Thursday, March 31, 2011

SETABAH HATI IRFAN-PART 3

SETABAH HATI IRFAN PART 1
SETABAH HATI IRFAN PART 2  



     Sebulan telah berlalu, banyak pengalaman yang ditimba Irfan. Di kolej ini penekanan terhadap akhlak amat dititik beratkan. Amat jarang disini bagi mendengar pelajarnya menggunakan kata-kata yang kesat dan tiak  berfaedah. Hubungan antara lelaki dan perempuan juga amat dijaga. Memang peraturan disini apabila pelajar lelaki dan perempuan yang bertemu untuk berbincang sesuatu, hijab akan diletakkan diantara mereka. jarang sekali perbincangan diadakan dengan mata- bertemu mata. Baginya semua ini untuk mengelakkan tumbuhnya akar-akar maksiat dalam hati. Supaya tidak tutunnya dari mata ke hati.

   Irfan sudah mula menyesuaikan diri dengan kehidupan disini. Walaupun pihak sekolah tidak membenarkan pelajarnya pulang pada hujung minggu yang lepas, Irfan redha dan dia bersabar walaupun berasa sedikit kecewa kerana rindunya dia pada kampung halamannya. Segala liku-liku hidupnya selama ini, yang sedang berlaku dan akan datang semuanya telah ditetapkan Allah SWT. Takdir Allah dia telah dipilih oleh seniornya untuk menjadi salah seorang ahli Badan Dakwah Dan Kerohanian(BADAR KISAS). Tugasnya tertumpu kepada pentarbiahan bagi pelajar-pelajar tingkatan 4. Banyak perkara yang dipelajarinya disini, disamping dia dapat mendalami ilmu-ilmu agama dengan lebih dalam, dia juga memperoleh pengalaman dalam kepimpinan.

    Sedikit sebanyak dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sekolah dan sibuknya dia menuntut ilmu dapat dia melupakan seketika keadaan di kampung halamannya. Baru beberapa hari yang lepas dia bertanyakan khabar ibunya. Semuanya berada dalam keadaan yang baik dan ibunya pula kini mula menjual sedikit kuih muih bagi menambah pendapatan mereka selain daripada menoreh getah. Adik-adiknya pula berada dalam keadaan yang baik dan mereka juga sama sepertinya, berjuang dalam menuntut ilmu. Kerinduannya terlepas seketika setelah mendengar suara lembut ibunya dan keriangan adik-adiknya ketika bercakap dengan mereka melalui telefon awam yang disediakan pihak kolej. Puas dia bercakap selama lebih kurang 40 minit dia meletakkan gagang telefon dengan perasaan yang puas dan bersyukur kerana sempat dia berbual dengan ibunya.


                                                                         ..........

Tuesday, March 29, 2011

SETABAH HATI IRFAN-PART 2

SETABAH HATI IRFAN PART 1  


     Turunnya hujan membasahi bumi Kolej Islam Sultan Alam Shah. Kedengaran irama yang didendangkan rintik-rintik hujan yang jatuh diatas bumbung bangunan asrama lelaki yang terletak berhadapan dengan dewan makan. Sinonim apabila hujan ini dikaitkan dengan kesedihan hati yang melanda seorang insan yang kelihatan berbaringan dikatil 2 tingkat bewarna biru lusuh. Irfan yang seperti berada didunia sendiri terkenangkan keadaan ibu dan adik-adiknya di kampung sekarang ini. Sudah 2 minggu sejak dia meninggalkan rumahnya dan sedikit sebanyak cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di tempat baru ini.

     Irfan bangkit dari baringannya dan menuju ke loker kepunyaan dirinya yang terletak disebelah katil lalu dibuka laci yang berada dibawah loker itu. Tangannya mengalih beberapa fail yang tersusun dalam lacinya dan cuba mencari sesuatu didalam laci itu. Dia mengeluarkan sekeping gambarnya bersama keluarga yang dibawa semasa berpindah ke kolej ini. Ditengah gambar itu kelihatan seorang perempuan dalam lingkungan 40-an berdiri diantara Irfan dan adik-adiknya. Sekali lagi hatinya terasa sayu melihat gambar tersebut dan mentimpannya semula setelah puas menatap gambar itu. Dia risau dengan keadaan ibunya dikampung yang membanting tulang untuk mencari rezeki untuk keluarga, mengerah keringat dalam usaha untuk memberi pendidikan kepada anak-anaknya.

