Friday, December 28, 2012
Thursday, December 27, 2012
-- 7 REMINDER FROM BELOVED --
Seorang sahabat Baginda yang terkenal dengan gelaran ahli suffah, iaitu golongan sufi yang sentiasa mencari peluang untuk berjumpa dengan Baginda SAW bagi mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar ialah Abu Zhar r.a.
Berkata Abu Zhar r.a bahawa Baginda SAW telah mewasiatkan kepadanya dengan tujuh perkara.
Pertama, Baginda menyuruh aku mencintai orang miskin dan mendekati mereka. Dalam setiap masyarakat pasti ada golongan yang kurang berkemampuan iaitu fakir dan miskin, kerana itu kita diperintahkan dengan ibadah zakat untuk membantu mereka.

Mengasihi golongan miskin adalah tuntutan agama sebagai tanda syukur kita kepada nikmat ALLAH dan kita membantu sesama insan. Begitulah keindahan hidup bermasyarakat yang dianjurkan oleh Islam atas tanggungjawab saling membantu.
Kedua, Baginda menyuruhku agar tidak meminta-minta sesuatu kepada seseorang. Rasulullah SAW mengajar kita untuk berdikari, iaitu berusaha mendapatkan segala nikmat yang datang daripada anugerah-Nya. Budaya meminta-minta tidak disukai oleh manusia tetapi disukai oleh ALLAH. Oleh itu kita disuruh memperbanyakkan berdoa kepada-Nya. Mintaklah hanya pada-Nya yang Maha Berkuasa lagi Maha Kaya.
Ketiga, Baginda menyuruhku agar melihat kepada orang yang nasibnya lebih teruk daripada aku, jangan melihat kepada orang yang nasibnya lebih baik daripadaku.
Dalam soal kehidupan kita di dunia, kita tidak mampu untuk menandingi kekayaan dan kemewahan hidup yang dimiliki oleh orang lain.
Justeru Baginda mengajar bersyukur dan reda dengan apa dikurniakan ALLAH kepada kita. Jika melihat kelebihan yang ada pada orang lain dibimbangi akan mengundang perbuatan yang salah seperti menipu, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya demi untuk mendapatkan kesenangan seperti orang lain.
Keempat, Baginda SAW menyuruhku menghubungkan silaturahim walaupun orang itu membenci aku. Persaudaraan Islam adalah suatu kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh umat Islam. ALLAH SWT mengingatkan kita dengan firmanNya bermaksud,
“sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, maka perelokkanlah persaudaraan antara kamu”. Hadis Baginda yang lain, menyatakan “tidak akan masuk syurga seseorang itu sehinggalah dia beriman, dan tidak beriman sehingga ia berkasih sayang”
Persoalan silaturahim umat Islam terhakis disebabkan ketaksuban fahaman politik sehingga sanggup memutuskan silaturahim dan menyemai kebencian, dendam serta berpuak-puak yang akhirnya merugikan umat Islam. Oleh itu janganlah kepentingan fahaman politik mengatasi tuntutan syariat.
Kelima, Baginda menyuruhku berkata benar walaupun pahit. Kebenaran yang mutlak adalah apa didatangkan ALLAH, iaitu al-Quran dan hadis Baginda SAW. Prinsip kebenaran inilah menjadi tonggak bagi umat Islam dalam melaksanakan segala urusan kehidupan mereka. Menyokong atas perkara yang benar, bukan kerana ia datang daripada ahli kumpulan atau jamaah yang sama, bukan kerana lambang atau logonya, tetapi pada benar atau salahnya sesuatu perkara.
Keenam, Baginda menyuruhku agar tidak gementar menjalankan apa diperintahkan ALLAH walaupun mendapat cercaan manusia. Memang akan ada manusia yang tidak bersetuju dengan sesuatu tindakan, namun keredaan manusia bukanlah matlamat utama kerana kita adalah hamba ALLAH, bukan hamba manusia.

Oleh itu jangan berasa terhina apabila ada manusia menghina dan mencerca kerana para Nabi dan Rasul juga dihina dan dicerca oleh sebahagian manusia yang memusuhi mereka. Apa diperintahkan ALLAH dan Rasul itulah keutamaan diambil kira.
Ketujuh, Baginda menyuruhku agar perbanyak ungkapan la haula wala quwwata illa billah. Bergantung haraplah kepada-Nya. Dialah menentukan setiap perkara, baik buruk datang daripada keizinan-Nya. Banyakkan mengucapkan kalimah ini sebagai tanda perhambaan kita hamba yang lemah lagi hina.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memperingati diri kita kembali kepada pesanan dan menambah kecintaan kita kepada Baginda bagi mendekatkan kita kepada reda-Nya.
* Penulis ialah Presiden Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor

Tuesday, December 25, 2012
-- ARE WE BUSY --
Some homemade video.
To give a think about our daily life.
For Whom?
thank Ismul, Rahman D, Shazwan Shukri and others who are involve
in making this video.
May we gain benefit from it.
Saturday, November 17, 2012
-- PANGGILAN TERAKHIR --
Pagi subuh hari keempat minggu peperiksaan, aku menguatkan diri dari nafsu tidur yang cuba menguasai diri. Melihat ahli rumah yang syahid di atas katil. Mungkin bermimpikan perkara-perkara indah sedang melayani diri mereka. Perasaan cemburu untuk bersama-sama dengan mereka meninggi, namun kehendak nafsu ditahan demi peperiksaan yang bakal berlangsung beberapa hari lagi.
Aku terkejut dan tersedak apabila aku mendengar bunyi seakan guruh melintas di langit kelam di waktu pagi. Aku bergegas keluar ke beranda rumah apabila aku melihat beberapa buah pesawat pejuang melintasi ruang udara Iskandariah. Perasaan teruja hinggap dihati kerana jarang untuk melihat pesawat pejuang milik tentera Mesir melintasi langit lagi-lagi di waktu pagi. Aku kembali masuk kedalam rumah dan mengambil semula posisi untuk belajar. Kedengaran pintu bilik dikuak dan Ashkur yang nyenyak tidur dibangunkan dengan bunyi pesawat tadi. ' Bunyi apa tadi oh? ' Ashkur bertanya sambil menggeliat. ' Takde ape, pesawat pejuang lalu tadi, terbang tinggi di angkasa raya, haha ' aku menjawab dengan nada berlawak. ' Oh, ciss aku nak sambung tidur balikla, terkejut aku tadi, kuat betul bunyi die '. Ashkur masuk semula kedalam bilik.
'Ceh ingatkan nak bangun stadi terus, sambung balik rupanya' aku berkata padanya. Buku ophtal masih berada dihadapanku, menanti untuk ditelaah lagi. Aku hanya memandang, kemudian tergerak pula hati untuk update isu-isu semasa di FB. Laptop dihadapan dibuka, lantas aku menaip emel dan katakunci di laman sesawang tersebut. Mulalah tetikus beraksi untuk scroll apa yang ada pada dunia sekarang ini. Sedang sibuk menatap, mataku terhenti diserangkap status dalam sebuah group di FB
' Egyption Special Force - the Egyptian military is now engaging with Israel military forces, few MIRAGE are seen flying thru the sky, departed to engage Israel Royal Air Force.'
'Allah, bila benda ni, sekarang ke? yang pesawat baru lintas tadi?'.Peluh sejuk mengalir di wajah lalu aku berlari anak ke bilik mencari telefon bimbit. Satu nombor dicari dan dihubungi. ' Assalamualaikum wan, enta tengok tak status ESF kat FB? kalau belum gi tengok cepat. Mesir kena serang ke? ' aku bertanya kepada yang pakar. ' Lah enta baru tahu ke?, ana dengan housemate dah siap kemas dah ni, pegawai kedutaan dah minta semua berkumpul dekat Hostel MARA' balas Syazwan. Aku yang mendengar berita ini terus berdebar, jantung berdegup kencang, adrenalin terasa seperti mengalir dalam badan dengan kadar yang tinggi Tiba-tiba situasi tenang sebentar tadi menjadi cemas, aku cuba lihat jiran arab disekeliling, sudah ketinggalan rupanya, mereka juga sedang bersiap untuk keluar dari rumah. Masakan tidak, rumah di Mesir ini tiada yang single, kebanyakannya adalah rumah flat. Jika dibom alamatnya tidak berjumpalah esok hari.
Kawan-kawan serumah cuba untuk aku bangunkan dari mimpi mereka. Aku cuba menerangkan keadaan yang berlaku sekarang. Serabut kepalaku, dalam keadaan ini mula aku memikirkan keluargaku di tanah air. Mula memikirkan bagaimana untuk ke hostel dengan segera. Memikirkan apa yang patut aku lakukan sekarang ini. Barang-barang penting siap dikemas, tombol pintu rumah dipegang apabila mataku terasa silau disebelah kiri lalu ku menoleh ke arah luar berada. Sebuah cahaya silau datang dari luar rumah, aku berdiri kaku dan hanya memandangnya sahaja. Dalam fikiran, inilah akhirnya dan satu perkataan terpacul dari mulutku. 'Allah................' Lalu mataku pejam..........
......................................................
Drrr....
(Bunyi batu-batuan pecah jatuh ketanah)
Suasana sekitar sunyi dan kelam, batu-batuan yang saling menghimpit sedikit sebanyak menghalang sinar mentari. Terdengar juga titisan-titisan air mengalir dicelah batuan yang pecah itu. Aku memegang kepala yang kesakitan. Fikiran menjadi kabur dan kelam, sekabur pandangan mata memandang kegelapan yang berada dihadapan. 'Erghh, apa yang jadi ni' aku bermonolog sambil mengumpul kekuatan untuk duduk dari pembaringan. Cebisan-cebisan memori cuba aku kumpulkan dalam fikiran. 'Ya Allah!! aku ingat, cahaya itu!' Perkara terakhir yang aku ingat adalah cahaya putih yang menyinari suasana pada ketika itu, diiringi pula dengan dentuman ibarat guruh yang berkali ganda kuatnya. Kemudian aku tidak pasti apa yang berlaku dan aku berada disini setelah itu.
Aku memandang kesekeliling. 'Eh, mana Ashkur, mana Asad' pandangan kukalih kiri dan kanan. Tidak ada sesiapa disekeliling melainkan hanya batuan runtuh. 'Ya Allah, aku terselamat. Alhamdulillah ya Allah.'. Disebalik kesyukuranku itu terselit kerisauan, dimana ahli rumahku yang lain. Hidup lagikah mereka? Aku cuba merangkak perlahan. 'Argh, sakit' suara meninggi sambil memegang kaki kiri yang kelihatannya cedera. Cecair merah mengalir perlahan pada buku lali. Kesakitan ditahan sambil aku merangkak perlahan dibawah timbunan runtuhan. 'Ashkur!! Asad!! mana korang?' aku menjerit memanggil sahabat serumah. Berulang kali dipanggil namun hanya hampa yang mendatang. Tidak ada jawapan kepada panggilanku ini.
Aku duduk bersandar di tepi dinding yang nampaknya masih kukuh walau hampir 50 peratus darinya hancur berkecai. Pandanganku terarah ke batuan runtuh berlapisan yang berada dihadapan. Aku menanti sebuah harapan, agar dia hadir pada ketika ini. Harapan agar sahabat-sahabatku selamat, harapan agar aku sendiri diselamatkan. Aku beristigfar beberapa kali sambil memikirkan apa yang perlu dilakukan. Aku terperangkap di dalam runtuhan bangunan yang mustahil bagiku untuk keluar darinya bersendirian.
Nampaknya peperangan telah bermula, serangan demi serangan oleh Israel terhadap Palestin pada minggu lepas akhirnya mencetuskan perbalahan diantara Israel dan negara arab disekitarnya terutama Mesir. Aku tidak menyangka peperangan ini akan meletus pada saat ini. Nampaknya tindakan pihak Mesir dalam memberi bantuan kepada Palestin mencetuskan perbalahan diantara mereka. Satu hembusan nafas kekesalan dilepaskan. ' ahh, kenapa berlaku sekarang, aku tak habis belajar lagi kot'. Aku mengeluh. Bayangan ibu dan ayah pula menjelma difikiran, adik-adik yang berada di Malaysia. Bagaimana pula keadaan mereka.
Tiba-tiba aku rasakan gegaran dalam poket seluar yang menghasilkan kerlipan cahaya. 'eh handset masih hidup, ada orang telefon'. Tangan dimasukkan kedalam poket dan mencapainya. Tertera pada skrin handset nama yang aku kenal. ' Assalamualaikum, helo. Wan!!! ' aku memulakan perbualan. ' Mukhlis kau ok tak? kau ada kat mana sekarang?'. Air mataku mengalir, Ya Allah masih ada harapan.
Sekali lagi gegaran dirasa, tapi kali ini bukan gegaran biasa. Bumi bergetar, tanah yang dipijak terasa gegarannya. Aku dapat mendengar beberapa bunyi letupan tidak jauh dari tempat aku berada. ' Wan, ada bunyi bom wan, tolong ana wan.......' , ibarat jatuh ditimpa tangga, talian pula terputus. Bunyi letupan semakin mendekati, Ya Allah, dariMu aku datang dan kepadaMu aku kembali. Kalam terakhir sebelum letupan kedengaran hanya beberapa meter ditempat aku berada.
.......................................................................
20/11/2012-2.00 pm-Malaysia
Bangunan MARA di Kuala Lumpur penuh sesak. Tangisan dan rayuan si ibu kedengaran di seluruh pelusuk bangunan. Orang ramai berpusu-pusu masuk melalui pintu hadapan bangunan. Petugas-petugas MARA yang berada disitu terpaksa beralih tugas menjadi pengawal lalu lintas bagi membolehkan ibu bapa melihat senarai nama anak-anak mereka di Mesir yang terkorban dalam serangan Israel terhadap ibu dunia itu. Senarai nama yang ditampal di beberapa tempat dalam bangunan itu menunjukkan beberapa orang pelajar yang tersenarai nama mereka sebagai yang terkorban. Perasaan sedih dan pilu, diiringi dengan tangisan dan kerisauan ibubapa menyelubungi kawasan tersebut.
Di tempat meletak kenderaan di luar bangunan. Kelihatan seorang penunggang dan pembonceng motosikal Yamaha D100 bewarna merah sedang mencari ruang untuk meletakkan motorsikal. ' Bang cepat sikit bang, anak kita macam mana..' si isteri mencuit bahu suaminya. ' Awak ni sabarla, ingat saya tak risau ke..' si suami meninjau disekeliling kawasan bangunan, sekiranya ada. ' Tu bang, depan tu ada tempat kosong..' si isteri mengarahkan jari telunjuknya ke sebuah penjuru dihujung bangunan. Motor merah yang sudah melebihi 1 abad dibawanya kesana.
Pintu hadapan bangunan MARA masih lagi sesak, tangisan demi tangisan kedengaran membuatkan si isteri susah hati. Dua orang pegawai yang berada di pintu masuk setia menanti dan berdiri bagi memberi panduan kepada ibu bapa yang datang. Ada diantara mereka yang datang dari utara, malah tidak kurang ramainya yang meredah jalanraya jauh dari pantai timur Malaysia. ' Anna!!! sini!!! ' si isteri mencari punca suara yang memanggil namanya. Dia menoleh kearah meja pertanyaan yang berada beberapa meter dari tempat mereka suami isteri berdiri. ' Oh, Atun, macam mana Atun, anak aku, anak kau macam mana? ' Puan Anna bertanya dalam nada kerisauan yang mendalam. ' Aku dah cek, Alhadulillah anak aku selamat, baru je dapat mesej dari dia tadi. Kau baru sampai ke?' giliran Puan Atun pula bertanya. ' ha'ah aku baru sampai ni, anak aku macam mana Atun. Kau ada nampak nama anak aku? ' . Puan Atun hanya menggeleng. Jawapan yang mengecewakan Puan Anna. ' Sabarlah Mai, jom kita pergi tengok senarai disana tu' ajak suaminya.
Dalam kesibukan Puan Anna dan suami dalam mencari nama anak mereka, pegawai datang dan menampal senarai nama yang baru sahaja dikeluarkan. Pejabat MARA di Mesir melaporkan masih ramai lagi pelajar Malaysia di Iskandariah yang tidak ditemui. Senarai nama mangsa yang tidak ditemui ditampal. Puan Anna mencari. ' Mana nama Mukhlis ni bang '. Matanya mengekori jari telunjuknya diatas kertas putih yang penuh berisi nama-nama, dan jarinya terhenti ditengah-tengah helaian kertas itu. Merasakan suasana sekeliling menjadi dingin, badan terketar dan kadangkala kaku. Airmata mengisi kelopaknya, perasaan lembut seorang ibu mana mungkin dapat ditahan. Nama Mukhlis Shah terpahat sebagai mangsa kehilangan.
' Bang, kita tunggu disini ya bang, Anna taknak balik, Anna nak tunggu. ' suara Puan Anna sayu memujuk suaminya untuk bersama. Si suami memimpin isterinya ke tempat duduk yang disediakan. Ramai ibubapa yang setia menunggu. Menanti khabar gembira akan keadaan anak mereka disana. Jauh sekali mereka menunggu hanya untuk mengutip mayat tidak beryawa. Puan Anna dan suami menanti sehingga ada khabar sampai kepada mereka nanti.
...........................................................
' Uhuk...uhuk uhuk.....'
Debu berterbangan di ruang udara menyebabkan kesukaran untuk aku bernafas. Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan umurku di dunia ini. Letupan tadi benar-benar meletakkan aku dalam keadaan berserah kepada Allah. Samada Dia mahu mengambil nyawa ini, terserah padaNya. Mungkin ada sebab dan hikmah aku masih lagi bernafas diruang bumi ini. Kali ini aku cuba mengumpul seluruh kekuatan yang aku ada untuk berdiri. Kesan dari letupan tadi menyebabkan terbukanya sebuah jalan keluar untukku. Cahaya matahari bersinar menerangi tempat aku berada. Aku ternampak sinar harapan dihadapan. Langkah ku mula dengan perlahan menuju jalan keluar.
Sang mentari tegak berdiri di atas kepala, tengahari telahpun meyapa. Ku lihat kehadapan, tiada yang kulihat melainkan robohnya bangunan. Aku lihat anak kecil menangis, berjalan sambil mencari ibunya. ' Ummi, ummi, feen enti ya ummi ' katanya dalam tangisan. Wajah anak kecil itu diselaputi debu, lalu ke bergerak perlahan kearahnya dalam keadaan kesakitan. Kaki yang sakit belum terubat, tetapi aku yakin hati kanak-kanak ini lebih menderita dari kesakitan kakiku ini. ' Ta3ala yabni, la takhof, ana ashabuk ' wajahnya aku gilap dengan tangan. Aku bertanya apa yang dicarinya, lantas aku memujuknya untuk jalan bersama. Dia mengikutiku.
Disekeliling aku nampak cebisan-cebisan mayat bertaburan dibawah runtuhan. Rasa mual dan ingin sekali aku memuntahkan isi perut melihat keadaan ini. Aku berhenti dan berfikir, aku harus lakukan sesuatu. Lantas aku mengambil keputusan untuk mencari Ashkur dan Asad. Anak kecil tadi ku genggam erat tangannya. Tangisannya terhenti. ' Enta qawi ya akhi, Innallaha yuhibbu Insan qawi syaklak ' aku berkata kepada anak kecil tadi dalam usaha untuk memberinya semangat dan kekuatan di atas apa yang dilalui. Jujurnya aku juga memerlukan support, aku juga memerlukan seseorang untuk memberi semangat. Aku tidaklah sekuat yang disangka. Tapi aku harus tabah. Maka aku serahkan semua pada yang Esa.
' Ashkuuuuuuuuuur!!! Asaaaaaaaaaaad!!! ' berkali-kali aku berteriak memanggil nama mereka. Panggilan berterusan yang disertai kehampaan. Tidak ada jawapan, tidak kedengaran insan lain yang masih hidup
memberikan jawapan. Aku cuba mencari mereka ditempat aku berada, tidak ada kelibat mereka. Malah aku tidak menjumpai tubuh mereka. ' Ya Allah seandainya mereka masih hidup, bantulah mereka ya Allah. ' Aku berjalan perlahan disisi runtuhan. Setelah hampir satu jam mencari aku hampa. Nampaknya aku harus ke hostel MARA.
