Sunday, February 12, 2012

-- PEJUANG NAFSU --

"Aina antum ya Salahuddin Al Ayubi?"

"Aina antum ya Mehmed Al Fateh?

"Dimanakah kamu wahai Salahuddin Al Ayubi?"

"Dimanakah kamu wahai Mehmed Al Fateh?"

   Dimanakah kamu semua ketika umat memerlukan kamu? Tidakkah kamu mendengar suara mereka? Tidakkah kamu mendengar rintihan mereka? 

   "Banguuuuuun!!!!"

   Bangunlah kamu dari tidurmu. Yang selama ini dibaluti kesenangan duniawi. Diselimuti kain-kain hawa, yang sentiasa menjauhkan kamu dari Allah SWT.

   Adakah kamu mengambil cakna wahai pejuang, tidak!!! kamu tidak layak dipanggil pejuang. Pejuang apa yang hanya diselimuti nikmat keduniaan. Sedangkan pejuang sebenar dihiasi tubuhnya dengan titik peluh dan darah perjuangan.

   Adakah kamu hanya melihat sahaja keadaan umat sekarang? Adakah kamu tenggelam dalam keduniaan? Adakah kamu tenggelam dalam kemaksiatan? Adakah kamu berseronok dipentas-pentas jalanan?

   "Wahai Salahuddin, wahai Mehmed Al Fateh, bangunlah kamu semua dari kelenaan" " Jangan lagi kamu tertipu dengan mehnah keduniaan, bangun dan bagkit dari lenamu, bangun dan bangkit dari tidurmu. Umat memerlukan kamu... Umat memerlukan kamu.......



.........................................


"Wahai suara yang memanggil kami, maafkanlah kami, kami belum bersedia. Kami masih cintakan dunia. Keseronokannya tiada tolok bandingnya. Kenapa kau bersusah payah mahu membangunkan kami semua?"

"Wahai suara yang memanggil kami, kau berjuanglah seorang diri. Biarkan diri kami, terlalai dengan arus dunia"

"Wahai suara yang memanggil kami, pergilah kau, pergilah kau dari sini.



........................................

  Bismillahi walhamdulillah.

  Akhirnya ringan tangan untuk menulis entri pada kali ini. Adakah antum baca entri ini dari atas? Pada pandangan antum siapakah yang dimaksudkan dengan Salahuddin dan Mehmed diatas? Sebelum itu ana ingin bertanya adakah kita mengenali nama-nama ini? Sila bertanya kepada yang arif akan mereka berdua ini?

Pejuang

  Bukankah mereka itu pejuang Islam? yang pernah memberi jasa yang sangat besar kepada umat Islam? Jawapannya adalah betul dan merekalah pejuang yang sebenar-benarnya. Bagaimana pula dengan diri kita?

   Berapa ramai yang rasa diri kita boleh digelar sebagai pejuang, secara spesifiknya berapa ramai yang mengaku mereka pejuang Islam? Yang benar-benar akan memberikan keseluruhan jiwa dan raga apabila masanya sampai.

   Ana akan bertanya antum satu soalan yang sangat mudah dijawab. Hal ini akan membuatkan antum terfikir, 'pejuang' kah antum ini. Soalannya...

'Bagaimanakah solat subuh antum pada hari ini?'

Solat subuh

   Apa kena mengena solat subuh dengan pejuang? Bukankah jauh bezanya itu? Baiklah bagi mereka yang berkata begini kita lihat kata-kata ini.

"Umat Islam pada zaman ini tidak akan menang selagimana solat subuh dimasjid tidak sama(jumlahnya) dengan solat jumaat" 
-Moshe Dayan-

   Siapa pula Moshe Dayan ini? Adakah antum kenal? Ana sendiri pun mempunyai maklumat yang kurang tentangnya tetapi bolehlah jika dia ini kita katakan seorang pendeta yahudi ataupun seorang tokoh yahudi.

   Dia melihat kekuatan umat Islam dapat dinilai dengan mata kasar melalui solat subuh. Dan persoalannya disini adalah mengapa solat subuh? Mengapa tidak zuhur, asar dan lain-lain? Ana dapat merasakan antum juga tahu jawapannya.

   Hal ini adalah kerana solat  subuh merupakan indicator bagi iman kita. Samada kita mampu untuk menolak dan melawan hawa nafsu untuk merealisasikan suruhan Allah SWT diwaktu pagi. 

   Bagi para pemuda, yang dikatakan mempunyai kekuatan, semangat dan beberapa kelebihan yang tidak ada pada golongan berumur mahupun kanak-kanak. Adakah mereka mampu menolak tempat tidur mereka dan menunaikan kewajipan mereka? 

   Sesungguhnya kekuatan dan perpaduan umat Islam dapat diterjemah dengan kemampuan kita untuk bangun  mengerjakan solat subuh berjemaah. Dan perkara inilah yang ditakuti oleh musuh-musuh Islam lantas menyediakan pelbagai medium yang melalaikan umat Islam.

   Solat subuh itu dari pandangan ana ada beberapa jenis.

1) Mereka yang bangun sebelum azan berkumandang.
2) Mereka yang bangun ketika azan dilaungkan.
3)Mereka yang bangun hanya setelah iqamat dilaungkan.

Bagi mereka yang terdiri dari gologan 1 dan 2 ana merasakan sangat baik bagi mereka. Tetapi yang nombor 3? Ana dapat merasakan hilangnya syu'ur(rasa) dalam mendapatkan ganjaran solat subuh berjemaah dan kurangnya syu'ur untuk mendapat redha Allah.

Medium yang melalaikan

   Banyak. Sangatlah banyak. Tidak terkira banyaknya.

Medium-medium yang disediakan inilah yang menyebabkan runtuhnya akhlak, lemahnya iman. Dan apabila lemahnya iman maka susahlah untuk kita menunaikan kewajipan. Oleh kerana itu jarang kita melihat pemuda untuk berada di masjid untuk menunaikan solat subuh.

  Adakah perlu ana list kan ? Ana rasa tidak perlu , tepuk dada tanya iman. Itupun jika masih ada yang berbekas dalam hati kita yang kotor ini. Astaghfirullah.

Jadi?

   Kita lihat saudara-saudara kita diluar sana, di Mesir, Palestin, Syria, Kashmir, Selatan Thai. Semuanya berjuang menggunakan titik peluh dan darah untuk mengembalikan hak Allah diatas muka bumi.

   Sedangkan kita sekarang ini, hanya perlu berjuang untuk melawan hawa nafsu keduniaan. Susah sangat ke? Ana akan kata memang susah, tetapi kita sendiri perlu berubah. Silap haribulan jika Malaysia sendiri diserang musuh-musuh Islam lari lintang pukang kerana tiada kekuatan iman.

   Saudara yang dikasihi Allah SWT. 

   Kita berjuang tanpa menumpahkan darah, mungkin hanya mengeluarkan peluh dan melawan nafsu yang bermaharajalela dalam hati. Jika susah mulakan perubahan sedikit demi sedikit, apakata kita bermujahadah untuk dari lena kita, untuk menggerakkan kaki melangkah kemasjid setiap kali azan subuh berkumandang. Amacam?
Bolehkan? InsyaAllah sama-sama kita cuba.

Layak ke nak digelar pejuang?



Ini baru lah pejuang kan?

No comments: