Friday, July 22, 2011

ERTI KEJAYAAN PART 1

SK WANGSA MAJU SEKSYEN 1
Lambang Sekolah

 Memori mengimbas kembali, beberapa tahun kebelakang. Tatkala aku masih berumur 12 tahun. Umur yang boleh dikatakan masih kebudak-budakan pada zamanku dahulu. Ketika menanti keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR), sesi persekolahan masih diteruskan seperti biasa.

   Jika umur pada masa itu baru setahun jagung, maka sinonim dengan perangai suka bermain dan bermacam-macam lagi. Pelbagai perkara dilakukan termasuk bermain kad, lawan pemadam dan bermacam-macam perkara lagi. Seingat aku tidak terlintas pun difikiran tentang keputusan yang bakal dikeluarkan.

lawan pemadam, siapa kalah dirampas pemadamnnya.


   Bagiku pada ketika itu, lantaklah keputusan bagaimanapun. Aku masih tidak ambil kisah. Yang aku tahu adalah kawan-kawan dan keseronokan. Begitulah sehingga akhirnya keputusan UPSR dikeluarkan. Aku tidak mengharap yang tinggi kerana aku adalah pelajar biasa, malahan keputusan percubaan pada sebelum itupun hanya cukup-cukup makan dengan 1A dan 4B. Tidaklah aku mengharap yang tinggi untuk UPSR ini.

  Tiba hari yang dinantikan aku hadir kesekolah, seingat aku diwajibkan semua untuk memakai pakaian seragam sekolah. Suasana sekolah gamat, yang hadir adalah murid-murid tahun 6. Ada yang datang bersendirian seperti aku. Ada juga yang datang bersama ibu dan bapa mereka. Pasti mereka risau akan keputusan anak mereka. Fikirku.

   Semua murid yang hadir diminta untuk beratur mengikut kelas masing-masing. Aku masih ingat wajah cikgu-cikgu yang ada disitu. Kelihatan berseri ibarat cahaya matahari bangun pagi. Aku? Hanya duduk menanti tanpa apa-apa perasaan dihati. Aku tidak berapa kisah dengan keputusan yang bakal diumumkan nanti. Apa nak jadi jadilah. Fikirku.

   Cikgu Kadir, bekas cikgu matematikku sewaktu darjah 6 kelihatan gembira dan berjalan menghampiri seorang sahabatku. Zulkarnain jika masih aku ingat namanya. Cikgu mencubit-cubit pipinya dengan rasa geram sambil tersenyum padanya. Aku hanya memerhati. Terfikir juga megapa cikgu memberi reaksi sebegini.

   Akhirnya keputusan diumumkan. Bermula dengan pelajar yang memperoleh keputusan 5A. Pertanyaan aku tadi terjawab. Rupanya Zul merupakan salah seorang dari mereka. Kelihatan ceria pada wajah mereka. Majlis diteuskan dengan memanggil murid 4A1B pula. Seorang demi seorang rakan sekelasku dipanggil.

   Lupa untuk aku nyatakan pada ketika ini aku berada dalam kelas yang pertama. Tidak hairanlah yang berada dipentas ini merupakan sahabat-sahabat sekelasku. Mereka semua merupakan pelajar yang bijak, yang keputusannya selalu melebihi aku. Sedangkan aku hanya berada dalam golongan pertengahan dalam kelas itu.

   Lamunanku dimatikan apabila aku diminta untuk naik kepentas. Aku bangun perlahan dengan riak wajah yang tidak menunjukkan apa-apa. Cuma aku tersenyum apabila sahabatku Din menegurku. 'Wah Indra pandai gak ko ye, 4A kot'. Aku berdiri menghadap hadirin yang berada dihadapanku.

   Aku tidak dapat menggambarkan perasaan aku pada ketika ini. Aku tidaklah gembira, tidak juga sedih. Aku merasa "BIASA". Kemudia urusan untuk mengambil segala jenis sijil yang wujud pada masa itu dilakuakan antara guru kelas dan murid-murid. Ibu bapa yang hadir sama-sama berkongsi kejayaan anak mereka, Aku? Ibuku sedang bekerja, untuk mencari sesuap nasi untukku. Begitu juga ayahku.

   Aku agak terkilan kerana tidak dapat berkongsi kejayaan ini bersama mereka disekolah. Pulang kerumah aku menunggu mereka. Ibuku balik lantas aku mengatakan keputusanku biasa-biasa sahaja. Sengaja aku lakukan begitu untuk menimbulkan suspens kepadanya. Ibu berkeras mahu melihat sijilku lantas aku hulurkan kepadanya.

   Ibu kelihatan sangat gembira, sehingga terkeluar dari mulutnya untuk membelikan aku PS 1 yang amat popular pada masa itu. Aku hanya tersenyum gembira kerana ibu ingin menghadiahkan itu kepadaku.

Aku masih tidak kenal akan erti kejayaan pada ketika ini. Yang aku tahu aku mahukan PS 1 itu dan ingin bermain sepuas-puasnya. Itu sahaja yang aku tahu.

No comments: