Friday, February 24, 2012

-- KITA BELUM BERSEDIA --


Sumber : Satu Umat


   "Jangan kita rasa berbangga bilamana mutabaah amal kita penuh, apa yang kita lakukan sekarang ini hanya cebisan dari apa yang dilakukan oleh para sahabat, tabi' dan tabien, apa yang kita lakukan hanya boleh dikira sebagai asas sahaja berbanding dengan apa yang dilakukan mereka"

   Kata-kata Ustaz Suhaib ketika kami menziarahi beliau dirumahnya. 

   Cuba kita fikir dan dalami kata-kata tersebut, dan kita kaji pula bagaimana terbezanya kita dengan para sahabat. Diatas ana membawakan kisah seorang pejuang yang hebat pada zamannya. Seorang pejuang yang berjiwa besar, mempunyai cita-cita dan matlamat yang tinggi. Berpandangan jauh dan mempunyai ciri-ciri pemuda yang sukar dicari pada zaman ini.

   Nah, cuba kita bandingkan beliau dengan diri kita. Terutama bagi mereka yang bergelar pemimpin. Amat jauh sekali, ibarat langit dan bumi. Kita yang sentiasa bermalasan dalam melakukan amal ibadah kepada Allah, sentiasa lupa apa yang disuruh tetapi selalu buat apa yang  dilarang. Itulah yang terjadi pada kebanyakan dari kita tidak terkecuali diri ana sendiri.

   Kita ambil contoh perbandingan solatnya dan solat kita. Jika ditanya tentang solat kita yang fardhu, hanya 5 waktu, sejak dari baligh hingga sekarang. Siapa yang berani kata dia tidak pernah meninggalkan solatnya itu, maka tahniah dan ucapkanlah syukur kepada Allah kerana memberi kekuatan untuk melaksanakannya. Jap jap jap... Satu soalan lagi... berjemaah ke? Hmmm fikirkan.

   Itu baru masuk solat fardhu, belum solat sunat rawatib, belum lagi solat tahajud atau qiamullail. Kadang-kadang borang mutabaah amal yang diberikan pun belum tentu penuh dan perfect, cuba kita kira berapa kali kita berjemaah 5 waktu dimasjid selama seminggu. Pasti banyak lompong disana sini.

   Hakikatnya kita jauh, masih lagi jauh. Susah sebenarnya untuk mengatakan kita ini sudah benar-benar mempunyai kadar keimanan yang kuat. Seperti yang dikatakan, jika mutabaah amal penuhpun, tidak perlu untuk dibanggakan. Malah perlu untuk kita menambah lagi amalan kita dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

   Sebagai pemimpin kita perlu menggerakkan akal fikiran, berfikir dengan hati. Layakkah aku sebagai pemimpin, layakkah digelar sebagai pemimpin apabila suruhan Allah yang perlu diutamakan tidak dijalankan. Layakkah kita menjadi pemimpin apabila solat fardhu kadang-kadang tertinggal? Ini baru perkara asas... Ya baru sahaja perkara asas.

   "Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan perkara yang tidak kamu kerjakan"

As Saff : 2

   Seringkali kita mengingatkan orang untuk lakukan itu dan ini, tapi kita sendiri terlupa atau lalai dalam melakukannya. Muhasabah kembali. Muhasabah kembali. Malam ini sebelum tidur cuba fikirkan perkara ini.

   

   Bersediakah kita untuk perkara seperti ini? Saudara kita di Syria... Apa yang mampu kita lakukan untuk membantu mereka? Beli tiket ke Syria dan berperang bersama mereka? Ana rasa ramai yang tidak sanggup buat begitu. Jadi?

 

Setiap seorang dari kita adalah seketul batu.

   Untuk membina benteng dan kekuatan bagi sebuah kubu yang kuat dan teguh, jika ditembak tidak jatuh. Maka proses pembuatan sebiji batu bata memerlukan penelitian dan kesabaran. Bahan-bahan yang dipilih hendaklah yang terbaik, acuannya, saiznya, hendaklah betul mengikuti spesifikasi yang dikehendaki. Batu bata yang diproses itu hendaklah kukuh dari sebarang tekanan. Tidak cair dibasahi hujan, tidak terbang ditiup taufan. Maka dengan penelitian yang dilakukan, dapatlah kita hasilkan sebiji batu bata yang berkualiti dari segi ketahanan dan kelasakannya.

   Maka begitu jugalah diri kita, bina asas dalam diri kita. Bina kekuatan jasmani dan rohani. Semai dan kukuhkan asas-asas Islam dalam diri. Agar nanti kita akan dikelompokkan dalam mereka yang sudah mampu mempertahankan agama. Jika terasa kekurangan dalam solat, maka perbaikilah, jika kurang dari aspek amalan sunat, maka pertingkatkanlah maka begitulah seterusnya. 

   Ya Allah, jujur ana katakan, ana rasa ana belum lagi mampu menjadi sebuah batu yang berkualiti. Ciri-ciri yang diperlukan amatlah kurang, ana juga manusia biasa yang cuba mengubah diri. Ana juga sedang bermujahadah dalam meninggalkan jahiliyah dalam diri. Bagaimana pula dengan antum? Adakah hanya mahu berdiam diri? Mari kita sama-sama mengubah diri, meninggalkan perkara yang melalaikan diri. Key point nya adalah cuba dan usaha. InsyaAllah dengan usaha kita itu Allah akan pandang jika kita ikhlas kerananya.

   Sahabat-sahabat sekalian, masa yang kita ada tidak lama. Masihkah kita mahu menunggu sehingga ajal tiba? Mungkin esok tau luse malah mungkin saat ini Allah menarik nyawa kita? Adakah perlu untuk kita menunggu saat itu untuk berubah? :'(

   " Demi masa (1) Sungguh manusia itu dalam kerugian,(2) Kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.(3) "

Al Asr : 1-3

Wednesday, February 15, 2012

-- KERANA ALLAH AKU CINTAKAN DIA --

Bismillah.

Sebelum baca jom istigfar 10x dulu jika ada dosa2 yang kita baru lakukan.

Astahgfirullah

Astagfirullah

Astaghfirullah

Astaghfirullah

Astaghfirullah

Astaghfirullah

Astaghfirullah

Astaghfirullah

Astaghfirullah

Astaghfirullah.....

   Akhukum fillah. Pernah antum dengar perkataan ini? Bagi yang biasa mengikuti program2 usrah tidak kira di sekolah atau di universiti dan lain2, pasti akan selalu mendengarnya. Sebuah ayat indah yang selalu digunakan tatkala kita berkenalan antara satu sama lain.

  
 إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

'Sesunggunya setiap mu'min itu bersaudara, kerana itu damaianlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.' -al Hujurat:10

   Setiap antara kita sesama Islam adalah bersaudara, tak dapat tidak kita perlu untuk 'kisah' mengenai mereka dan saling berenal-kenalan. Maka taaruf adalah permulaan. Selalunya perkataan yang indah ini kita guna ketika bertaaruf terutama bagi mereka yang mempunyai pengalaman mengikuti usrah.

   Ada apa dengan perkataan ini?

   Ana pernah dengari dari seorang guru mengaji ana disini, Sheikh Muhammad Hamed. Dia pernah memberitahu bahawa perkataan tersebut mempunyai beberapa peringkat dan darjat. Dan yang paling tinggi adalah 'akhukum fillah'. ' Saya cintakan awak kerana Allah.(Sebenar2nya kerana Allah).

   Terdapat juga akhukum lillah dan sebagainya tetapi fillah adalah yang paling tinggi darjatnya. 

   Jadi apa masalahnya?

   Kita sering mengucapkannya ketika berkenalan dan sebagainya tapi adakah ita memahami sebenar2 cinta kerana Allah itu. Ana rasa ramai diantara kita termasuk diri ana sendiri, kadang hanya mengucapkan sekadar dimulut. Kadang2 kita merasa hebat sebab dapat memulakan sesi perkenalan dengan berbahasa arab dan sebagainya.

