Alhamdulillah, akhirnya bergerak juga jari dan minda dalam menaip beberapa patah perkataan kedalam blog yang sudah agak lama tidak disentuh.
Idea datang dan pergi ditambah kemalasan untuk menulis dalam blog ini menyebabkan ia ditinggalkan kosong begitu sahaja.
Perlu perbaiki dan perbaharui semula niat dalam menulis dan menyampaikan sesuatu, jika tidak saya dan kita tidak akan nampak apa yang ingin disampaikan.
Alhamdulillah sudah hampir seminggu berada di Malaysia. Suasana yang berbeza, disamping keluarga dan masyarakat yang bertukar Arab kepada Melayunya.
Memang tidak dapat dinafikan, saya amat merindui suara imam-imam di Mesir. Bacaannya yang lebih baik dari pandangan saya dan alunan suara yang istimewa pasti membuat hati masih tertaut disana lagi.
Cuaca yang redup dan tenang pada hari ini mungkin menjadi tanda telah hadirnya lailatulqadr pada malam hari. Beruntung sesiapa yang berjaya mendapatkannya. Allah SWT berfirman.
"Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan"Surah Al-Qadr, Ayat 3.
Tapi tidak bermakna jika kita rasakan dia sudah terlepas maka kita perlu sia-siakan malam-malam terakhir yang ada. Teruskan memohon keampunan dari Allah dan berdoa agar dibebaskan dari api neraka.
Tetapi sepanjang seminggu berada disini juga, dapat dilihat kurangnya keibat pemuda yang memenuhi masjid atau surau terutama di kawasan rumah saya.
Yang ada hanyalah golongan-golongan 'shuyukh' yang berada dibarisan hadapan sof. Pemuda? Boleh dikira dengan jari yang ada.
Terfikir juga untuk mengadakan aktiviti-aktiviti bagi masyarakat disini terutama dari golongan muda bagi menarik dan memahamkan mereka tentang Isam itu sendiri.
Beberapa idea sudah ada cuma belum disampaikan dan belum tiba masanya lagi.
Tetapi, Alhamdulillah sekarang ini Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) sudah melangkah setapak lagi untuk masuk kedalam masyarakat setelah beberapa tahun berada dalam keadaan eksklusif.
Dengan membawa slogan baru yang menggantikan MEMBINA GENERASI HARAPAN, kini ISMA membawa slogan MEMBANGUN UMMAH BERAGENDA.
Moga-moga dengan penukaran slogan ini, ISMA dapat membawa dan memahami masyarakat untuk kembali kepada sistem Islam yang sebenar. InsyaAllah.
2 comments:
salam cik indra!
hai sy da balik..ingatkan blh jmpa saudara,byk kisah nk gtau ni..
oh ble yer tanda lailatul qadr kat sana?
waalaikumussalam, smpankan dulu kisah2 sedih tu, sy smpai nnti turun ting. 1, sy blanje syai, x clap dlm 23 ke 24, x igt dah.
Post a Comment