Sumber : Satu Umat
"Jangan kita rasa berbangga bilamana mutabaah amal kita penuh, apa yang kita lakukan sekarang ini hanya cebisan dari apa yang dilakukan oleh para sahabat, tabi' dan tabien, apa yang kita lakukan hanya boleh dikira sebagai asas sahaja berbanding dengan apa yang dilakukan mereka"
Kata-kata Ustaz Suhaib ketika kami menziarahi beliau dirumahnya.
Cuba kita fikir dan dalami kata-kata tersebut, dan kita kaji pula bagaimana terbezanya kita dengan para sahabat. Diatas ana membawakan kisah seorang pejuang yang hebat pada zamannya. Seorang pejuang yang berjiwa besar, mempunyai cita-cita dan matlamat yang tinggi. Berpandangan jauh dan mempunyai ciri-ciri pemuda yang sukar dicari pada zaman ini.
Nah, cuba kita bandingkan beliau dengan diri kita. Terutama bagi mereka yang bergelar pemimpin. Amat jauh sekali, ibarat langit dan bumi. Kita yang sentiasa bermalasan dalam melakukan amal ibadah kepada Allah, sentiasa lupa apa yang disuruh tetapi selalu buat apa yang dilarang. Itulah yang terjadi pada kebanyakan dari kita tidak terkecuali diri ana sendiri.
Kita ambil contoh perbandingan solatnya dan solat kita. Jika ditanya tentang solat kita yang fardhu, hanya 5 waktu, sejak dari baligh hingga sekarang. Siapa yang berani kata dia tidak pernah meninggalkan solatnya itu, maka tahniah dan ucapkanlah syukur kepada Allah kerana memberi kekuatan untuk melaksanakannya. Jap jap jap... Satu soalan lagi... berjemaah ke? Hmmm fikirkan.
Itu baru masuk solat fardhu, belum solat sunat rawatib, belum lagi solat tahajud atau qiamullail. Kadang-kadang borang mutabaah amal yang diberikan pun belum tentu penuh dan perfect, cuba kita kira berapa kali kita berjemaah 5 waktu dimasjid selama seminggu. Pasti banyak lompong disana sini.
Hakikatnya kita jauh, masih lagi jauh. Susah sebenarnya untuk mengatakan kita ini sudah benar-benar mempunyai kadar keimanan yang kuat. Seperti yang dikatakan, jika mutabaah amal penuhpun, tidak perlu untuk dibanggakan. Malah perlu untuk kita menambah lagi amalan kita dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Sebagai pemimpin kita perlu menggerakkan akal fikiran, berfikir dengan hati. Layakkah aku sebagai pemimpin, layakkah digelar sebagai pemimpin apabila suruhan Allah yang perlu diutamakan tidak dijalankan. Layakkah kita menjadi pemimpin apabila solat fardhu kadang-kadang tertinggal? Ini baru perkara asas... Ya baru sahaja perkara asas.
"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan perkara yang tidak kamu kerjakan"
As Saff : 2
Seringkali kita mengingatkan orang untuk lakukan itu dan ini, tapi kita sendiri terlupa atau lalai dalam melakukannya. Muhasabah kembali. Muhasabah kembali. Malam ini sebelum tidur cuba fikirkan perkara ini.
Bersediakah kita untuk perkara seperti ini? Saudara kita di Syria... Apa yang mampu kita lakukan untuk membantu mereka? Beli tiket ke Syria dan berperang bersama mereka? Ana rasa ramai yang tidak sanggup buat begitu. Jadi?
Setiap seorang dari kita adalah seketul batu. |
Untuk membina benteng dan kekuatan bagi sebuah kubu yang kuat dan teguh, jika ditembak tidak jatuh. Maka proses pembuatan sebiji batu bata memerlukan penelitian dan kesabaran. Bahan-bahan yang dipilih hendaklah yang terbaik, acuannya, saiznya, hendaklah betul mengikuti spesifikasi yang dikehendaki. Batu bata yang diproses itu hendaklah kukuh dari sebarang tekanan. Tidak cair dibasahi hujan, tidak terbang ditiup taufan. Maka dengan penelitian yang dilakukan, dapatlah kita hasilkan sebiji batu bata yang berkualiti dari segi ketahanan dan kelasakannya.
Maka begitu jugalah diri kita, bina asas dalam diri kita. Bina kekuatan jasmani dan rohani. Semai dan kukuhkan asas-asas Islam dalam diri. Agar nanti kita akan dikelompokkan dalam mereka yang sudah mampu mempertahankan agama. Jika terasa kekurangan dalam solat, maka perbaikilah, jika kurang dari aspek amalan sunat, maka pertingkatkanlah maka begitulah seterusnya.
Ya Allah, jujur ana katakan, ana rasa ana belum lagi mampu menjadi sebuah batu yang berkualiti. Ciri-ciri yang diperlukan amatlah kurang, ana juga manusia biasa yang cuba mengubah diri. Ana juga sedang bermujahadah dalam meninggalkan jahiliyah dalam diri. Bagaimana pula dengan antum? Adakah hanya mahu berdiam diri? Mari kita sama-sama mengubah diri, meninggalkan perkara yang melalaikan diri. Key point nya adalah cuba dan usaha. InsyaAllah dengan usaha kita itu Allah akan pandang jika kita ikhlas kerananya.
Sahabat-sahabat sekalian, masa yang kita ada tidak lama. Masihkah kita mahu menunggu sehingga ajal tiba? Mungkin esok tau luse malah mungkin saat ini Allah menarik nyawa kita? Adakah perlu untuk kita menunggu saat itu untuk berubah? :'(
" Demi masa (1) Sungguh manusia itu dalam kerugian,(2) Kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.(3) "
Al Asr : 1-3
No comments:
Post a Comment