukan pelbagai pekerjaan disiang hari membuatkannya terasa penat.
Sampai dirumah dia meyalin pakaiannya. Lalu membaringkan diri diatas katil dan lena dibuai mimpi beberapa minit selepas itu.
1 comment:
cerpen islamic yang bagus.teruskan menulis kerana Allah Taala.
Post a Comment