Dalam masa aku berfikir untuk kesana, terlintas pula dalam ingatan akan handphone yang tertinggal dalam bangunan runtuh tadi. Aku bergegas kesana dan mencarinya. Debu yang bertebaran telah menutup pandangan, ditambah pula dengan batuan kecil yang terhasil dari letupan tadi menyukarkan aku untuk mencari. Batuan itu aku ketepikan, Alhamdulillah, handphone kecil ini masih elok rupa parasnya. Lantas aku keluar dari kawasan runtuhan menuju ketanah yang lebih lapang. Kira-kira 50 meter dari tempat aku berada. Handphone tadi kupegang kemas, lalu aku cuba untuk dihidupkan. Alhamdulillah, masih berfungsi dengan baik. Aku mencari nombor akh Basyar, lalu aku cuba intuk menghubunginya, talian disambung dan aku menanti jawapan.
' Hello Assalamualaikum.....'
..................................................................
' Sekarang ni tak selamat kalau anta nak kesana, ana ada di Ibrahimeyya sekarang ni, bersama dengan ikhwan disini. ' kata-kata akh Basyar ketika aku mengubunginya sebentar tadi. Kini aku dalam perjalanan ke tempat yang diberitahu oleh akh Basyar. Jarak dari Cleopatra ke Ibrahimeyya tidak sampai 1km. Tapi dengan bangunan hancur dan jalan-jalan yang diliputi olehnya menambah perencah kesukaran untuk aku kesana. Lagi pula kaki yang cedera dan bersamaku seorang anak kecil menyebabkan jarak yang dekat menjadi jauh.
Aku cuba melintasi beberapa batuan besar, memanjat dan merangakak dibawahnya menuju ke arah tram yang berada dalam 50 meter dihadapan. Itu adalah tempat yang paling kurang kesannya diatas serangan bom yang bertalu pada awal hari tadi. Kiri dan kanan, cebisan mayat bertaburan, tidak kurang juga mayat yang sempurna bergelimpangan di sekitar kawasan. Penduduk disini ramai, dan jarak bangunan yang dibina amatlah dekat diantara satu sama lain. Maka tidak hairan, ramai mangsa yang terkorban. Cuma aku masih disini, berpeluang menatap dunia yang sudah hilang keindahan akibat dari kehancuran.
Anak kecil yang bersama denganku sejak dari tadi menarik lenganku berkali-kali, ' Fi eh ya akhi? 'aku bertanya kepadanya. ' Ummi... ' dia menunjukkan kearah satu jasad yang terbaring diatas tanah. Mayat yang masih sempurna tubuh badan. Lalu anak kecil itu berlari kearah mayat tersebut. Kelihatannya anak kecil itu gembira 'bertemu' dengan ibunya. Anak kecil itu mencium pipi ibunya berkali-kali. Aku tidak berganjak, hanya terdiam seribu bahasa. Airmataku mengalir tatkala si anak memanggil ibunya berkali-kali tanpa jawapan darinya. ' Ummi, qum ya ummi, ana Umar. ' anak kecil itu terus mengulang. Air matanya turut jatuh berjujuran. Aku melangkah perlahan kearahnya.
' Ummuka fil jannah al an, la tabki ' aku memandang anak kecil itu dengan wajah yang sayu. Kami berbalas pandangan, airmata masing-masing jatuh berguguran. ' Ana aiz ummi..' kata anak kecil itu sambil menangis. ' In Shaa Allah, ehna naruuah jannah ma3bad, mesyi?' aku bertanya kepadanya. Dia hanya mengangguk, aku tidak pasti adakah dia faham atau tidak akan situasi yang berlaku. Aku memeluknya erat, aku berjanji aku akan menjaga si anak ini sehingga dia berada ditempat yang selamat. Ya Allah bantulah kami.
Aku mengajaknya untuk terus bergerak. Umminya ditinggalkan dibelakang dengan perasaan berbelah bahagi, sedih dan sayu. Anak kecil ini cekal hatinya, aku yakin begitu. Perjalanan diteruskan, aku menambil jalan disebelah tram menuju ke Ibrahimeyya. Terlintas difikiranku kenapa tidak ada sebarang bantuan yang datang. Tidak ada bunyi siren ambulan dan sebagainya. Kerana setahu aku, dalam keadaan seperti ini pasti akan ada bantuan yang diberikan. Tetapi suasana sunyi sepi dari bunyian, malah tidak ada riuhan orang ramai meminta pertolongan. Aku membayangkan sepatutnya ada keadaan yang cemas dan kacau bilau yang berlaku. Tetapi tidak ada, perjalanan diteruskan menelusuri jalan-jalan yang kebanyakannya sudah rosak dan dimusnahkan.

Bangkai-bangkai kereta hangus terbakar, pohon-pohon yang sebelum ini berdiri gah tumbang ke bumi. Jalanraya yang lurus sudah tidak ada rupanya. Aku berhenti di satu tempat mencari sumber air yang boleh digunakan untuk menunaikan solat. Terdapat satu pili bomba ditepi kedai serbaneka yang sudah musnah dihancurkan, terdapat sedikit air mengalir darinya lantas aku memulakan wudhu dengan kalimat suci basmalah. Air yang sedikit kugunakan untuk membasuh anggota wajib ketika berwudhu'. Air sejuk yang mengalir dicelah wajah memberikan sedikit kesegaran. Ku ajak anak kecil tadi untuk berwudhu dan melakukan solat bersamanya. Sinaran matahari pada peralihan musim sejuk tidak menghalang untuk aku solat ditengah jalan. Hanya beralaskan tisu yang dijumpai sudah memadai untuk aku meletakkan dahi bersujud pada yang Esa. Sujud terakhir sengaja aku lamakan dan berdoa kepada Allah SWT supaya memberi jalan.
Usai menunaikan solat dan berdoa, aku bangkit untuk terus berjalan. 100 meter sahaja lagi aku akan sampai ketempat yang dimaksudkan akh Basyar. Aku mula nampak orang ramai berkumpul di satu tempat, Alhamdulillah akhirnya jumpa juga manusia. Berdiri di bawah sebatang pokok rendang, seorang lelaki berkacamata dan berjaket hitam seakan sedang menunggu seseorang. ' Abang Basyar!! ' aku menjerit memanggil namanya. Anak kecil tadi telah kuserahkan kepada orag arab yang mengenalinya. Mungkin beliau adalah ahli keluarganya. Akh Basyar mengangkat tangannya dan melambai kearahku. Aku bergerak pantas kearahnya.
' Enta camne abg Basyar? enta ok ' aku bertanya dalam nada kerisauan. Akh Basyar mengukirkan senyuman sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. ' Alhamdulillah ana ok je ' balasnya ringkas. Kami berborak mengenai isu yang meletus pada ketika ini. Sambil berborak mataku tidak henti memandang arab yang kehulu dan kehilir, sentiasa bergerak dalam memberi bantuan dan mengangkat mangsa yang cedera. ' Siapa mereka ni bang Basyar?' aku bertanya. Mereka yang bekerja memakai seutas reben bewarna hijau pada lengan mereka. Ada tulisan bewarna putih yang tertulis diatas reben itu, aku tidak dapat mengenal pasti apa yang tertera padanya. ' Mereka ni ikhwan ' jawab akh Basyar.
' Jom duduk disana ' akh Basyar mempelawa untuk duduk di atas tikar yang disediakan sukarelawan ikhwan. Kami berbual panjang. Nampaknya ujian yang menimpa akh Basyar lebih berat dariku. Zaujahnya tidak ditemui dan kemungkinan besar telah pergi menghadap Illahi. Dia baru sahaja melangsungkan pernikahan semasa cuti musim panas yang lepas. Dalam masa sekelip mata, insan tersayang pergi. Ujian apakah ini. Tapi aku pelik, akh Basyar mampu lagi tersenyum. Aku kagum. Selama ini pun dia merupakan seorang yang aku anggap hebat, ketabahan dan kesabaran yang dia ada tidak aku jumpa pada orang lain selama aku hidup di dunia ini. Aku juga mungkin tidak mempunyai kesabaran sehebatnya. Moga Allah memberkatinya.
' Ana baru kol ikhwah di kaherah, nampaknya keadaan disana pun lebih kurang disini.' kami meneruskan perbualan. dari apa yang diceritakan tentera Israel mula menggugat kedaulatan Mesir dengan menghantar tentera melalui jalan laut. Tindak balas segera telah dilancarkan atas arahan presiden Mesir. Beberapa ratus kilometer kearah barat dan di tebing sinai, pertempuran diantara Israel dan Mesir sedang berlaku. Manakala pertempuran udara juga turut berlaku di ruang udara Kaherah, Iskandariah dan beberapa tempat di Mesir.
Aku mendengar dengan perasaan teruja dan kerisauan. Bagaimana pula dengan nasib aku dan yang lain-lain. Kemana pula hendak aku larikan diri. Tidak ada tempat yang boleh dituju. Sekatan yang ada sudah terlalu banyak. Hostel MARA turut diserang menurut akh Basyar. Aku tidak tahu akan nasib rakan-rakanku yang lain. Kini hanya aku dan akh Basyar. ' Kamu termenung apa tu, banyak dikir nampaknya ' sapa akh Basyar. Mata bertentang mata, kami melihat wajah masing-masing yang sugul. ' Ana terfikir apa yang boleh dilakukan sekarang ini. ' akh Basyar mengangguk tanda faham. ' Sebenarnya ada benda yang boleh anta lakukan.Tapi sebelum tu ana nak tanya, anta dah mesej keluarga dekat Malaysia?' akh Basyar bertanya. Aku pula hampir terlupa, sedangkan handphone berada di tangan sejak dari tadi. Pasti ibu bapaku risau.
.....................................................
20/11/2012 - 6 PM - Malaysia
Trrrr...trrrrr.... ( bunyi handphone bergetar)
'Bang bang ada mesej masuk!! ni nombor Mesir Mukhlis' Puan Anna membuka peti mesej pada telefon bimbitnya. Masing-masing menatap skrin telefon yang berada di tangan Puan Anna. Perasaan masing-masing berdebar.
......................................................................
Akh basyar mengeluarkan sehelai kertas dan sebatang pen bewarna hitam. Dia menulis sesuatu. ' Anta ingat lagi ana pernah cakap pasal benda ni pada anta ' Akh Basyar menyerahkan tulisan itu kepadaku.