   Adakah dalam hati kita benar2 timbul perasaan cinta terhadap sahabat kita yang baru sahaja dikenali? Akhirnya ketiadaan rasa cinta yang sebenar terhadap saudara kita hanya akan membawa kita kearah perasaan seperti iri hati, perasaan aku lebih hebat pada dia, dengki dan sebagainya.

   Sepertimana kita cintakan isteri yang dikasihi, dimana kita sanggup terima kekurangannya dan membantunya dalam menyelesaikan permasalahan tanpa ada rasa gundah dalam hati maka seperti itu jugalah kita dengan sahabat2 kita.

   Rasailah, masukkan perasaan cinta kita yang sebenar2nya terhadap sahabat kita. Akhukum fillah bukan hanya pemanis dimulut sahaja tetapi adalah sebuah perkataan yang indah yang diiringi sekali dengan rasa cinta terhadap sahabat2 kita.

   Jadi kepada yang mengenali ana, ANA AKHUKUM FILLAH.... 
   

Sunday, February 12, 2012

-- PEJUANG NAFSU --

"Aina antum ya Salahuddin Al Ayubi?"

"Aina antum ya Mehmed Al Fateh?

"Dimanakah kamu wahai Salahuddin Al Ayubi?"

"Dimanakah kamu wahai Mehmed Al Fateh?"

   Dimanakah kamu semua ketika umat memerlukan kamu? Tidakkah kamu mendengar suara mereka? Tidakkah kamu mendengar rintihan mereka? 

   "Banguuuuuun!!!!"

   Bangunlah kamu dari tidurmu. Yang selama ini dibaluti kesenangan duniawi. Diselimuti kain-kain hawa, yang sentiasa menjauhkan kamu dari Allah SWT.

   Adakah kamu mengambil cakna wahai pejuang, tidak!!! kamu tidak layak dipanggil pejuang. Pejuang apa yang hanya diselimuti nikmat keduniaan. Sedangkan pejuang sebenar dihiasi tubuhnya dengan titik peluh dan darah perjuangan.

   Adakah kamu hanya melihat sahaja keadaan umat sekarang? Adakah kamu tenggelam dalam keduniaan? Adakah kamu tenggelam dalam kemaksiatan? Adakah kamu berseronok dipentas-pentas jalanan?

   "Wahai Salahuddin, wahai Mehmed Al Fateh, bangunlah kamu semua dari kelenaan" " Jangan lagi kamu tertipu dengan mehnah keduniaan, bangun dan bagkit dari lenamu, bangun dan bangkit dari tidurmu. Umat memerlukan kamu... Umat memerlukan kamu.......



.........................................


"Wahai suara yang memanggil kami, maafkanlah kami, kami belum bersedia. Kami masih cintakan dunia. Keseronokannya tiada tolok bandingnya. Kenapa kau bersusah payah mahu membangunkan kami semua?"

"Wahai suara yang memanggil kami, kau berjuanglah seorang diri. Biarkan diri kami, terlalai dengan arus dunia"

"Wahai suara yang memanggil kami, pergilah kau, pergilah kau dari sini.



........................................

  Bismillahi walhamdulillah.

  Akhirnya ringan tangan untuk menulis entri pada kali ini. Adakah antum baca entri ini dari atas? Pada pandangan antum siapakah yang dimaksudkan dengan Salahuddin dan Mehmed diatas? Sebelum itu ana ingin bertanya adakah kita mengenali nama-nama ini? Sila bertanya kepada yang arif akan mereka berdua ini?

Pejuang

  Bukankah mereka itu pejuang Islam? yang pernah memberi jasa yang sangat besar kepada umat Islam? Jawapannya adalah betul dan merekalah pejuang yang sebenar-benarnya. Bagaimana pula dengan diri kita?

   Berapa ramai yang rasa diri kita boleh digelar sebagai pejuang, secara spesifiknya berapa ramai yang mengaku mereka pejuang Islam? Yang benar-benar akan memberikan keseluruhan jiwa dan raga apabila masanya sampai.

   Ana akan bertanya antum satu soalan yang sangat mudah dijawab. Hal ini akan membuatkan antum terfikir, 'pejuang' kah antum ini. Soalannya...

'Bagaimanakah solat subuh antum pada hari ini?'

