Friday, April 29, 2011

TERBANGLAH BEBAS WAHAI MERPATI

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT.



Seribu patah perkataan kususun dalam fikiran,

Tetapi tiada satu pun yang mampu dikeluarkan.

Walau apa jua tindakan yang ingin dilakukan,

Seperti ada yang menghalang,

Lalu ku bentangkan sejadah cintaku,



Ingin sekali aku bersujud menemuiNya,

mengharap cahaya hidayah,

ke jalan yang dirahsiakanNya,

Di Luh Mahfuz tertulis segalanya.



Dialah yang Maha Mengetahui,

Perjalanan yang terbaik bagi hidupku,

Pasti aku tersesat,

Tanpa petunjukMu,


Ya Allah bertuahnya aku,

Jika Kau menyempurnakan sayapku,

Supaya dapat ku terbang di angkasa raya,

Menyampaikan risalahMu,



Terbanglah wahai merpati,

Mengikut sunnah Nabi,

Jangan berhenti sampai disini,

Sehingga menjadi saksi di Mahsyar nanti.

Wednesday, April 27, 2011

KARIPAP Oi !!!

Bismillah

Satu hari ketika Ahmad Muhammad bergerak ke dapur.

Dia lalu membuka peti sejuknya dan terkejut.


Kerana tiada makanan yang tertinggal didalamnya.

Maka mulalah dia tidak keruan.

Bermundar mandir memikirkan apa patut dibuat.

Dia terfikir jika makan kopi rosteri


mahal sangat pula. Lagi2 dia simpan duit nak kawen nanti.

Maka dia mundar mandir lagi dan terus berfikir.

dan memandang kearah pintu peti sejuk dan tertulis.

Frozen Puff, hanya di Alex dan Tonto
HArga=8 LE
Kebesarannya berganda
InsyaAllah puas hati.
Rahsianya terletak pada intinya yg rahsia.
Satu peket ada 10 biji.
BEli 5 peket keatas dpt diskaun 5 peratus.
Berminat dan KElaparan?
Boleh hubungi Indra-0146792519
Jika peti sejuk power boleh tahan lama.InsyaAllah.


Lalu Ahmad Muhammad mengambil telefon dan terus 

mendail nombor yang tertera.

Akhirnya, dengan izin Allah dia berjaya memenuhkan perutnya itu. Alhamdulillah.

Monday, April 25, 2011

KASIH YANG DICARI




     'Berapa banyak kali harus aku kembali ke jalan itu, berapa kali harus kuulangi kembali' gusar hati Mukhlis memikirkan.

    Dicelah kesesakan kota metropolitan, yang diisi dengan manusia pelbagai ragam gayanya. Sedikit sekali kelihatan manusia yang masih mengekalkan budaya kemelayuannya. Budaya sopan santunnya. Budaya bekerjasama yang dahulunya sangat dirai. Yang kini hanya ada manusia-manusia yang mementingkan diri. Manusia yang lari, berlarian mengejar dunia, meninggalkan akhirat sana.

    Mukhlis tidak terkecuali, dengan suasana yang ada dia telah membesar. Ditelan cara kehidupan dibandar, seharian melihat manusia mengejar kekayaan, harta pangkat dan sebagainya. Menyebabkan semuanya menjadi darah dagingnya. Bukan satu perkara yang mudah untuk ditanggalkan. Malah perlu kepada penyucian jiwa yang benar-benar kental, bagi membuang perkara itu dari badannya.

   Selama 20 tahun hidup ini, tidak pernah rasanya dia cuba untuk mendekatkan diri pada yang Maha Esa. Tidak terdetik pun dalam hatinya untuk mengagungkannya. Yang diagungkan hanyalah wang ringgit, pangkat dan harta. Perkara itulah yang berada dalam hatinya, menjadi kuman yang membiak, merosakkan hati dan membinasakan tubuh badan.

   Selama hidup ini juga tidak pernah untuk dia memohon sesuatu kepada Allah yang Maha Esa. Yang dipintanya adalah dari manusia. Tidak dia letakkan tuhan itu disatu tempat tertinggi. Tidak dia mengangap tuhan itu mampu memberi. Yang hanya diyakini adalah pemberian dari manusia kerana itulah yang zahir dari kaca matanya.

   Namun Allah SWT masih menyayanginya. Disaat dia terkapai dalam lautan manusia, yang sudah hilang peradabannya, yang tiada lagi akhlaknya, datang tangan menghulurkan bantuan.