    Hisyam yang melihat gelagat Irfan datang mendekati.

"Teringatkan keluarga ke Pan" kata Hisyam kepada Irfan tatkala melihatnya menyimpan gambar keluarganya.

   Irfan hanya mampu membalas dengan senyuman. Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan.

"Awal-awal masuk asrama memang macam ni, lama-lama okla tu. Abang dulu pun kalau boleh nak balik tiap-tiap minggu je. Tapi lama-kelamaan makin seronok tinggal diasrama ni." Hisyam menambah

    Dalam kepiluan hatinya, Irfan membuka mulutnya yang tadi terkunci dari megeluarkan kata-kata.

"Abang. Kita sama-sama tahu, Cinta yang kita letak pertama sekali adalah Allah SWT, kemudian nabi Muhammad SAW dan seterusnya ibu kita. Menunjukkan betapa tingginya darjat seorang ibu."

"Adakah tidak patut saya bersedih, apabila seorang ibu yang menggalas tanggungjawab sebagai bapa telah  memberi saya makan minum dan segalanya tetapi saya disini seperti tidak menolong apa-apa" kata Irfan.

    Sambil memegang bahu Irfan Hisyam berkata.

"Siapa kata kamu tdak menolong ibu kamu. Bukankah hadirnya kamu kesini untuk menyempurnakan tanggungjawab kamu kepada ibu kamu. Jika tidak atas alasan apakah kamu masuk kesekolah ini"

     Hisyam beredar setelah meniggalkan persoalan kepada Irfan. Kata-katanya benar. Cita-cta yang tinggi perlu diletakkan agar akhirnya nanti dapat dia membantu ibunya.

                                                                                            .......

Saturday, March 26, 2011

MACAM ITULAH CERITANYA

Bismillah

Alhamdulillahi a'lassalamah.

Ucapan permualaan agar kita sama-sama merapatkan ukhuwah sesama kita.

Membina hubungan bainal muslimun. Hubungan yang dilakukan hanya kerana Allah SWT.

Merapatkan ukhuwah dengan hati yang ikhlas. 

Kerana sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara.

Ya

Setiap mukmin itu adalah bersaudara. Jadi kenapa.

Kenapa kita perlu bergaduh bertengkar sesama sendiri.

Bukankah akhirnya muungin menjadi seseorang disana.

Yang akan membantu kita akhirnya. Tatkala kita bergaduh sesama sendiri.

Orang lain bergelak ketawa tengok suka hati. Mereka suka apabila mukmin tidak bersatu lagi.

Kerana kunci kejayaan umat Islam terletak pada perpaduan itu sendiri.

Ya.

Perpaduan itu sendiri.

Bukankah yang pertama adalah hablumminallah

Dan yang keduanya hablumminannas.

Cukupkah bagi kamu semua dengan hanya rapatkan diri dengan tuhan.

Tapi menjauhkan diri dengan insan.

 -----------------------------------------------------------

Beberapa hari yang lepas keputusan SPM baru sahaja dikeluarkan.

Tengok2 juga result adik2 3rd batch SPM yang lepas.

Tanya cikgu, cikgu cakap Alor Gajah dalam ranking no 8.

Lalu ku cakap pada cikgu Alhamdulillah oklah tu cikgu top 10.

Kemudian cikgu membalas TOP 10  la sangat.

Rupa-rupanya hanya seramai 25 orang sahaja yang mendapat straight A.

Agak terkejut disitu.

amat jauh untuk dibezakan dengan batch2 yang  lepas.

Terfikir juga jika yang dikalangan top 10 pon hanya seramai itu.

Bagaimanakah dengan yang lainnya dibelakang.

Berkualiti lagikah pelajaar MRSM???