Aku merenung dan berfikir dengan dalam, apabila membaca kata-kata diatas ketas itu. ' Apa pendapat anta' tanya Akh Basyar. Ikhwan kini telah membuka peluang untuk mana-mana penduduk awam menyertai peperangan menentang Israel. Walaupun pada asalnya, mereka tidak membenarkan orang luar menyertai tetapi pengecualian diberi kepada kami. ' Pilihan ditangan anta, anta fikir masak-masak apa yang anta boleh lakukan.' Dalam keadaan sekarang, tidak ada apa-apa yang boleh aku lakukan selain dari bersama mereka atau hanya duduk berdiam diri. Untuk pulang ke Malaysia memang sangat mustahil. Tetapi peluang untuk mendapat syurga terbuka luas dihadapan mata. Tapi aku tidak bersedia. Mampukah aku menentang mereka, aku tidak punya kekuatan tubuh fizikal, tidak punya kekuatan mental.
' Tapi anta ada kekuatan iman, jadikan iman anta sebagai sumber kekuatan. Apa yang kita dah lalu dalam usrah, katibah dan daurah, mukhayyam dan sebagainya, semuanya persediaan untuk hari ini' akh Basyir menyapa. Aku tersentak. Apa yang diucapkan ada kebenarannya. Adakah selama ini aku melalui semua itu hanya untuk perkara yang sia-sia. Hanya sekadar pengisian yang tiada praktikalnya? Hari ini adlaah harinya. Tetapi bersediakah diriku. Lalu aku teringat.
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka denagn memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah dalam Taurat, Injil dan Al quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. " At-Taubah : 111
' Jika anta dah bersedia, anta beritahu ana, ana minta izin untuk kesana sebentar. ' Akh Basyar meminta kebenaran untuk beredar sambil meninggalkan aku dalam keadaan dilema.
Aku bangun dan berjalan disekitar kawasan yang riuh rendah dengan jeritan para penyelamat, jeritan para ikhwan yang semangat membantu mangsa-mangsa pengeboman. Aku melihat kecekalan mereka, ketabahan mereka, dan ketekunan mereka dalam menjalankan kerja. Sedikit sebanyak menambah keinginan untuk bersama mereka. Seorang arab berbadan agak sasa, berpakaian baju kemeja lusuh berseluar slack hitam menegurku. ' Assalamua3laikum, bita3mel eh ya akhi? la turid sai3iduna ma3bad? ' kata-katanya menusuk kalbu. Aku mengukir senyuman kepadanya. Aku rasakan kini, kepastian yang hadir dalam hati. Aku yakin akan jalan yang ku pilih ini. Aku beralih pandangan kebelakang.
' bang Basyar!!!' aku memandangnya dengan mengukir sebuah senyuman. Aku sudah bersedia. Wahai Israel, nantikan kedatangan seorang pejuang. Ya Allah berikan aku kekuatan. Keputusan drastik diambil, handphone dikeluarkan dari poket. Lantas Mukhlis menghubungi seseorang.

20/11/2012 - 8.00 PM - Malaysia - Panggilan Terakhir.
' Hello Assalamualaikumm'
' Waalaikumussalam, Mukhlis ke ni? ' Puan Anna bersuara.
' Ya bu, Mukhlis ni. Bu Mukhlis nak minta maaf banyak-banyak. Ampunkan dosa Mukhlis selama ini, halalkan makan minum Mukhlis. ' suaraku sebak, aku tidak menanti lama untuk memohon maaf. Aku kuatir talian diputuskan.
' Eh, kenapa ni Mukhlis, kenapa minta maaf tiba-tiba ni. ' Puan Anna menjadi cemas.
' Kemungkinan besar Mukhlis, tak akan balik ke Malaysia. Keadaan disini sangat memerlukan Mukhlis bersama mereka. Mukhlis ingin bersama dan membantu mereka. Redhakan pemergian Mukhlis bu. ' aku menerangkan.
' Ya Allah, Mukhlis nak buat apa disana, bersabar nak, mungkin ada yang akan datang memberi pertolongan' Puan Anna menunjukkan kerisauannya.
' Sudah tidak ada jalan keluar bu, ibu izinkanlah Mukhlis bersama mereka. Mukhlis minta maaf banyak-banyak bu..... tzztzttttt' talian menjadi kurang jelas.
' Redhaa .... kan..... Mukhli......bu.....' suaraku semakin tidak kedengaran.
Airmata Puan Anna jatuh berjujuran. ' Mukhlis... Mukhlis....' dia memanggil namun suara anaknya sudah tidak kedengaran. Talian pula terputus. Puan Anna terduduk, mengenang anaknya yang berada di perantaun.
Hati wanita itu lembut, lebih-lebih lagi seorang ibu yang sudah lama berjauhan dengan anaknya. Kini perpisahan mereka mungkin menjadi perpisahan yang tiada pertemuannya di dunia. Mungkin perpisahan ini menuntut untuk mereka bersama disyurga. Puan Anna tidak dapat berbuat apa-apa. Hatinya redha, kepada Allah dia memohon bantuan untuk anaknya. Dia yakin perpisahan ini hanya didunia, yang jangkanya tidak begitu lama.
' Ya Allah pertemukan kami di syurga, ibu redha anakku....ibu redha...'
Cuaca dalam dua tiga hari di bumi anbiya ini tidak menentu, hujan dan panas bersilih ganti. Air mandian mula menjadi sejuk. Tanda-tanda winter mula menyapa. Angin sejuk sepoi-sepoi bahasa menyapa wajah yang sedia ada kedinginan. Aku bangun untuk mencapai jaket yang disangkut di tepi dinding lalu memakainya. Aku kembali menghadap buku yang masih banyak untuk diselak muka suratnya.
Ternyata sukar untuk mengekalkan fokus ditahap tertinggi. Kelopak mata ibarat digantung dengan beban seberat 10 kg, kadang-kadang terkatup menandakan sudah sampai masanya untuk aku beradu dibawah saratoga yang menyediakan kehangatan yang cukup untuk melenakan diri dalam mimpi-mimpi indah. Secawan nescafe yang berada diatas meja kuhirup. Moga dengannya dapat aku bertahan dan dapat meringankan beban kelopak mata ini daripada tertutup.
Dalam ketika hirupan kedua.
"ZOoooommm......."

Salam, ibu ayah. Mukhlis ni,
ibu ayah mesti dah tahu
keadaan di Mesir. Alhamdulillah
Mukhlis selamat. Cuma ada
cedera sikit, jangan risau.
Air mata yang sudah banyak ditumpahkan akhirnya mengalir sekali lagi. Kali ini bukan air mata kerisauan tetap air mata kesyukuran yang mengalir. Puan Anna tidak berhenti mengucapkan kesyukuran kepada Allah. Lafaz tahmid diulang-ulang begitu juga si suami. 'Alhamdulillah bang anak kita selamat.' ucapan kesyukuran yang dilafazkan. Hati yang gundah menjadi tenang. Mengetahui anaknya masih hidup memberi kekuatan dan keyakinan. Cuma perkara mendatang tidak diketahui, hanya ada pada pengetahuan tuhan yang Esa. Puan Anna hanya mampu berdoa untuk anaknya.
......................................................................
Akh basyar mengeluarkan sehelai kertas dan sebatang pen bewarna hitam. Dia menulis sesuatu. ' Anta ingat lagi ana pernah cakap pasal benda ni pada anta ' Akh Basyar menyerahkan tulisan itu kepadaku.
'Kemenangan dan kejayaan itu sedang menanti dihadapan kita. Walaupun tekanan semakin dasyat menghimpit kita. Tetapi ingatlah bahawa fajar mentari pastikan terbit walaupun kegelapan masih berpanjangan.' -Imam Hassan Al Bannna -
Aku merenung dan berfikir dengan dalam, apabila membaca kata-kata diatas ketas itu. ' Apa pendapat anta' tanya Akh Basyar. Ikhwan kini telah membuka peluang untuk mana-mana penduduk awam menyertai peperangan menentang Israel. Walaupun pada asalnya, mereka tidak membenarkan orang luar menyertai tetapi pengecualian diberi kepada kami. ' Pilihan ditangan anta, anta fikir masak-masak apa yang anta boleh lakukan.' Dalam keadaan sekarang, tidak ada apa-apa yang boleh aku lakukan selain dari bersama mereka atau hanya duduk berdiam diri. Untuk pulang ke Malaysia memang sangat mustahil. Tetapi peluang untuk mendapat syurga terbuka luas dihadapan mata. Tapi aku tidak bersedia. Mampukah aku menentang mereka, aku tidak punya kekuatan tubuh fizikal, tidak punya kekuatan mental.
' Tapi anta ada kekuatan iman, jadikan iman anta sebagai sumber kekuatan. Apa yang kita dah lalu dalam usrah, katibah dan daurah, mukhayyam dan sebagainya, semuanya persediaan untuk hari ini' akh Basyir menyapa. Aku tersentak. Apa yang diucapkan ada kebenarannya. Adakah selama ini aku melalui semua itu hanya untuk perkara yang sia-sia. Hanya sekadar pengisian yang tiada praktikalnya? Hari ini adlaah harinya. Tetapi bersediakah diriku. Lalu aku teringat.
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka denagn memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah dalam Taurat, Injil dan Al quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. " At-Taubah : 111
' Jika anta dah bersedia, anta beritahu ana, ana minta izin untuk kesana sebentar. ' Akh Basyar meminta kebenaran untuk beredar sambil meninggalkan aku dalam keadaan dilema.
Aku bangun dan berjalan disekitar kawasan yang riuh rendah dengan jeritan para penyelamat, jeritan para ikhwan yang semangat membantu mangsa-mangsa pengeboman. Aku melihat kecekalan mereka, ketabahan mereka, dan ketekunan mereka dalam menjalankan kerja. Sedikit sebanyak menambah keinginan untuk bersama mereka. Seorang arab berbadan agak sasa, berpakaian baju kemeja lusuh berseluar slack hitam menegurku. ' Assalamua3laikum, bita3mel eh ya akhi? la turid sai3iduna ma3bad? ' kata-katanya menusuk kalbu. Aku mengukir senyuman kepadanya. Aku rasakan kini, kepastian yang hadir dalam hati. Aku yakin akan jalan yang ku pilih ini. Aku beralih pandangan kebelakang.
' bang Basyar!!!' aku memandangnya dengan mengukir sebuah senyuman. Aku sudah bersedia. Wahai Israel, nantikan kedatangan seorang pejuang. Ya Allah berikan aku kekuatan. Keputusan drastik diambil, handphone dikeluarkan dari poket. Lantas Mukhlis menghubungi seseorang.
......................................................
20/11/2012 - 8.00 PM - Malaysia - Panggilan Terakhir.
' Hello Assalamualaikumm'
' Waalaikumussalam, Mukhlis ke ni? ' Puan Anna bersuara.