"Akhi, dari tuhan kita datang dan kepada tuhan juga kita kembali, segala nikmat yang enta peroleh hingga sekarang semuanya dari Allah SWT. Malah Allah SWT memberikan enta ujian seperti ini juga adalah rahmat. Yang akhirnya enta menemui kembali pangkal jalan yang tidak pernah ditemui sebelum ini." ujar sahabatnya.

  Memang benar, satu langkah yang dihulurkan dalam merapatkan diri kepadaNya, terasa seperti seribu langkah dia datang kepadaku. Berapa banyak dosa yang telah lakukan, malah telahku lakukan berulang-ulang kali. Tapi apakah yang Allah berikan??? Tidak ada manusia yang mampu memberi rahmat kepadaku sebegini.

   Bayangkan jika aku melakukan sesuatu yang buruk kepada seseorang beribu kali, adakah mampu untuk dia memaafkan aku sebanyak itu juga. Tetapi Allah membuka peluang kepada hambaNya, walau berjuta kali kesalahan yang dilakukan terhadapNya.

   Baru sekarang aku terfikir semua ini, aku menyesal dengan dosa-dosaku 20 tahun yang lalu. Satu jangka masa yang lama tetapi Allah masih memberikan peluang kepadaku. Tidakkah kasihnya Allah terhadap diriku ini.

   Tuhan aku tahu bahwa selautan syukurku tidak mampu menandingi segala nikmat yang engkau berikan. Namun aku mengharapkan ini adalah yang kali terakhir, maka peliharalah diriku dari segala jenis dosa dan maksiat. Jadikanlah taubatku taubat nasuha, bantulah aku agar dapat menjadi hambaMu yang soleh, menjadi hambuMu yang ikhlas.Bantulah aku Ya Allah.

   Laungan hati Mukhlis berbicara tatkala dahinya tunduk mencecah bumi, bukan lagi sujud kepada manusiawi tetapi hanya kepada Allah yang Esa.

Thursday, April 21, 2011

3PERKARA

Manusia dilalaikan oleh 3 perkara Ibnu Mas’ud R.A berkata: “Betapa banyak manusia yang dihukum secara berangsur-angsur melalui kesenangan yang diberikan kepadanya; Berapa bany
ak manusia yang mendapat cobaan melalui pujian orang lain kepadanya; 
Betapa banyak manusia yang terpedaya karena kelemahannya disembunyikan oleh Allah

Friday, April 15, 2011

FOR CRAZY FOOTBALERZ

Bismillah.

Alhamdulillahi a'la kulli ni'mah.

ni'mah fi Islam wa Iman.

Alhamdulillah.

Selesai susah pertandingan futsal anjuran DMSI malam tadi.

Pelbagai perkara yang berlaku.

Pertemuan di peringkat akhir antara PAPADOM & KAKI BOLA

berakhir dengan kemenenangan kepada pihak PAPADOM.

Memang sudah dijangkakan.

Dan juga kapten kepada sebuah team 

 telah mengishtiharkan 

pembubaran LEMON TEAM pada malam semalam.

Maka dengan automatiknya ana juga tidak akan kembali bermain 

untuk team ini. Maka kekallah ana dalam COPEPODE buat masa ini.





LEMON TEAM



to


COPEPODE


to



Jadi itulah ceritanya.

So what is the cool stuff for today.








Ana jadi pemain gantian untuk Al-Bahr semasa peringkat kelayakan. Kini mereka adalah top 3.

Wednesday, April 13, 2011

UJIAN

Bismilah

Alhamdulillah segaa puji bagi Alah SWT.

Selawat dan salam keatas nabi junjungan Muhammad SAW.

Alhamdulillah result untuk sem 3 telahpun keluar beberapa

hari yang lepas.

Alhamdulillah ana lulus semua modul. 

Tahniah juga kepada rakan2 yang cemerlang terutama kepada 

Fittry, Ehab, & Sodiq.

Cuma nak quote sikit ayat.

Jangan jadikan kegagalan itu pelemah semangat kita.

Ini adalah ujian buat kita yang diberikan Allah SWT.

Dan Ujian itu adalah tanda kasihnya Allah SWT kepada kita.

Jika kita tabah mengharungi ujian ini maka syurga bagi kita.

Jika kita tabah dan berjaya mengharungi ujian ini.

Maka satu level keimanan kita dah naik.

Setiap orang ujiannya berbeza2.

Begitu juga dengan diri ana sendiri.