Wallahualam.

Tepuk dada tanya selera diri sendiri pon sama.

Walauapapun tahniah kepada 25 orang itu.

Walaupun tak ramai yang dapat straight mungkin ramai yang dapat 8a, 7a dll.

spm bukanlah tempat perhentian bagi anda.

Masih jauh lagi dan tambahkan usaha.

InsyaAllah pasti berjaya.

alohai alor gajah.









Thursday, March 24, 2011

AKU INGIN BERUBAH




Bismillah

Pembuka kalamku pada kali ini dan selalunya

Tidak punya kata-kata panjang dariku

Cuma terfikir dan terus berfikir

Maka benarlah, apabila diri diselebungi kegelapan

Maka akan kita terus berada dalam kesesatan

Maka logiklah dalam kegelapan kita kesesatan

Pandangan mata yang tertutup kehitaman

Pandangan hati yang tidak sesuci Nur tuhan

Maka mulalah kita mencari

Mencari cahaya tuhan

Berusaha dan terus berusaha

Walau telah sejuta kaliku gagal

Akan aku bangkit mencari cahaya kebenaran.


Allah bantulah HambaMu yang lemah ini.

Aku Ingin Berubah.

Saturday, March 19, 2011

SETABAH HATI IRFAN-PART 1

     Irfan tersenyum melihat surat yang berada dihadapannya. Dia meneliti setiap patah perkataan yang tertulis dalam surat tersebut. Kertas bersaiz A4 dipegangnya kemas-kemas, tertulis disitu alamat pengirim yang telah menghantar surat tersebut. Pastilah isi kandungan surat itu merupakan berita gembira bagi Irfan, jika tidak dia tidak akan senyum lebar pada padi-padi hari ini.

"Alhamdulillah" katanya.

     Tidak sabar untuk dia tunjukkan kepada ibunya surat tersebut. Ibunya yang bekerja sebagai penoreh getah di ladang milik arwah bapaknya. Ladang seluas 30 ekar itulah yang menjadi punca rezeki Irfan sekeluarga. Ibunya akan ke ladang sebelum subuh dan selalunya akan pulang sebelum zohor tiba. Semenjak ayahnya meninggal dunia, Mak Som, ibu kepada Irfan mengerahkan kudratnya untuk mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya.Irfan pernah menyampaikan hasratnya untuk berhenti sekolah dan membantu ibunya di ladang tetapi niatnya dihalang. Ibunya tidak membenarkannnya kerana dengan ilmu sahaja manusia mampu mengubah nasib diri mereka dan keluarga. Maka kata-kata itu menjadi peransang kepada Irfan untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

     Ucapan kesyukuran ke hadrat Illahi diatas segala nikmat yang diberi kepada Irfan. Diatas kejayaan yang dikecapi olehnya selama ini. Segala qada' dan qadar Allah yang ditetapkanNya tidak pernah  mengecewakannya, mallah dia bersyukur dengan semua ini. Dia tidak mahu dirinya menjadi dikalangan hamba Allah yang tdak bersyukur. Dia mahu berada dalam golongan yang sedikit sekali bersyukur itu, supaya tidak dia menjadi hamba yang memperoleh sesuatu tetapi selalu mengingkari suruhanNya. Bunyi motor kapcai kedengaran diluar. Pasti ibunya sudah pulang. Lantas dia menjenguk keluar melalui tingkap kayu yang berada dihadapan rumahnya. Apabila sudah pasti itu adalah ibunya dia lalu berlari anak menuju kearah ibunya sambil memegang surat yang baru sahaja sampai ketangannya sebentar tadi.

"Ibu, Irfan dapat tawaran untuk ke Kolej Islam" katanya sambil menyerahkan surat itu kepada ibunya.

"Alhamdulillah, tak sia-sia usaha Irfan belajar selama ini." Ibunya berkata sambil membelek-belek surat tersebut.

"Bukan bu, tidak sia-sia usaha ibu adalah ayat yang paling tepat sekali. Masakan Irfan dapat belajar kalau ibu tidak berkorban. Terima kasih ibu." ucap Irfan lantas memeluk ibunya.