' Ya bu, Mukhlis ni. Bu Mukhlis nak minta maaf banyak-banyak. Ampunkan dosa Mukhlis selama ini, halalkan makan minum Mukhlis. ' suaraku sebak, aku tidak menanti lama untuk memohon maaf. Aku kuatir talian diputuskan.
' Eh, kenapa ni Mukhlis, kenapa minta maaf tiba-tiba ni. ' Puan Anna menjadi cemas.
' Kemungkinan besar Mukhlis, tak akan balik ke Malaysia. Keadaan disini sangat memerlukan Mukhlis bersama mereka. Mukhlis ingin bersama dan membantu mereka. Redhakan pemergian Mukhlis bu. ' aku menerangkan.
' Ya Allah, Mukhlis nak buat apa disana, bersabar nak, mungkin ada yang akan datang memberi pertolongan' Puan Anna menunjukkan kerisauannya.
' Sudah tidak ada jalan keluar bu, ibu izinkanlah Mukhlis bersama mereka. Mukhlis minta maaf banyak-banyak bu..... tzztzttttt' talian menjadi kurang jelas.
' Redhaa .... kan..... Mukhli......bu.....' suaraku semakin tidak kedengaran.
Airmata Puan Anna jatuh berjujuran. ' Mukhlis... Mukhlis....' dia memanggil namun suara anaknya sudah tidak kedengaran. Talian pula terputus. Puan Anna terduduk, mengenang anaknya yang berada di perantaun.
Hati wanita itu lembut, lebih-lebih lagi seorang ibu yang sudah lama berjauhan dengan anaknya. Kini perpisahan mereka mungkin menjadi perpisahan yang tiada pertemuannya di dunia. Mungkin perpisahan ini menuntut untuk mereka bersama disyurga. Puan Anna tidak dapat berbuat apa-apa. Hatinya redha, kepada Allah dia memohon bantuan untuk anaknya. Dia yakin perpisahan ini hanya didunia, yang jangkanya tidak begitu lama.
' Ya Allah pertemukan kami di syurga, ibu redha anakku....ibu redha...'
Monday, September 3, 2012
-- BERDIRI DEMIMU --
beberapa perkara ku korbankan demi jalan ini, malah itu masih tidak lagi mencukupi... guide me through ur ways Ya Allah... dirikanlah aku pada jalan yg benar. :'(
Thursday, August 30, 2012
-- SUJUD MERDEKA --
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 55
"Sekiranya Patriotik yang dilaungkan oleh mereka itu bermaksud rasa kasih sayang terhadap tanah air, merasa mesra dengannya, cinta dan merasa kasih terhadapnya,
maka ini adalah sesuatu yang telah tersedia dalam fitrah manusia dari satu sudut.
Dari satu sudut yang lain pula ianya adalah merupakan suatu perintah dalam Islam.."
"Sekiranya Patriotik yang mereka maksudkan itu bererti kewajipan bekerja dengan seluruh tenaga dalam usaha memerdekakan negara dari tangan-tangan perampas,
kemudian memenuhkan tuntutan kemerdekaan dan menanam prinsip keagungan juga kemerdekaan dalam jiwa anak-anak negara,
maka dalam hal ini, kita juga bersama-sama dengan mereka dan Islam telah pun menitik beratkan perkara ini dengan dengan kuat.."
"Sekiranya mereka maksudkan dengan Patriotik itu mengeratkan pertalian antara penduduk serantau
dan membimbing mereka agar menggunakan kekuatan yang ada pada mereka untuk kebaikan mereka,
kita juga bersetuju dengan mereka dalam hal ini dan Islam memandangnya sebagai suatu kewajipan
yang pasti. "
"Kita menganggap bahawa batas Patriotik kita ialah aqidah, sedang mereka menganggap bahawa batas Patriotik itu adalah berdasarkan bumi dan sempadan geografi.."
“Jika Nasionalis yang dimaksudkan oleh mereka yang berbangga dengan semangat nasionalisme ialah generasi hari ini yang perlu menurut jejak generasi silam dalam membina hidup gemilang, cemerlang, dihormati, berkeyakinan tinggi lalu menjadikan mereka (generasi dahulu) sebagai contoh yang baik,
dan jika Nasionalisme yang dimaksudkan ialah kegemilangan seorang bapa menjadi kebanggaan seorang anak lalu menjadi pembakar semangat dan perangsang kepadanya (anak).
Jika ini yang dimaksudkan, maka ia adalah suatu tujuan yang baik yang disokong dan digalakkan.
Bukankah usaha kita membangkitkan semangat generasi masa kini bertujuan supaya mereka mencontohi kehebatan generasi masa silam ?”
“Jika Nasionalis yang dimaksudkan ialah keluarga dan bangsanya adalah orang yang paling utama untuk menerima layanan baik dan orang yang paling utama dilimpahkan dengan segala sumbangan dan jihad, maksud ini adalah benar.
Siapakah yang tidak merasa bahawa orang yang paling utama untuk menerima sumbangannya ialah bangsanya sendiri yang telah membesarkannya ? ”
“Jika Nasionalis yang dimaksudkan ialah kita semua dituntut supaya berusaha dan berjihad, maka menjadi kewajipan setiap kumpulan untuk berusaha mencapai matlamat ini sehingga dengan izin Allah masing-masing mencapai kejayaan.
Inilah pengagihan tugas yang terbaik. Siapa lagi kalau bukan kita yang membekalkan kepada umat Timur dengan pelbagai pasukan dan ketumbukan jihad dalam setiap lapangan sehingga kita bertemu semuanya dalam kemerdekaan dan kebebasan.”
“Semua nilai Nasionalisme ini dan yang seumpamanya adalah nilai yang baik, disanjungi dan tidak dilarang oleh Islam..
Nilai ini menjadi ukuran kita dan kita bukan sahaja menerima dengan senang hati semua nilai ini malah kita menyokongnya..”
NAMUN
"Jika apa yang dimaksudkan dengan Nasionalisme ialah menghidupkan kembali budaya jahiliyyah yang telah pupus..
Mewujudkan semula sejarah yang telah lenyap dengan mengenepikan tamadun baik yang telah bertapak kukuh..
Membuang semua yang ada kaitan dengan Islam semata-mata kerana semangat Nasionalisme dan semangat kebangsaan sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah negara yang agak fanatik,
sehingga ke tahap menghancurkan semua imej Islam dan Arab, termasuklah mengubah nama, huruf dan istilah yang digunakan dan menghidupkan semula budaya Jahiliyyah yang telah sekian lama pupus,
jika inilah Nasionalisme yang dimaksudkan, maka Nasionalisme seperti ini tidak betul dan membawa kesan yang amat buruk.”
“Jika apa yang dimaksudkan dengan Nasionalisme ialah berbangga dengan bangsa sendiri hingga ke tahap merendahkan bangsa lain, memusuhi dan memanipulasi bangsa lain demi memartabatkan bangsa sendiri sepertimana yang pernah dilakukan oleh Jerman dan Itali atau mana-mana bangsa yang mendakwa mereka lebih istimewa berbanding bangsa-bangsa lain, maka maksud seperti ini adalah suatu yang keji malah bercanggahan sama sekali dengan nilai peri kemanusiaan.”
Risalah Dakwatuna |
Imam Asy Syahid Hasan Al-Banna
Monday, August 27, 2012
-- TUTUP --
"Sekarang cuba antum tutup mata dan cuba lihat keindahan alam yang terbentang luas dihadapan antum sekarang ini"
Ammar yang tertanya-tanya memandang kearah mas'ulnya, begitu juga Hakeem dan Azizi yang berada disebelahnya. Mas'ul mereka membalas pandangan dan menukilkan senyuman manis lalu menyambung kata-kata.
"Ok, jom teruskan, tutup mata antum pandang kedepan dan ana akan menceritakan segala apa yang terbentang dihadapan mata kita sekarang ini."
Mereka menutup mata lalu cuba membayangkan keindahan alam seperti yang diminta mas'ul. Selama lebih kurang 10 hingga 15 minit mereka berada dalam kegelapan dan mendengar semua yang diceritakan oleh naqib mereka.
Tidak ada apa yang dapat dilihat melainkan bayangan kegelapan dan hanya dapat membayangkan apa yang diceritakan dalam kotak minda yang terhad pada penglihatannya. Setelah itu mata mereka dibuka. Lalu ditanya.
"Seronokkah antum meihat pemandangan sebentar tadi?" Mas'ul bertanya.
Tentulah dengan mata yang tertutup dan hanya warna kehitaman yang dapat dilihat tidak ada keseronokan dalam melihat lukisan alam ini. Warna-warna indah itu hanya dapat dibayangkan oleh otak yang mempunyai memori-memori yang terbatas melainkan dengan bantuan penglihatan.
Mereka dapat membayangkan burung-burung berterbangan tetapi tidak dapat mengetahui burung apakah yang berterbangan, apakah warnanya, bagaimana mereka terbang dan berapa ekor yang berada diangkasa. Apa yang diceritakan seperti alunan helaian-helaian pelepah pokok tamar tidak dapat dilihat akan keindahan alunannya dan ketenangan melihatnya. Semua itu terbatas.
Dalam keadaan mata yang dibutakan, hilang kenikmatan dalam merasai keagungan alam ciptaan tuhan yang Maha Agung. Lautan biru, kehijauan daunan dan warna warni bungaan hanya menjadi projeksi dalam bayangan.
"Macam mana seorang buta boleh hidup begini, juga dalam tempoh waktu yang lama" soalan yang terpacul keluar dari Hakeem. Mas'ul hanya tersenyum, dia pasti anak-anak buahnya tahu apa yang ingin disampaikan olehnya lalu ia bertanya. "Ammar, apa yang kamu dapat dari apa yang kita lakukan sebentar tadi?"
Ammar memandang kearah Hakeem dan Azizi kemudian berpaling kepada mas'ul dan menarik nafas panjang. "Ana rasa kita patut menjadi hamba yang bersyukur" balasnya pendek. "Ada lagi?" mas'ul bertanya. Ammar hanya mengelengkan kepala.
"Kata-kata Ammar itu benar, kita lihat balik apa yang telah kita lalui pada liqo' yang lepas. Kita telah membincangkan ayat ke 23 surah Al-Mulk, dimana Allah berkata; maksudnya" Katakanlah( wahai Muhammad) "Allah yang telah menciptakan kamu(dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati(untuk kamu bersyukur,tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur."