Moga Alah tabahkan hati dalam mengharungi 

semua ujian yang diberi.

Yang penting jangan putus asa akan rahmat Allah SWT.

Sekian.

Saturday, April 9, 2011

IT IS JUST ANOTHER COOL STUFF

Bismillah

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT.

Selawat dan salam keatas Nabi junjungan Muhammad SAW.

What is the cool stuff for today(ceh padahal tak pernah ada yg cool pon)

Is




Mr Roti & Air Mineral

Mr. Hisyam vs Striker Papadom

Mr Me & Mr Abang

Mr Fittry vs Mr Manager Copepode



Sebenarnya ana tangkap ni guna 

Panaroma punya setting.

Baru tahu boleh buat benda cool macam ni.

Ana dah ada idea untuk pertandingan futsal nanti.Kekeke.

Sekian.

Thursday, April 7, 2011

PINDAH RUMAH & MU kalah???

Bismillah

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT atas segala nikmat yang diberikan,

terutama nikmat Iman Dan Islam.

Selawat dan Salam keatas Nabi junjungan Muhammad SAW.

Semalam kami beramai-ramai bergotong-royong

membantu Hise dan ahlul baytnya untuk pindah rumah.

Maka ana hanya menjadi orang yang sangat banyak menolong.Kekeke.Tapi....

Tolong Tengok. Kekeke

Tak Caye???

Jom Tengok flow cerita dibawah



Aktiviti bermula selepas solat magrib.


Siapakah???? :)


Angkat mesin basuh ke dalam bilik air

Semua Mat Jual Karpet.

Macam nila bilik Hise
Kami jumpa buku ni dalam bilik Fittry...hehe...tak lame dah ni

Lepas siap bawak barang, bergambar jap.
Lepas tu ada sedikit jamuan. Ni bilik naqib.
Lepas solat isya, bergerak ke rumah KISAS tengok bola
antara MU dan Chealsie. 

Terlompat Hise bile MU nak gol.


Malam semalam sangat menyeronokkan.

Sekarang dah percaya yang ana ni tolong tengok je kan..Kekeke.

Adalah juga tolong sikit2. Tapi.

Alhamdulillah dapat meluangkan masa dengan sahabat2.

Terasa nikmat ukhuwah bila bersama2 semalam. Alhamdulillah.

Sekian.

Tuesday, April 5, 2011

SEBAB MATA LELAKI SUKA MELIHAT WANITA...SATU PERINGATAN









Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga.
Sesuatu yang berharga dan bernilai perlu dijaga dengan baik.
Semakin dibuka semakin kurang nilai harganya..
Bajailah ia dengan iman dan takwa semoga membuahkan hasil yang sungguh bernilai.


قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (٣٠)

30. Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.

(Surah An Nur : Ayat 30)


وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٣١)



31. Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

(Surah An Nur : Ayat 31)


يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا (٥٩)

59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah AL Ahzab : Ayat 59)


يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ (٢٦)

26. Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian Yang berupa taqwa itulah Yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

(Surah AL A'raaf : Ayat 26)

Akhir kalam,Wahai wanita Muslimah jagailah pakaian mu dan akhlak mu supaya mudah Muslimin menjaga mata dan nafsunya.

Wallahua'lam.

Monday, April 4, 2011

UPDATED

Bismillah

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT.

Selawat dan salam keatass Nabi junjungan Muhammad SAW.

Rupanya dah hampir 3 minggu juga dekat mesir ni.

Ingat lagi masa dekat airport, bersalaman dengan ahli keluarga. 

Ingat lagi kat airport masa kena buang barang sebab terlebih  muatan.

Ingat lagi kat airport ada orang yang ana tak tahu siapa melambai dan siap tahu nama ana lagi.

Masa tu ana sekali pandang sahaja. Ana sendiri terfikir masa tu siapalah yang melambai.

Tapi buat tak tau ja. Nak jalan cepat masa tu. Takpe abaikan.

Sekarang ni dah hampir 2 minggu kami belajar untuk sem 4.

Modul yang terbaru ni mengenai Cardiovascular system.

Alhamdulillah, rasanya semangat untuk belajar modul ni lain dari biasa.

Tak tahulah mengapa, nak berubah kot.

Kalau dahulu, lepas habis kuliah terus balik asrama dan tak buka buku.

Masa tu sifat malas mengusai diri. Wah2.

Jadi sem ni ana nak cuba buang sikap malas dan sekurang-kurangnya study sehari 

dalam 2 jam tidak termasuk kuliah.