"Semuanya untukmu nak, semuanya untukmu."air mata Mak Som mengalir menuruni wajahnya yang tenang itu.

     Semingu lagi Irfan akan ke Kolej Islam Sultan Alam Shah, sekolah yang sudah diketahui akan reputasinya. Ramai ulama-ulama di Malaysia merupakan hasil didikan dari sekolah ini. Bukan setakat ulama tetapi sekolah ini juga telah menghasilkan ramai graduan-graduan dalam pelbagai bidang terutama perubatan dan sebagainya.
Irfan yang sejak di bangku sekolah rendah lagi amat meminati subjek-subjek yang berkaitan dengan sains. Disana nanti dia juga akan ditempatkan dikelas aliran sains yang terdiri dari subjek Biologi, fizik dan kimia.
Dia telah menyimpan cita-cita untuk menjadi doktor, bukan setakat doktor yang biasa tetapi sebagai doktor muslim yang berjaya. Segala barang keperluan disiapkan. Baju-baju yang akan dibawa disimpan kemas didalam beg biru yang telah lusuh warnanya. Sedikit bekalan makanan seperti biskut-biskut dan sebagainya turut dibawa.

     Ini merupakan kali pertama Irfan berjauhan dengan Ibu dan adik-adiknya. Kadangkala dia berasa gusar  untuk meninggalkan ibunya sendirian di kampung, dia risau akan adik-adiknya yang masih kecil. Siapakah yang akan menjaga mereka tatkala ibunya keluar bekerja. Siapa yang akan menggantikan tugasnya memasak untuk adik-adiknya. Dalam hati dia gembira kerana mendapat tawaran ke Kolej Islam, tetapi dia risau akan keadaan rumahnya apabila dia melangkah ke alam asrama nanti. Setahunya sekolah berasrama penuh hanya membenarkan pelajarnya pulang setiap bulan sekali sahaja. Baginya itu terlalu lama untuk dia meninggalkan rumahnya. Ibunya dapat membaca kegusaran yang bermain dalam hati anaknya itu. Ibu mana yang tidak faham dengan kelakuan anaknya sendiri. Begitu jugalah Mak Som yang tahu, hati anaknya dilanda ribut sekarang ini.

...........






 

Sunday, March 6, 2011

PERKAHWINAN ITU...

:.: Bismillah :.:

Alhamdulillah diberi peluang lagi menulis.

Lama dah tak menulis macam ni.

Selalu buat cerita ja.

Kali ini taknak cakap banyak. Kita layan video.

Ucapan kepada sahabat kita yang baru sahaja mendirikan masjid. 

Mabrouk A'laikuma


KELUH KESAH SIFAT SEMULAJADI NAFSU MANUSIA

Keluh kesah, kesusahan, kepenatan dan kepayahan adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan manusia kerana ia sifat-sifat kehidupan yang sebenarnya. Kehidupan tanpa keluh kesah, tanpa rintangan, tanpa kesusahan, tanpa kepenatan adalah hambar, kematian. Ia adalah sunnah kehidupan yang telah ditentukan oleh Allah swt.

Banyak ayat-ayat Allah swt yang menunjukkan bahawa manusia itu diciptakan dalam keadaan keluh kesah, kepenatan dan kesusahan.

Maksudnya, “Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)
(al-Balad 90:4)

Maksudnya, “Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut)”.
(al-Ma’rij 70:19)

Maksudnya, “Wahai manusia! Sesungguhnya Engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) Dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian Engkau tetap menemui balasan apa Yang Engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).”

Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah bagaimana kita mahu keluar daripada belenggu kesusahan, kepenatan dan keluh kesah ini. Adakah ini ketentuan Tuhan kepada kita sehingga kita tidak berhak untuk berusaha mengelak daripada mengalaminya?

Allah swt secara jelas dan terang mengingatkan kepada kita tentang kesusahan dan kesukaran ini hanya di alami oleh manusia yang jauh daripada hidayah Allah swt.