"Segala ciptaan yang telah Allah lakukan adalah merupakan sebuah tanda, tanda hidayah kepada manusia yang hatinya bersih, jelas dan tahu kemana arah tujunya. Allah menciptakan burung untuk ditadabbur akan ciptaannya itu, untuk kita berfikir siapakah yang telah mengangkat burung itu untuk terbang di ruang udara melainkan Allah SWT yang Maha Esa. Itu tujuan penglihatan kita diciptakan, tadabbur alam ini kerana ia adalah source kepada hidayah Allah SWT."
Mas'ul bangun dan menghadap kearah anak-anak buahnya. 3 pasang mata memandang kearahnya. Semua diam, menanti kalam-kalam taujih dari mas'ul mereka.
"Malang sungguh hari ini manusia tidak menggunakan nikmat yang diberikan ini untuk mencari petunjuk Allah, tetapi menggunakannya kejalan yang salah. Contoh praktikal yang boleh kita ambil adalah melihat wanita yang tidak menutup aurat. Perkara yang sangat mudah untuk dilakukan samada di alam maya mahupun dialam sebenar. Jadi bagaimana kita ini, hendak menghindarkan dari melakukan perkara seperti ini?"
"Bersyukurlah kita, kerana mata ini tidak dibutakan lagi, masih lagi mampu melihat lautan yang berada dihadapan kita sekarang ini, lihat disana, masih lagi mampu untuk kita lihat langit biru dan awan-awan diangkasa. Jadikan ia asbab hidayah kepada mereka dan renungi alam ini. Tidak ada yang menciptakan semua ini melainkan Allah SWT."
"Akhirnya, jangan jadikan mata kita ini mata yang penuh dengan difitnah, jadikan mata ini penerang kepada hati yang gelap. Biarpun kita ini ditakdirkan buta, biarlah buta mata tetapi jangan buta hati."
"Dah sekarang jom balik, ana belanja makan shawerma firakh" Mas'ul menamatkan pertemuan mereka pada hari itu. Biarlah perjumpaan itu hanya dalam masa yang singkat tetapi suntikan tarbiyah itu melekat kedalam hati untuk diamalkan dikemudian hari. Lalu mereka bergerak pulang dengan harapan mereka memperoleh sesuatu pada hari itu.
Saturday, August 18, 2012
-- LIFE UPDATE #2 --
Bismillah.
Semalam kedegang kedegung suara mengatakan bahawa hari ini Mesir akan raya. Mood selepas asar dah tukar jadi mood raya. Tetapi berita tersebut masih belum sahih lagi. Ditanya pada pakcik-pakcik arab kat sekitar kawasan rumah, mereka kata raya pada hari ahad. Tanya pula pada rakan-rakan Malaysia, mereka kata raya hari sabtu. Jadi selepas solat isya tertunggu-tunggu sama ada mereka akan takbir atau solat terawih.
Maka usainya solat, mereka tidak bertakbir dan menandakan kita perlu berpuasa sehari sahaja lagi. Kecewa? Mungkinlah ada sedikit tetapi hikmah disebaliknya masih ada berbaki satu hari ramadhan untuk kita terus berdoa dan menghabiskan tenaga dan usaha dalam beramal pada hari yang terakhir ini.
Jadi selepas solat isya semalam, ana ke bilik wudhu untuk memperbahrui wudhu dan seterusnya bersama jemaah lainnya untuk melakukan solat terawih terakhir pada tahun ini. Bacaannya agak pendek dari kebiasaan, mungkin imam janya membaca 1 mukasurat sahaja untuk satu rakaat pada kali ini. Hari sebelumnya telahpun dikhatamkan Al-Quran jadi terawaih terakhir semalam dibuka sahaja mana-mana surah yang berkenan dihati imam.
Maka pada rakaat ke 7, kedengaran ayat ini, ' Ya Ayyuhallazi na a3manu kutiba a3laikumussiyam kama kutiba a3lallazina min qablikum la3allakum la3allakum tattaquun'.... Masya Allah dan seriusly dan secara otomatiknya air mata mengalir dan hati menjadi syahdu. Bukan kerana raya tetapi mengenangkan kembali ayat tersebut dan mengenang kembali sejak dari awal ramadan, adakah ramadan ini dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh diri.
Pada ketika ayat itu dibaca, terfikir adakah dosa-dosa sebelum ini diampunkan atau diri ini menjadi salah seorang yang celaka sepertimana hadis Rasulullah SAW ketika menaiki mimbar masjid. Arab-arab kat sebelah mesti pelik kenapalah budak melayu ni. Ayat ni bukan ayat nak hari kiamat ke, ayat seksaan api neraka ke. Tiba-tiba je nangis. Pelik.
Harap-harapnya diampunkanlah dosa-dosa kita dan segala amalan yang kita dah usahakan sepanjang ramadan ini dibalas dengan redha Allah. Moga sisa-sia jahiliyah dapat dinyah bersihkan dan keluar dari madrasah ini ibarat seorang bayi comel yang baru lahir tanpa dosa yang melekat di hati. Bak kata tazkirah dari Ustaz Suhaib Ar-Rumy, keluarnya kita dari madrasah ramadan ini pastikan ada satu perkara yang kita buat dalam bulan ini di istiqomahkan pada bulan-bulan yang lain. Satu je dia kata sudah mencukupi.
Lastly, tiada apa-apa kata yang nak diucapkan selain salam lebaran dan salam perantauan terutama pada keluarga di Malaysia, sahabat handai yang mengenali, pembaca blog ini sekiranya ada dan umat Islam keseluruhannya. Eh, tadi pagi mimpi satu benda best, bangun-bangun tersenyum lebar walaupun muka mamai. Katanya mimpi mainan syaitan, tapi bulan ramadan syaitan dibelenggu, adakah ini petanda dari Allah? hehe

Friday, August 10, 2012
-- LIFE UPDATE #1 --
Bismillah.
Sekarang berada dalam fasa pecutan 10 malam terakhir ramadan. Bumi Iskandariah agak sunyi dan sepi dengan ketiadaan pelajar-pelajar Malaysia yang pulang ke negara tercinta dan ke umrah dan lainnya. Pecutlah dengan segera kerana rugi jika keluar dari bulan ini tanpa dosa diampunkan. Sangat-sangat rugi. Maka pergilah baca quran(boleh lak update blog?), tarawih dan qiam bersungguh-sungguh dan rebutlah ganjaran terutama lailatul qadr.
Tahun ni tak balik. Maka wajiblah berasa homesick seketika. Maka disebabkan itu tiba-tiba rajin pula update blog hari ini. InsyaAllah malam ini akan bergerak ke kaherah untuk menyertai kem utaqo yang bertujuan melepaskan diri dari api neraka(itqo minannar) dengan memfokuskan ibadah 10 malam terakhir bersama ikhwah-ikhwah yang tertinggal disini.
Tetapi sebelum itu, malam ini juga insyaAllah akan terjuallah motor kesayangan yang dibeli setahun yang lalu kepada seorang arab yang baik hati, sanggup untuk mengambil motor yang serba serbi kekurangan itu. Maka dengan ini ucapan selamat tinggal kepada Mukhlis Rider(nama moto) dan juga ucapan terima kasih kepada seorang sahabat bernama saddam J. kerana sanggup meneman pergi beli motor tersebut pada satu masa dahulu.
Lastly, tertunggu-tunggu bila result nak keluar. Harapan dan doa agar semua sahabat-sahabat tahun 3 dapat bersama-sama naik tahun 4 tanpa ada yang tersangkut dan perlu mengulang tahun. Doakan juga agar tidak tereapeat paper diri ini. Jadi jumpa kita dihari raya akan datang. Ma3assalamah.

Sunday, July 29, 2012
-- BERANI BERMIMPI --
" Innamal a3malu bin niah, wainnama likulli ri im manawa..."
"Beranilah anta untuk bermimpi, have your own dream, kerana ana juga selalu bermimpi dan ana yakin Allah akan kabulkan mimpi ana itu kerana dalam hadis ini juga Allah telah berjanji Allah akan kabulkan apa yang dimimpikan oleh hambaNya."
"Bukankah setiap amalan itu bermula dengan niat, maka jika niat kamu untuk berbuat sebagai contoh berkahwin pada masa sekian-sekian, maka Allah akan berikan berdasarkan apa yang diniatkan seseorang itu. Tetapi dengan syarat anta optimis dan sentiasa positif dengan Allah SWT dan beramal dengan suruhannya. Atas sebab itu dekatkanlah diri dengan Allah."
"Pernah anta dengar mengenai Umar yang bertanya kepada sahabat-sahabatnya supaya bermimpi atau 'make a wish'? Jadi ada beberapa jawapan yang sahabat menunjukkan perlunya kita untuk bermimpi dan berniatkan sesuatu yang besar"
Allahuakbar, 1 hari lebih bersama seorang akh yang berziarah dari Malaysia memberikan 1001 makna yang mendalam. Taujihat dari hati ke hati yang diberikan sangat menusuk kedalam kalbu. Alhamdulillah, bersyukur kerana Allah beri peluang untuk bertemu dengan akh ini.
Maka selepas ini saya akan terus bermimpi. Mengimpikan sesuatu yang besar untuk agama ini.
BERANILAH BERMIMPI.
Friday, July 27, 2012
-- BERJALAN MEMAHAMI --
The very first video yang berbentuk nasihat.
Harap-harap dapat buat lebih baik lagi lepas ini.
Tuesday, July 24, 2012
-- MISI MEREKA --
Saya tidak percaya jika dikatakan mereka tidak mempunyai apa-apa misi.
Bukankah perang salib itu berlaku sejak dahulu lagi?
Bukankah pernah mereka bawa gold GOSPEL and glory?
Maka misinya pada hari ini?
Saya bukan paranoid, tapi saya sensitif akan masalah dan akidah umat.
Saya tidak mahu esok atau lusa, adik-adik atau anak-anak saya sendiri
mempercayai 'Allah' but with a different meaning.
Naudzubillahiminzalik.

Sunday, July 22, 2012
-- SELAMATKAN MARYAM --
Apabila kita mengatakan tentang kristianisasi apakah yang kita bayangkan?
Adakah kita mebayangkan orang yang memeluk agama kristian?
Atau membayangkan umat Islam yang menukar agamanya ke agama kristian?
Atau adakah kita membayangkan serangan JAIS terhadap methodist church yang lalu?