Sifat malas ni lah yang menyebabkan kelembapan seseorang mu'min untuk bergerak.

Sengan sikap malas nila seorang mu'min menjadi susah untuk terkehadapan.

Jadi doa2 la dijauhkan dari sifat malas.

Kalau post2 sebelum ni tak habis2 pasal cerita pendek je. Bosan dah jadinya.

Bukan apa, semakin banyak menulis semakin panjang jadinya.

Ingat nak stop sampai part 3 jadi part 4, pastu ingat nak stop part 4 jadi part 5.

Rasanya yang  Setabah Hati Irfan tu nak stop sampai part 5 je.

Malasla nak tulis panjang2(Malas lagi (-..-) ).

Bukan ada orang baca pun kan. Macam bosan je cerita dia.

Tapi, lepas ni rasa nak buat satu kisah benar.

Kisah yang terjadi kat seorang sahabat ana ni. Tapi tak boleh la bagitau 

nama dia kan. Mau pula dia nanti. Silap2 kena bayar pula, kalau nak buat 

cerita pasal dia.

Tapi takpe sebab dia pun dah setuju. Lepas ni kena tunggu nak korek 

kisah hidup dia. Nantikan.


Friday, April 1, 2011

SETABAH HATI IRFAN-PART 4






"Irfan anak sulung, lepas ni ibu hanya mengharapkan Irfan sahaja untuk menjaga adik-adik"

     


     Antara kalam-kalam yang terakhir diucapkan Mak Som kepada Irfan semasa mereka berbual tempoh hari. Terngiang-ngiang kata-kata tersebut berterbangan dalam kotak fikiran Irfan. Dia amat bersyukur masih diberi kesempatan untuk bercaap dengan ibunya. Walaupun tidak dapat pulang untuk berjumpa, sekadar percakapan sudah mencukupi baginya. Ifrfan yang sedang duduk berseorangan di sebuah pondok rehat terletak di tepi padang sekolah yang menghijau. Dia memerhatikan pelajar kolej yang bersemangat dalam beriadhah pada setiap petang. Allah suka mu'min yang kuat. Fikirnya. 

     Dia tidak terasa untuk turun beriadhah, bermain bersama rakan-rakan pada petang ini. Dia hanya ingin duduk berseorangan dan memerhatikan gelagat pelajar yang sedang bermain bola dipadang. Rakannya Kamal ternampak yang Irfan sedang duduk berseorangan melayan perasaan di pondok ditepi padang lantas dipanggilnya untuk turun bermain bersama. Pelawaan rakannya itu ditolak dengan sekadar senyuman dan sedikit gelengan kepala darinya. Baginya duduk berseorangan sebegini adalah salah satu cara untuk menenangkan diri. Tetapi hakikatnya duduk berseorangan sebegini hanya membangkitkan rasa kesunyian yang mendalam, mewujudkan kekosongan dalam diri ealau dikelilingi sejuta manusia sekalipun.

     Sesuatu melintasi fikiran Irfan setelah dia ternampak beberapa orang pelajar membawa fail berjalan dihadapannya. Dia lalu bangkit dari duduknya dan berjalan menuju ke kelas. Baru dia teringat dalam akal fikirannya yang dia mempunyai sesuatu untuk dilakukan. Perjalanan ke kelasnya tidak mengambil masa yang lama. Hanya beberapa meter sahaja terletaknya antara kelas dan padang sekolah. Dia berjalan dikaki ima bangunan kelas dan megambil tangga yang terletak dihujung bangunan dan menapaknya menuju ke tingkat 2 dimana kelasnya terletak. Sebentar tadi dia baru sahaja teringat akan fail program untuk BADAR KISAS yang ditinggalkannya dalam laci meja. Malam ini akan diadakan mesyuarat antara AJK program selepas sahaja solat isya'.

     Irfan meneruskan langkahnya menuju ke arah meja belajar kepunyaannya yang terletak dihadapan sekali dibahagian tepi tingkap kelas. Sedang sibuk dia menggeledah lacinya dan mengeluarkan failnya dan meletakkannya diatas meja. Tetapi sewaktu mengeluarkan fail itu terdapat sepucuk surat yang jatuh kebawah lalu Irfan menghulurkan tangannya kebawah meja bagi mengambil surat tersebut. Dia tertanya-tanya surat apakah ini dan dari manakah surat ini datang. Setahunya tidak ada apa-apa selain bukunya dan fail yang diambilnya tadi dalam laci mejanya. Dia membelek-belek surat tersebut dan dihadapan surat tersebut tertulis. 'kepada Saudara Irfan'. Irfan yang sejak tadi tertanya-tanya terbakar hatinya untuk membuka surat tersebut. Dia lalu membaca isi kandungan surat itu.