Dalam ayat yang sama (al-Balad 90:5-9, al-Ma’arij 70: 22-35) menegaskan pengecualian kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh daripada terkena penyakit keluh kesah dan kesusahan jiwa dan rohani.

Dalam surah al-Ma’arij (70:22-35), Allah swt telah menamakan tujuh golongan yang terkecuali daripada mengalami penyakit keluh kesah dan kesusahan jiwa. 

Tujuh golongan yang terkecuali daripada mengalami keluh kesah ialah mereka yang mengerjakan solat, bersedekah, meyakini hari pembalasan, menjaga faraj dan kehormatan diri, menjaga amanah dan janji, menjadi saksi yang adil dan jujur serta memelihara solat.

Antara punca utama kenapa seseorang itu mengalami keluh kesah ialah kerana memiliki hati yang kotor dan rosak. 

Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah saw yang mafhumnya ialah hati itu adalah umpama raja yang memerintah segala anggota badan manusia. Apabila hati itu bersih dan suci maka eloklah budi dan perangai anggota badan manusia, namun begitu, sekiranya hati itu buruk dan rosak, maka rosaklah perangai dan hati budi manusia itu.

Sebab itulah para ulama dan cendekiawan Islam banyak menyentuh soal hati dan jiwa ketika membicarakan tentang rawatan penyakit rohani dan pengawalan tingkah laku manusia.
Stres atau tekanan perasaan atau keluh kesah ini biasanya akan dialami oleh orang-orang yang dalam dirinya ada sifat dengki, iri hati, cemburu, benci, berperasangka buruk pada orang lain, suka menjaga tepi kain orang, tidak pernah merasa puas dengan apa yang ada dan lain-lain sifat buruk lagi.

Ajaran Islam telah memandu dan membimbing umatnya agar mengurus sifat keluh kesah atau stress ini dengan bijak dan berkesan. Sunah Rasulullah saw dan cara hidup baginda banyak menceritakan bagaimana yang harus kita lakukan apabila mengalami perasaan yang tertekan atau stres.

Antara cara yang di ajar oleh Rasulullah saw dan para sahabat menangani stres dan tekanan perasaan ialah seperti berikut;

1- Berehat – bertenang seketika, ambil nafas.. hembus…

Kisah Rasulullah saw yang sedang kepenatan kerana melaksanakan tugas-tugas harian atau tertekan dengan sesuatu perkara, Baginda akan menunaikan solat dengan segera. Baginda biasanya akan memanggil Bilal yang mengajak Bilal mengerjakan solat. “Marilah kita berehat dengan mengerjakan solat wahai Bilal” 

Bagi Rasulullah saw, solat adalah kerehatan, keamanan, rasa selamat, rasa tenang dan terlindung, kerana solat itu menghubungkan kita terus dengan Allah swt. Kita boleh berbicara dan mengadu masalah kita kepada Allah secara langsung dan terus tanpa orang tengah…

Maksudnya, “dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk. 
(al-Baqarah 2:45)


2- Mencari kawan yang boleh memberi nasihat atau orang yang terdekat seperti ibu, ayah, suami, isteri atau anak-anak dan lain-lain…ceritakan apa perasaan anda…

Kisah Abu Bakar dengan Rasulullah dalam Gua Thur.. Abu Bakar sudah sangat cemas dan ketakutan, bimbang orang Kafir Quraisy nampak beliau dan Rasulullah dalam gua Thur tersebut… Rasulullah saw memberi kata semangat dan menenangkan Abu Bakar dengan berkata,, “ jangan engkau takut dan jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita”.

3- Berzikir menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya…beristighfar banyak-banyak Ingatlah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang (al-Ra’d 13:28). Percayalah anda akan merasai kenikmatannya, sekiranya anda betul-betul ikhlas mengingati Allah dan berzikir padaNya.

Imam al-Bukhari ada membuat perumpamaan antara orang yang berzikir mengingati Allah dengan orang yang tidak mengingati Allah swt.. seperti orang yang hidup dengan orang yang mati….