Atau adakah kita teringat akan HIMPUN yang dianjurkan beberapa NGO di Malaysia pada masa lalu?
Jadi mari kita berfikir sejenak apakah kristianisasi ini dan projek-prejek mereka khususnya di negara kita Malaysia.
Pada zaman ini serangan-serangan pemikiran banyak menusuk kedalam pemikiran masyarakat kita. Arus-arus pemikiran barat yang mengalir tidak henti telah melenyapkan arus pemikiran Islam secara terancang dan tersusun.
Serangan-serangan ini dengan mudah melemahkan jati diri dan melenyapkan nilai Islam dalam diri seseorang bergelar Muslim terutamanya bangsa melayu yang majoritinya Islam di Malaysia.
Bila berbicara tentang projek kristianisasi, cukuplah untuk kita katakannya sebagai sebuah projek untuk mengeluarkan status seorang muslim itu sebagai seorang muslim. Jika dahulunya para mubaligh kristian atau pendakyah mereka berusaha untuk mempromosi agama mereka, untuk mengajak umat Islam memeluk agama mereka.
Tetapi tidak sekarang, bagi mereka cukuplah projek ini dengan mengeluarkan seorang muslim dari Islam atau dengan kata lainnya memurtadkan mereka.
Di Malaysia agama Islam diberikan kedudukan yang istimewa dalam perlembagaan. Dijadikan dia agama persekutuan. Manakala agama lain dibenarkan untuk diamalkan tetapi di'haram'kan untuk disebarkan.
Tetapi hakikat hari ini, perkara ini tidak berlaku.
Kita dapati pada hari ini edaran-edaran naskah yang menceritakan tentang Jesus atau Nabi Isa, penyebaran pamplet-pamplet yang menerangkan tentang kristian dan sebagainya. Dan kecoh pula pada tahun lepas apabila serbuan pihak JAIS terhadap gereja mendapati terdapat umat Islam didalamnya.
Para pendakwah kristian sedang giat berusaha memurtadkan orang Islam di Malaysia. Tetapi saya yakin ramai yang tidak sedar akan perkara ini. Masih ramai yang buta hati dan buta mata atau hanya memandang dengan sebelah mata. Geram apabila perkara-perkara seperti ini, yang berkaitan dengan akidah umat kadang-kadang dikatakan pula sebagai permainan politik.
Dimana neraca yang diletakkan sebenarnya. Dimana pula para pendakwah dari kalangan umat Islam sendiri. Adakah masing-masing hidup selesa, tidur dibawah selimut dan tidak mahu bangun dari igauan yang menimpa umat Islam pada ketika ini.
Pendakyah kristian amat bijak, mereka menggunakan pelbagai taktik dan juga cara, bagi mengelirukan umat Islam yang sudah sedia keliru dalam kehidupan mereka. Ketika isu kalimah Allah timbul, pelbagai pihak memberi komen dan sebagainya. Ada yang menyokong dan ada yang menolak. Dan saya adalah dari golongan yang menolak penggunaan kalimah tersebut dalam kita bible. Kerana apa? Saya rasa kita boleh sama-sama berfikir sendiri akan sebabnya.
Pelbagai taktik lagi yang digunakan sebenarnya. Sampai bila baru kita mahu ambil cakna. Bersepakatlah wahai umat Islam demi agama tercinta. Bersepakatlah wahai orang melayu dalam menjaga agama kita. Cukuplah mereka merosakkan anak bangsa kita. Adakah kita mahu anak-anak kita pula yang didakwah mereka. Berjalan dari cahaya ke dalam kegelapan yang tiada penghujungnya. Sedarlah kalian, saya tidak mahu Malaysia menjadi seperti Indonesia. Sama-sama kita ambil cakna. Selamatkan MARYAM.

Friday, July 13, 2012
-- RAMADHAN DAH DEKAT --
Sempena ramadhan yang dah nak dekat, ana kongsikan satu video khas dari FETYA.
"Allahumma balighna Ramadhan" Ameen.
"Allahumma balighna Ramadhan" Ameen.
Tuesday, June 26, 2012
Saturday, June 23, 2012
--ZAMAN KECILKU--
Add caption |
Apa yang anda nampak dalam gambar diatas ini. Sengaja ditanya soalan begini. Hehe. Apa yang ana nampak adalah gambar seakan-akan sebuah hutan simpan yang dikelilingi oleh bengunan-bangunan disekitarnya. Rasanya anda pun nampak benda yang sama atau ada yang mempunyai deria ke 6 yang boleh nampak mendalam lagi.
Gambar diatas sebenarnya menyimpan 1001 satu kenangan dan pengalaman dalam diri ana. Jika anda mahu tahu, disini merupakan tempat ana dibesarkan, dididik, disekolahkan, dilahirkan (sepatutnya tulis awal2) dan sebagainya. Pelik. Takkan lahir dalam hutan pula. Hehe.
Tidaklah ana dilahirkan dalam hutan ni sebenarnya, tempat ini dahulunya merupakan kawasan perumahan yang digelar rumah panjang Kg Pasir. Bukan hanya di Sarawak sahaja ada rumah panjang, ditengah bandaraya KL juga ada. Dan ya, ini adalah KL.
Sedang study2 tiba2 tangan ini gatal untuk buka google map, mungkin disebabkan perasaan rindu pada negara tercinta, tempat tumpah darahku menyebabkan nak tengok perkembangan di Malaysia terutamanya di sekitar kawasan rumah. Terlepas juga sedikit sebanyak perasaan tersebut dari hati.
Bila lihat gambar diatas terimbau kenangan semasa kecil dahulu. Tempat bermain bola, tempat main sorok2 dengan teman, main kejar2 dengan kawan. Tempat terbinanya pengalaman dalam mengharungi kehidupan.
Teringat zaman masa sekolah rendah dahulu, pagi-pagi dikejut untuk bangun subuh, mandi air panas yang dimasak ibu pada awal pagi yang sejuk. Kemudian berbasikal kesekolah pada awal-awal pagi. Ini antara pengalaman yang rasanya tak dapat dilupakan dan akan terus tersemat dalam ingatan.
Disebelah atas adalah sekolah rendah dan sebelah bawah kiri adalah sekolah menengah dan keduanya berkongsi padang yang sama. |
Ditengah gambar tersebut terdapat kawasan lapang yang dahulunya sebuah padang permainan. Satu perkara yang masih ana ingat, sewaktu ditugaskan menjadi keeper semasa bermain bola, ana tertendang bola itu agak kuat sehingga bola itu hinggap dihadapan rumah seorang auntie cina dan menangis2 nak minta bola itu dipulangkan semua kerana bola tersebut telah merosakkan beberapa barang dihadapan rumahnya. T_T.
15 tahun merupakan satu tempoh yang sangat lama. 15 tahun ana tinggal dan dibesarkan disini. Di sinilah menjadi tempat tinggal, tempat bermain , tempat asal usul yang takkan pernah dilupakan. Bila teringat semua kenangan disini, rasa rindu pada zaman kecil itu membuak2 bagai gunung berapi yang menggelegak. Allahuakbar, seronok bila mengimbas kembali semua ini. Air mata pun hampir menitis kerana terlalu rindu dengan suasana zaman kecil ini. Tidak tahu bagaimana untuk menterjemahkan perasaan pada ketika ini. Yang boleh dikatakan adalah, rindu rindu rindu. Rindu Malaysia. Malangnya tahun ini tak balik pula, ingin mengutip pengalaman yang lebih di bumi orang pula. Doakan.
Sunday, June 17, 2012
-- AMAL --
- Memahami hakikat marhalah yang kita berada sekarang, membuatkan kita tenang dengan respon masyarakat.
Apa yang penting adalah untuk terus meningkatkan kefahaman dan terus dalam amal memahamkan masyarakat intipati dakwah kita.
Ar-Rasyid pernah berkata.
"Penerimaan masyarakat juga dikehendaki. Anda tidak boleh melupakan keinginan-keinginan orang ramai. Mungkin di sesebuah negeri, kehidupan pemikiran dan politiknya belum lagi berkembang hingga mencapai tahap matang yang menjadikan penduduknya memandang positif terhadap pertarungan yang berlaku di antara aliran-aliran fahaman yang ada. Bahkan ketika itu mereka menganggap anda sebagai orang yang menambahkan lagi kekusutan, kegawatan dan permusuhan. Mereka lupa tentang penampilan Islam dan ciri keimanan yang anda bawa bagi menentang kekufuran yang sedang merayap kepada mereka dalam diam. Lalu mereka terlebih dahulu mengepung anda dengan keengganan dan keingkaran sebelum anda dikepung oleh jentera-jentera kerajaan.
Situasi ini juga turut berlaku berulang kali di beberapa buah negara yang sudah maju dan bertamadun jika mereka penat dengan mendapat cedera parah melalui siri-siri tahun yang dipenuhi dengan ketakstabilan politik, pemberontakan, rampasan kuasa, pendedahan konspirasi yang gagal, gelombang hukuman bunuh yang berleluasa dan penumpahan darah yang merata. Para penduduk negara tersebut telah merasa boring, jemu dan berkeluh kesah sehingga mereka menganggap segala amal kebaikan yang ingin dilakukan sebagai penyebab kepada kesukaran dan kesempitan baru yang bakal mereka hadapi, meskipun amal kebaikan itu mempunyai identiti Islam. Ketika itu, kita wajib berlemah lembut dengan mereka, selagimana kekufuran terbesar belum lagi mengepung mereka dalam keadaan mereka tidak menyedarinya." -Irfan Salmi
Friday, June 15, 2012
-- AZZAM MUJAHID --
"Andai yang memisahkan kita itu hanya Allah, maka aku mengharapkan agar kematian menjadi wasilah perpisahan kita. "
...
Tidak terang langit pada hari ini, matahari yang menyinar sebentar tadi beralih ganti dengan awan mendung membawa titisan-titisan hujan yang bakal turun beberapa minit sahaja lagi. aku menjenguk kepala diluar dan melihat kelibat manusia dan pergerakan kenderaan yang bersimpang siur dijalanan. Aku mengambil semula posisi diatas kerusi tua yang sudah banyak berjasa sepanjang 6 tahun aku berada disini.
