Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA DARI BUMI ANBIA'



Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT denga limpah dan kurniaNya masih kita dihidupkan sehingga Syawal yang pastinya mengundang kegembiraan kepada semua tidak kira yang berada di Malaysia mahupun di Mesir. Hari dimana kita meraikan kejayaan kita setelah sebulan berpuasa di bulan ramadhan yang mulia. Pastinya kita akan merindui saat ramadhan kita pada tahun ini. Jika di Mesir, tarawekhnya boleh dikatakan special dan berbeza berbanding di Malaysia. Dengan Qiamullai pada 10 malam terakhir yang sememangnya sangat2 meriah disini. Ditambah pula dengan Maidah Rahman disini memberi memori ramadhan 1001 kenangan.

Sekarang ini kami2 yang berada di Mesir ini sedang bergotong-royong menyediakan juadah untuk hari raya pada keesokan harinya. Kami bersama2 berkumpul disatu rumah dengan tujuan menyediakan pelbagai jenis juadah untuk dibawa kerumah Ustaz Ishak keesokan harinya bagi menyambut 1 Syawal ini. Pelbagai juadah yang kami rancang dan sedang laksanakan antaranya roti jala, Kuah kari, kuah kacang, sate ayam, pengat pisang dan pelbagai lagi. Ana telah ditugaskan untuk masak kari kentang untuk kuah roti jala. Manakala budak2 yang lain pula sibuk menguruskan tugas masing2 untuk jamuan esok hari.

Esok insyaAllah seluruh keluarga akan berkumpul di rumah makcik ana yang terkenal denga panggilan 'tante'. Rumahnya terletak di Rawang. Jika keadaan mengizinkan ana kan cuba skype dengan mereka pada pukul 3 atau 4 pagi waktu Mesir. Rindu juga nak tengok muka adik2 sedara, nenek, pakcik makcik dan sebagainya.

Jadi di kesempatan ini ana yang bernama Indra Putra Bin Asrar ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN, 10 JARI TANGAN ANA SUSUN MINTA AMPUN DARI kedua ibu bapa, Asrar Bin Masri dan Rokiah binti Kadir. Juga kepada ahli keluarga lain yang ana memang nak sebut tapi terlalu banyaklah jumlahnya Antaranya nenek, usu, pak usu, om sofyan, tante, makngah pakngah, kaklong, kak ira, eno, iwan, syikin, khairul, nisa, om as, maklin, wawa, irfan dan adik2nya, achik beserta keluarga, ciklah, cikna, kimi, haikal, mak jat, & ramai lagi sehingga tak tertulis disini.


Sekadar gambar hiasan.

Juga kepada para sahabat handai, rakan2, kawan2 tidak kira di Malaysia ataupun di Mesir. Maafkanlah ya dosa hamba yang lemah ini sekiranya telah menyinggung perasaan kalian. Kalu boleh balik Mesir nanti bawaklah kuih raya sebalang ke untuk orang2 kat sini. Nak juga merasa kuih Malaysia. hehe.

Akhir kalam, selamat menyambut hari raya pada tahun ini dengan penuh kegembiraan dan penuh dengan kemaafan. Semoga kesilapan2 yang lepas tidak diulangi lagi dan sentiasa kita memperbaiki diri yang lemah ini. InsyaAllah.

4 comments:

MOHD UZAIR NORDIN said...

indra,...
selamat hari raye,,,

Abu Mukhlis Shahputra said...

selamat hari raya juga kpd ujai.

Nadia Havez said...

belong~ cucu2 senior kekurangan sorg ahli iaitu belong..wuwuwuwuwu T___T kaklong upload gmba kat fB tp belong da tade fB kan.. nnti kklong upload kt blog la eh~ bg belong tgk ^_^

Abu Mukhlis Shahputra said...

wuwuwuwuwuwu...sedey gak aritu x dpt nk skype...
tenet ssane lak x ok...ok gak 2 nnti belong tngok...upload cepat2 ea