Maksudnya, “(Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.”
(al-Imran 3:191)

Percayalah, inilah ubatnya. Inilah penawarnya dari segala penawar, hanya Allah swt sahaja yang boleh memberikan anda rasa gembira, rasa bahagia dalam hati, sebagaimana Dialah juga yang boleh mencampakkan rasa duka, rasa sedih dan tertekan dalam jiwa.

Maksudnya, “dan Bahawa sesungguhnya, Dia lah Yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis, dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Yang mematikan dan menghidupkan”.
(al-Najm 43-44)

4- Bersedia untuk memberi kemaafan

Memang sangat susah untuk kita memaafkan kesalahan orang pada kita, tetapi itulah hakikatnya. Sekiranya mahu jiwa rasa tenang, rasa aman, rasa tenteram ... maafkanlah. Sesungguhnya Allah sangat suka kepada orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain (al-Imran 3:134).

Kisah Rasulullah saw dengan perempuan Yahudi yang suka menyakiti baginda dengan meletakkan najis dan berbagai-bagai-bagai halangan di laluan Rasulullah saw... suatu hari jalan yang biasa dilalui Rasulullah tidak mempunyai apa-apa rintangan... Apabila baginda bertanya sahabat... rupa-rupanya perempuan Yahudi tu jatuh sakit... Rasulullah saw pergi melawat perempuan tersebut, memaafkan kesalahannya dan membawa buah tangan sewaktu melawatnya...akhirnya perempuan itu memeluk agama Islam..

Kisah Rasulullah dengan Arab Badwi yang kencing di dalam masjid... Para sahabat sudah mula memarahi Arab Badwi tersebut sebab biadab di hadapan Rasulullah dan pengotor... Rasulullah saw melarang sahabat daripada memukul Arab Badwi tersebut... Rasulullah mengambil air dan mencurahkan sahaja di tempat kencing tersebut.

Begitulah sebenarnya hakikat stres yang dialami oleh ramai orang pada hari ini. Islam telah menunjukkan kita jalan yang sebenar dan penyelesaian yang hakiki bagi jiwa-jiwa yang belum merdeka kepada Tuhannya.

Hanya kembali kepada Tuhan, menyerah diri kepadaNya, bertawakal, bersabar dan bersyukur dengan pemberian dan nikmatNya sahaja yang dapat mengubat segala gundah gulana dalam hati manusia.

Hati manusia adalah milik Allah swt. Mohonlah kepada pemilik hati itu kebahagian, ketenangan, kedamaian dan kesejahteraan.


____________________________________________________________________


*copied from here

Thursday, March 3, 2011

KISAH CINTA ITU-PART 3(ENDING)

*kisah cinta itu part 1
*kisah cinta itu part 2


     Afi merenung kipas siling yang berada dalam biliknya. Ligat kipas itu berpusing seligat fikirannya yang juga sedang berpusing laju memikirkan apa yang dikatakan keluarganya tempoh hari. Telah dia menceritakan segala-galanya kepada ibu dan bapanya. Tetapi jawapan yang diterima setakat ini amat menghampakan dirinya. Dia cuba mencari cara untuk menyakinkan kedua orang tuanya itu tetapi segala usaha tidak berhasil. Lama dia kaku diatas katil, berbaringan sambil termenung dengan jauh. Siling rata bewarna putih itu ditatap, matanya hanya melihat hanya setakat yang dapat dilihat tetapi hatinya jauh menembusi siling itu. Terbang hatinya di angkasa raya yang tiada penghuninya. Hanya batuan bulan bintang yang dapat dilihatnya. Kosong. Begitulah keadaannya tatkala ini.


kipas itu ditenung



    3 hari selepas peperiksaan akhir sem berakhir, dia mengambil keputusan untuk memberitahu kedua orang tuanya mengenai perkara yang dibincang olehnya dengan Ummi sebelum peperiksaan tempoh hari. Atas nasihat Abang Farahi, seorang senior yang telah mendirikan rumah tangga disini, dia memberanikan diri untuk menyampaikan hasrat hatinya kepada mereka. Antara berani atau tidak, dia meggunakan perkhidmatan SKYPE yang ada untuk menghubungi mereka. Teringat kata-kata Abang Farahi, perkahwinan merupakan sesuatu yang mulia. Satu perkara yang baik, adakah mereka patut menghalang apabila sudah tiba masanya? InsyaAllah jika niat kamu ikhlas kerana Allah SWT, Allah akan memudahkan hambaNya untuk melakukan kebaikan ini. Kita hanya perlu lebih berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadanya.