Assalamua'laikum WBT

     Tiada kalam yang dapat saya ungkapkan kepada saudara. Terima kasih saya dahulukan kerana saudara sudi membuka surat yang saya titipkan untuk saudara walaupun tidak diketahui siapakah penulisnua.

     Bukankah lebih elok lagi jika saya perkenalkan diri saya dahulu. Walaupun kiranya sebelum ini kita pernah berjumpa, tapi tidak pernah pula kita bertukar kata. Ingatkah lagi saudara pada Nur Amalina. Nur Amalina Binti Amin. Jiran sekampung saudara. 

    Mungkin saudara terlupa kerana jarang sekali kita berjumpa. Kini kita ditempatkan disekolah yang sama. Mungkinkah ini kebetulan. Mungkinkah ini jodoh yang ditentukan tuhan.



     Irfan yang sedang membaca surat tersebut memerah otaknya untuk mengetahui siapakah jirannya yang bernama Amalina. Fikirannya bertambah serabut lagi apabila perkataan 'jodoh' dititipkan dalam surat yang dipegangnya. Lalu dia meneruskan pembacaannya lagi.


     Bukan untuk menjadi perigi mencari timba. Tapi jika itu yang saudara rasa, tidak ada aral bagi saya. Telah saya memerhatikan saudara, semasa sikampung lagi. Saudara terkenal dengan sikap dan akhlak saudara. Maka saya yakin saudara yang mampu membimbing saya ke jalan syurga.

     Apa yang saya inginkan adalah kalimat nasihat dari saudara. Agar saya menjadi muslimah terbaik didunia. Walaupun hanya bagai khayalan dimata. Tetapi mungkin terjadi jua. Mungkin juga saya menjadi srikandi di sisi saudara. Bila tiba masanya. 

     Maafkan saya jika surat ini meributkan hati saudara. Maafkan saya jika surat ini seperti terkehadapan. Tetapi inilah isi hati yang ingin saya sampaikan pada saudara. 

Yang Benar
AMALINA AMIN


     Selesai sahaja membaca surat tersebut Irfan mengeluh panjang. Dadanya yang tenang menjadi kencang, diurut dadanya perlahan-lahan. Fikirannya menerawang, tidak tahu apa yang patut dilakukan. Fikirannya berpusing disebalik awan. Mencari jalan keluar tetapi yang ada hanya kepul-kepul putih yang menghalang pandangan. Apakah yang patut dilakukan. Jika dia menerima adakah betul tindakannya. Adakah tidak salah disisi agama. Apa yang diinginkan dia hanya kata-kata nasihat, maka adakah dirinya yang layak membimbingnya. Baginya mungkin tidak salah bagi seorang lelaki menasihati seorang wanita kearah kebaikan. Malah jika berjaya maka pahalalah yang bakal diperolehinya. Niatnya hendaklah ikhlas dalam membantu Amalina. 

     Dalam Irfan berfikir kedengaran suara yang keluar dari corong pembesar suara. Satu pengunguman dibuat Rupa-rupanya namanya disebut dan diminta ke bilik warden dengan segera. Dia dapat merasaan ada sesuatu yang tidak kena, hatinya berasa gundah, tidak seperti biasa. Pengunguman yang diakhiri dengan perkataan 'ada kecemasan' benar-benar mengundang rasa cemas dalam hatinya. Lalu dia segera menapak menuju kearah bilik warden yang terletak berdekatan asrama. Sesampainya dia disana warden memberikan ganggang telefon kepadanya. Ada seseorang yang menanti dihujung talian.

     Irfan mencapai telefon tersebut dan kedengaran suara yang berkata-kata kepadanya. Irfan yang tekun mendengar tiba-tiba melepaskan ganggang telefon dia terduduk, tertunduk lalu menangis.

"Irfan, ni Mak Sah ni, ada berita Mak Sah nak bagitau, haraap Irfan boleh bawa bersabar lah ya."

Irfan mendengar

"Mak Irfan , kak Kalsom dah takde, dia baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi. 'Accident' dengan lori ayam."

PANGGG!!!ganggang telefon terlepas dari genggamannya dan jatuh menghentak lantai di bumi.
     
                                                                   

..........