Kisah 1
Ana dahulu, ditempatkan disebuah sekolah yang boleh ana kata lebih sekular dari sekular. Sekolah ana itu, sekolah untuk orang-orang kaya. Kalau perempuan, mereka memakai pinafore, seperti yang ada di Jepun. Jika memakai tudung pun, di'wajib'kan ketika waktu mata pelajaran pendidikan Islam.
Ketika ana mula-mula sampai disini(mesir), ana tidak tahu apa-apa. Ana tidak ada basic agama. Kalau nombor dalam arab yang ana tahu pun wahid(satu), kalau dua, tiga ana tak tahu. Begitulah diri ana pada masa lalu.
Pintu hati ana diketuk hidayah Allah SWT pada akhir tahun 1. Ketika ini ana baru sedar akan kepentingan tarbiyah itu sendiri. Akhirnya tarbiyah ini telah mengubah hidup ana 180 darjah. Bagi ana tarbiyah ini adalah tempat untuk mendidik jiwa, aqal dan jasad itu sendiri. Alhamdulillah.
Kisah 2
Ana dulu, suka menglalaikan diri dengan perkara-perkara yang lagha. Dalam setahun ana tidak tahu apa yang ana telah lakukan. Solat subuh, dan solat-solat yang lain selalu ana abaikan.
Dalam masa setahun, pelbagai perkara yang telah ana lakukan. Ana rasa tiada langsung terbit perkataan Islam atau perkataan usrah, tarbiyah dan dakwah.
Cuma bila tibanya satu masa, bila ana rasa dalam diri ini ada rasa kekosongan. Allah telah menjentik hati ana. Untuk memikirkan balik apa yang telah ana lakukan sepanjang masa ini.
Hati ana rasa tidak selesa, bagaikan sebuah gelas kosong yang menanti untuk diisi. Pada ketika itu juga ana muhasabah semula diri ana
Kemudian, pada satu masa, ana terjumpa Ustaz ***, ana berbual-bual dengannya. Ana luahkan segala isi hati ana padanya, Ana luahkan kesedihan hati ana padanya. dan pada ketika itulah Ustaz *** menghulurkan tangannya, membantu ana mengeluarkan diri ini dari kepompong jahiliyah.
Sekarang ini, ana rasa amat gembira. Hati ana terisi, ana bersama duduk dibawah Ustaz *** dalam usrahnya. Disini ana dibentuk, disini ruh ana terisi.
Pernah pada satu hari ana diberi borang mutabaah amal selama seminggu. Kadang-kadang rasa malu sangat-sangat. Sebab bila tengok balik, subuh yang hanya mampu berjemaah 2 atau 3 kali sahaja seminggu.
Kadang-kadang kalau nak baca quran pun malu-malu. Kalau main futsal, nak baca pun kena nyorok-nyorok.
Tetapi disini lain, suasana atau biah solehahnya, membuatkan ana lebih bersemangat. Tiada perasaan malu. Bila melihat ikhwah-ikhwah lain bersama-sama membaca quran, ana rasa seperti tidak perlu malu untuk bersama-sama melakukannya.
Akhirnya ana nampak dimana kepentingannya untuk kita berada dalam suasana yang sentiasa membuatkan diri kita untuk membangun dan lebih kedepan. Alhamdulillah bersama ikhwah semua ana dapat lakukan.
Gelas kosong diisi air akhirnya akan terisi. |
Kisah-kisah yang menghimpunkan pengalaman masing-masing sebelum berjumpa dengan madrasah yang dikenali dengan nama tarbiyah.
Ada ikhwah yang menceritakan kisahnya sehingga mengeluarkan air mata. Ana sangat tersentuh dengannnya kerana dari apa yang ana nampak. Mereka sangat menghargai tarbiyah itu. Mereka sangat menghargai hidayatullah itu.
Disitu juga ana cuba untuk cermin semula diri ana, muhasabah dan refleksi diri. Sebagai seorang yang telah mengikuti tarbiyah ini dalam 2-3 tahun. Wujudkah sebuah penghargaan terhadap peluang yang diberikan Allah itu.
Ana terkedu dengan kisah mereka kerana dalam diri ana sendiri kadang-kadang wujud perasaan tidak bersyukur untuk berada dalam biah ini. Tidak bersyukur diletakkan dalam suasana begini. Dalam hati rasa biasa dan ana anggap ini seperti rutin harian biasa. Astaghfitullaha'azim. Banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki.
Jika diberi sebuah hadiah yang bernilai pasti kita akan menjaganya bersungguh-sungguh. Begitulah juga tarbiyah dan hidayah Allah. Apabila kita dapat akannya, hargailah dan jagalah ia.
Bukan senang untuk dipilih Allah untuk berada dalam jalan ini.
Begitu banyak hati-hati kosong diluar sana yang sedang mencari.
Hati kita yang sudah terisi, perlulah terus diisi dan jangan berhenti disini
Kesani pula masyarakat yang memerlukan antum diluar sana nanti.
"Sesungguhnya engkau tidak mampu memberi hidayah kepada orang yang engkau sukai, akan tetapi Allah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang Ia kehendaki dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat hidayah itu"(Al-Qasas : ayat 56)
Kita tidak akan sangka yang orang dahulunya seperti #%#@$^$ akan berubah menjadi sebaliknya. Bukan kita yang memegang dan mengubah hati manusia. Tetapi Allah. Tugas kita? Bantulah mereka yang memerlukannya.
No comments:
Post a Comment