   Software SKYPE dibuka dan bapanya dihubungi. Selang beberapa saat telefon diangkat dan suara garau seorang lelaki kedengaran dicorong telefon tersebut. Pasti itu bapanya. Lantas Afi menceritakan segala yang berlaku kepada bapanya. Menceritakan apa yang terjadi sebelum peperiksaan tempoh hari. Memberitahu akan perasaannya terhadap Ibah dan semua sekali. Segala-galanya diceritakan, termasuk nasihat-nasihat dari Abang-abang dan ustaz-ustaz yang telah ditemui. Tidak ada satu pun yang dirahsiakan Afi daripada pengetahuan bapanya. Tetapi memang dapat dijangka yang bapanya akan membantah pada mulanya. akan tetapi, semakin lama bapanya akhirnya mengalah kepadanya.

"Bagaimana Abah?, semuanya terletak pada tangan Abah, afi cuma mengharap yang terbaik sahaja."ucap Afi.

"Ya Abah tahu, Abah juga mengharapkan yang terbaik untuk Afi. Tapi Afi kena faham, tanggungjawab kita akan bertambah apabila kita mendirikan rumah tangga nanti. Kamu pula sedang belajar sekarang ini. Tidak bolehkan kamu tunggu dahulu." bapanya membalas.

"Bukan apa Abah, hati seorang manusia itu berbolak-balik. Syaitan senantiasa akan mengintai peluang untuk masuk kedalam hati ini. Kekadang ia masuk kekadang ia keluar. Jadi Afi risau jika hati ini rosak."

"Hmm  baiklah, kamu pun dah nak bercuti musim panas kan? Balik nanti kita bincang lagi tentang perkara ini. Abah ada banyak kerja lagi ni. Nanti kita cakap lagi. Assalamua'laikum." Kata bapanya mengakhiri perbualan.



                                                                        ......


   Afi tersenyum riang,senyumannya dalam kegembiraan. Wajahnya bersinar ibarat sinarnya mentari menyinari, tatkala ia menghasilkan cahaya sejati. Memberi manfaat kepada seluruh bumi. Jika tidak Allah ciptakan matahari maka tiadalah bumi ini, jika tidak Allah ciptakan Afi, maka tidaklah dia segembira ini. Ucapan syukur diucapkannya setiap masa. Tidak dapat digambarkan perasaannya pada ketika ini. Ibarat kuntuman bunga dipagi hari,, sungguh ceria sungguh indah ditatap oleh mata setiap insani. Kata putus sudah diperolehi, kedua-dua belah keluarga telah bertemu bersua mata dan menghasilkan keputusan yang bakal menggembirakan hati setiap pasangan yang terikat hati. Mereka telah bersetuju untuk melangsungkan majlis pertunangan antara 2 merpati ini. Satu ikatan yang  bakal mengikat mereka kearah perhubungan yang lebih syari'e.


ikatan itu


     Setelah kata sepakat dicapai, kedua-dua belah keluarga pihak lelaki dan juga pihak perempuan telah bersetuju untuk menyatukan kedua-dua mereka pada hari selepas esoknya. Dalam masa seminggu  mereka akan ditunangkan. Segala persiapan dilakukan dengan teliti dan rapi. Barang-barang yang perlu telah disenaraikan, yang hanya tinggal adalah untuk membelinya sahaja.

"Ibah, hari ini kita akan ke kedai untuk ukur jari kamu. Pihak lelaki sudah bertanya saiz jari kamu untuk membeli cincin pertunangan. Lepas tu kita keluar cari bahan-bahan persiapan untuk pertunangan kamu nanti."kata Ummi kepada Ibah.