Solat subuh

   Apa kena mengena solat subuh dengan pejuang? Bukankah jauh bezanya itu? Baiklah bagi mereka yang berkata begini kita lihat kata-kata ini.

"Umat Islam pada zaman ini tidak akan menang selagimana solat subuh dimasjid tidak sama(jumlahnya) dengan solat jumaat" 
-Moshe Dayan-

   Siapa pula Moshe Dayan ini? Adakah antum kenal? Ana sendiri pun mempunyai maklumat yang kurang tentangnya tetapi bolehlah jika dia ini kita katakan seorang pendeta yahudi ataupun seorang tokoh yahudi.

   Dia melihat kekuatan umat Islam dapat dinilai dengan mata kasar melalui solat subuh. Dan persoalannya disini adalah mengapa solat subuh? Mengapa tidak zuhur, asar dan lain-lain? Ana dapat merasakan antum juga tahu jawapannya.

   Hal ini adalah kerana solat  subuh merupakan indicator bagi iman kita. Samada kita mampu untuk menolak dan melawan hawa nafsu untuk merealisasikan suruhan Allah SWT diwaktu pagi. 

   Bagi para pemuda, yang dikatakan mempunyai kekuatan, semangat dan beberapa kelebihan yang tidak ada pada golongan berumur mahupun kanak-kanak. Adakah mereka mampu menolak tempat tidur mereka dan menunaikan kewajipan mereka? 

   Sesungguhnya kekuatan dan perpaduan umat Islam dapat diterjemah dengan kemampuan kita untuk bangun  mengerjakan solat subuh berjemaah. Dan perkara inilah yang ditakuti oleh musuh-musuh Islam lantas menyediakan pelbagai medium yang melalaikan umat Islam.

   Solat subuh itu dari pandangan ana ada beberapa jenis.

1) Mereka yang bangun sebelum azan berkumandang.
2) Mereka yang bangun ketika azan dilaungkan.
3)Mereka yang bangun hanya setelah iqamat dilaungkan.

Bagi mereka yang terdiri dari gologan 1 dan 2 ana merasakan sangat baik bagi mereka. Tetapi yang nombor 3? Ana dapat merasakan hilangnya syu'ur(rasa) dalam mendapatkan ganjaran solat subuh berjemaah dan kurangnya syu'ur untuk mendapat redha Allah.

Medium yang melalaikan

   Banyak. Sangatlah banyak. Tidak terkira banyaknya.

Medium-medium yang disediakan inilah yang menyebabkan runtuhnya akhlak, lemahnya iman. Dan apabila lemahnya iman maka susahlah untuk kita menunaikan kewajipan. Oleh kerana itu jarang kita melihat pemuda untuk berada di masjid untuk menunaikan solat subuh.

  Adakah perlu ana list kan ? Ana rasa tidak perlu , tepuk dada tanya iman. Itupun jika masih ada yang berbekas dalam hati kita yang kotor ini. Astaghfirullah.

Jadi?

   Kita lihat saudara-saudara kita diluar sana, di Mesir, Palestin, Syria, Kashmir, Selatan Thai. Semuanya berjuang menggunakan titik peluh dan darah untuk mengembalikan hak Allah diatas muka bumi.

   Sedangkan kita sekarang ini, hanya perlu berjuang untuk melawan hawa nafsu keduniaan. Susah sangat ke? Ana akan kata memang susah, tetapi kita sendiri perlu berubah. Silap haribulan jika Malaysia sendiri diserang musuh-musuh Islam lari lintang pukang kerana tiada kekuatan iman.

   Saudara yang dikasihi Allah SWT. 

   Kita berjuang tanpa menumpahkan darah, mungkin hanya mengeluarkan peluh dan melawan nafsu yang bermaharajalela dalam hati. Jika susah mulakan perubahan sedikit demi sedikit, apakata kita bermujahadah untuk dari lena kita, untuk menggerakkan kaki melangkah kemasjid setiap kali azan subuh berkumandang. Amacam?
Bolehkan? InsyaAllah sama-sama kita cuba.

Layak ke nak digelar pejuang?



Ini baru lah pejuang kan?