"Baiklah Ummi, pukul berapa kita nak pergi?"tanya Ibah

"InsyaAllah lepas Ummi siap masak makan tengahari kita keluar ke bandar."balasnya.



                                                                            .....



          Majlis pertunangan berjalan dengan lancar. Segala persiapan yang dibuat seminggu lalu kelihatannya sangat berbaloi. Terpancar cahaya kegembiraan pada wajah Afi dan Ibah. Kedua-duanya amat gembira dan bersyukur kerana majlis ini berjalan seperti yang dirancang. Afi tidak menyangka, inilah ketentuan Illahi bagi hambaNya. Setiap manusia telah ditetapkan qada dan qadarnya, untuknya Allah telah tetapkan beginilah perjalanan hidupnya. Boleh dikatakan Allah mempermudahkan kisah cintanya. Rezeki datang tanpa perlu diminta, hanya kita yang perlu menjadi hamba yang bersyukur kepadanya. Dia teringat apabila semuanya bermula dengan soalan Ummi kepadanya semasa mereka berbual di FB. 'Afi suka pada Ibah?' , soalan yang memulakan segala-galanya. Alhamdulillah hingga takat ini semuanya berjalan lancar.

   Dengan izin Allah SWT, mereka merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada cuti musim sejuk pada tahun hadapan. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum tarikhnya tiba. Hubungan sesama mereka dijaga, tidak bermakna telah bertunang bermaksud mereka boleh keluar bersama-sama tanpa mahram dari pihak perempuannya. Tidak bermakna mereka bebas keluar begitu sahaja seperti pasangan diluar sana. Hijab syariat masih ada untuk membataskan hubungan sesama mereka. Hanya sekali sekala khabar ditanya. Supaya tidak terputus terus hubungan yang dibina. Biarlah hubungan ini diberkati sejak dari awal lagi. Diberkati oleh tuhan  yang Maha Esa, yang tidak berbelah bahagi kasih sayangNya. Semuanya hanya untuk menjadikan kita hamba yang bersyukur kepadaNya. Diatas segala nikmat kurniaannya. Alhamdulillah.

"Waaaah Afi dengar cerita enta dah bertunang ya, tak beritahu ana pun..." usik Syam teman serumahnya.

"Alaa, ana bukan sengaja taknak beritahu. Tetapi perkara ini berlaku dengan begitu cepat sampai tak sempat nak sampaikan walau seorang pun sahabat-sahabta kita dekat alex ni." ujarnya.

"Yelah-yelah, apapun mabrouk alaikum, tahniah ana ucapkan. Bila nak kahwinnya?" tanya Syam

"InsyaAllah jika tiada aral melintang tahun depan masa cuti musim sejuk. Bab-bab kahwin ana serah dekat orang tua ana sahaja. Sebab keputusan bertunang ana yang buat, kalau kahwin ni biar diorang sahaja yang 'handle'." balas Afi.

"Alhamdulillah, baguslah. Enta pun dapat bakal bini yang bukan calang-calang orangnya. Enta sendiri pun apa kurang hebatnya. Laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baiklah katakan." kata Syam sambil tersenyum yang menampakkan 2 batang gigi arnabnya.

Sambil tersenyum Afi berkata.

"Alah enta ni, ana hanya hamba Allah yang hina. Sama sahaja dengan manusia yang lainnya. Enta pun bila nak masuk yang akhawat dari utara tu?"

"Ish enta ni, akhawat mana pula ni. Memandai sahaja. Dah pergi mandi tu. Ana pula nak masuk lepas ni." balas Syam.

   "Yelah-yelah, ana masuklah ni."



.......................................................................................................

Pesanan penulis :
*ingat nak sambung lagi cerita ni, tapi nanti jadi panjang malas pula.
*ada kena mengena sikit ngan hidup tetapi kebnyakannya direka sahaja.hehe
*kalau ending x best tu maaflah ya, ketandusan idea dah.
*lastly, mabrouk kpd akh2 yang sudah dan bakal melangsungkan perkahwinan mereka. doa2kan kami ni pula ya. : p