Disini aku punya kawan yang layak digelar sahabat dan aku cintakan dia kerana Allah dan bukan kerana lainnya. Disini aku fahami maksudnya ukhuwah sebenar-benar ukhuwah yang bukan hanya dilakonkan sahaja. Tetapi ukhuwah ini yang membantu untuk menggerakkan diri, menjadi pendorong dalam setiap amal dan pelajaranku disini. Disini ku punya sahabat, menjadi baja dan penyemai kepada diri. Sentiasa memberi semangat seperti sang matahari. Sungguh indah memori ini.
Seronok bila memikirkan kenangan-kenangan yang berlalu, secawan kopi panas diatas meja diambil dan dihirup beberapa kali. Terasa kesegarannya menghirup kopi yang dibawakan khas dari Malaysia. Buku surgery yang berada dihadapan mata dibiarkan terbuka. Masih banyak lagi yang belum dibaca, bayu angin bertiup kedalam kamarku, kubiarkan sahaja angin itu melalui celahan wajahku, terasa nyaman.
Tiba-tiba pintu bilik dikuak, satu suara yang dikenali kudengari. ' Azzam, jom kita study sekali ' . Senyuman terukir dibibirku lalu kupusingkan badanku menghadap pintu bilik yang terletak dibelakangku. Senyuman bertukar menjadi muram, luntur senyuman dari wajah, aku tundukkan wajah memandang lantai putih menampakkan wajahku lalu kutekup dengan kedua belah tanganku. Aku beristigfar panjang. Aku masih tidak dapat lupakan dia, masih suaranya terngiang-ngiang dalam kepalaku. Ya Allah betapa aku rindu dengan makhlukmu itu. Kusangka Mujahid berada dihadapanku, rupanya hanya sang angin menolak si pintu.
Rasa rindu dalam hati membuatkan air mata hanya mengalir melalui celahan mata kurniaan Ilahi. Titisan air mata suci jatuh kelantai lalu kukesat wajahku. Tiada guna aku menangis kerana yang hidup itu pasti mati. Segala yang datang pasti pergi, itulah adat kehidupan didunia ini. Aku menarik nafas panjang dan ketenung cawan diatas meja yang merupakan pemberiannya pada satu masa dahulu.
1 Tahun yang lalu
' Azzam, jom study sama-sama ' Mujahid mempelawa untuk belajar bersama sambil memegang sebuah buku rujukan ditangan kirinya. Pintu bilik ditolak dengan bahunya, tangan kanannya memegang mug berisi air kopi. Langkahnya dihayun perlahan dan segelas kopi itu diserahkan kepadaku. ' Syukran, susahkan kau je buat kopi ini '. Tangan dihulur dan diletakkan air diatas meja. Mujahid mengambil tempatnya disebelahku, ' kau tengah study apa Azzam, pelajaran semalam kau dah baca? ' Mujahid meletakkan bukunya diatas meja dan bertanya. ' Aku dah baca tapi ada beberapa bahagian yang aku tak faham ' aku menjawab. ' Oh bahagian mana, aku cuba terangkan kalau boleh. ' . Mujahid menarik buku paediatric yang sedang ku baca ke arahnya. Lalu kutunjukkan tajuknya.
Sekali lagi Mujahid berjaya menerangkan dengan baik bagi subjek yang tidak kufahami. Aku senang belajar bersamanya. Mujahid seorang yang cerdas akal fikirannya, dia mampu memahami sesuatu subjek dengan hanya memberi tumpuan dalam kelas. Berlainan dengan aku yang sukar untuk menumpukan perhatian dalam kelas, pasti melayang fikiranku ke tempat lain ketika di dalam kelas. Disebabkan itu Mujahid banyak membantu aku ketika berada dirumah. Masanya yang ada diluangkan bersamaku untuk belajar bersama. Sikap Mujahid yang lebih suka untuk belajar secara berkumpulan banyak membantu aku dalam memahami setiap pelajaran. Semoga Allah merahmati Mujahid. Doaku dalam solat tidak pernah kulupakan untuknya.
' So kau faham tak part ni? Bila kita ambil ubat yang ini, maka akan ada kesannya pada bayi tersebut ' terang Mujahid memberikan kefahaman kepadaku. ' ok, faham dah, syukran jazilan weh, kalau tak sampai esok aku tak faham. ' sebuah senyuman kulontarkan kepada Mujahid. Senyuman dibalas dengan senyuman. Air kopi yang sudah mula hilang kepanasan dihirup sedikit dan diletakkan diatas meja. Mujahid menghulurkan tangannya kearah cawan miliknya. Aku meneruskan pembacaan dengan memikirkan untuk berhenti setelah habis membaca tajuk yang terakhir pada malam ini. Mujahid masih menghirup kopi miliknya sambil merenung keluar jendela. Diperhatikan suasana malam yang tenang, jauh berbeza dengan lawannya siang. Aku hanya memandanganya tenang, cuma apabila...
' Muja! Muja!, kenapa ni !!! ' cawan yang dipegang Mujahid jatuh ke lantai berderai dan berkecai. Aku memegang bahu Mujahid dalam keadaan dia sedang terbatuk dengan kuat. Darah mengalir dari mulut dan hidungnya secara tiba-tiba. Aku yang sedang menepuk bahagian belakangnya mengangkat wajahnya yang berlumuran dengan darah yang mengalir tadi, aku melihat air mata mengalir dari wajah Mujahid, dia sedang menahan kesakitan. Akal fikiranku menjadi beku, tidak tahu apa yang patut dilakukan pada ketika itu. Aku hanya memangku Mujahid diatas ribaku, sambil menyapu darah diwajahnya dengan sehelai kain diatas bangku.
' Mujahid! bertahan, biar aku panggil arab untuk tolong, bertahan Mujahid! ' aku melepaskan peganganku terhadapnya dan berlari membuka pintu. Lantas aku mengetuk pintu rumah jiranku yang berbangsa arab. pintu dibuka dan aku hanya berdiri tidak kaku tetapi tidak tahu, aku ketakutan, hanya jari telunjuk yang menunjukkan sesuatu telah berlaku di dalam rumahku. Jiranku yang kehairanan melihat baju putih yang berlumuran darah bergegas memasuki ke dalam kamar bilik dan mendapati Mujahid yang sudah tidak sedarkan diri. Lalu dia bergegas mengambil kunci kereta berjenama Skoda miliknya. Lalu dia mengarahkan aku untuk mengangkat Mujahid menuruni tangga bangunan dan membawanya masuk kedalam kereta. Aku yang dalam kebingungan hanya mendengar arahan. Cemas keadaan pada ketika itu. ' Wahai Mujahid jangan ada apa-apa yang terjadi pada kau , Ya Allah selamatkan Mujahid ' aku berdoa dalam hati.
' Azzam, kau ingat lagi tak apa yang aku cakap masa mula-mula kita berkenalan? ' Mujahid bertanya dalam keadaannya sedang menanggung kesakitan. Wajahnya pucat, bibir yang kebiruan berbicara dan bertanya kepadaku. Soalannya tadi kufikirkan, sudah beberapa tahun sejak kami berjumpa buat pertama kali. Aku ingat lagi pada masa itu, aku sedang tercari-cari penempatanku di kolej persediaan. Ditakdirkan pula aku untuk bertembung dengannya dan secara kebetulan kami tinggal di sebuah bilik yang sama. Disitulah titik perkenalan kami. Akan tetapi aku lupa apa yang pertama sekali diucapkannya. Lalu aku mengaku dihadapannya. ' Maaf Azzam, dah terlalu lama sehingga aku terlupa ' senyuman dinukilkan ucapan maaf dihulurkan. Sekuntum senyuman kelat dibalas Mujahid. Asyik sekali mengalir air mataku ini, dia jatuh menuruni wajahku sekali lagi. Sebak hati melihat keadaan Mujahid sekarang ini. Sahabat yang begitu rapat denganku, dan kini sedang dia menahan kesakitan atas penyalitnya itu.
Mujahid meletakkan tangannya diatas bahuku. ' Dahlah tu, takyah nangis sangat, aku pun tak menangis. ' Mujahid berkata. Badannya ditarik keatas untuk menyandarkan badannya pada kepala katil, aku membantu meletakkan bantal dibelakangnya. ' Kalau imbas kembali, aku ada cakap ana uhibbuka fillah kan? ' Aku teringat dan lantas mengangguk membenarkannya. ' Bagi kau, apa kau rasa tentang apa yang aku ucapkan itu?' Mujahid bertanya lagi. ' Kita berukhuwah kerana Allah ? ' aku cuba menjawab. Mujahid tersenyum. ' Betul dan bagi aku definisinya lebih lagi dari itu.
Bagi Mujahid, untuk bersahabat tidak perlu pandang pada perbezaan yang ada pada seseorang itu, tetapi lihatlah pada persamaan yang kita ada. Dan semuanya hanya kerana Allah SWT. Ukhuwah Mujahid dan aku adalah atas dasar kami seorang muslim. Jika tidak dipandang pada sudut itu maka aku tidak mungkin akan rapat dengan Mujahid. Perwatakan kami jauh berbeza, dan kami juga bukan berasal dari tempat yang sama. Kadang-kadang pemikiran kami berbeza, tetapi itu tidak mematahkan ukhuwah antara kami. Malah kami saling menjadi batu penolak sesama sendiri. Ramai yang berkata berukhuwah kerana Allah tetapi tidak ramai yang mampu merealisasi, menjadikannya satu realiti.
' Jika kita mampu menangis ketika berpisah dengan sahabat, maka ada makna ukhuwah disitu. ' Mujahid menambah. ' Perasaan itu lahir dari hati yang ikhlas bersahabat kerana Allah. Maaf Azzam, banyak pula aku bercakap.' Aku memandang Azzam dengan perasaan yang terharu. ' Azzam, ada astu benda aku nak beritahu, ana uhibbuka fillah. ' Kini giliran Mujahid pula mengalirkan air mata. Aku dan Mujahid berpelukan. Sukar untuk aku gambarkan perasaan pada ketika itu, aku seperti tidak mahu melepaskan pelukan ukhuwah itu. Terasa kuat kehangatannya, kami saling mengalir air mata. Tiba-tiba ECG yang terletak disebelah katil Mujahid berbunyi. Mujahid terbatuk dengan kuat sehingga mengeluarkan darah. Sekali lagi aku cemas, aku menjerit memanggil jururawat bertugas. Lalu mereka datang, seorang darinya memanggil doktor yang merawat Mujahid.
Dalam keadaan kesakitan, Mujahid memegang erat tanganku. ' Azzam, andai yang memisahkan kita itu hanya Allah, maka aku mengharapkan agar kematian menjadi wasilah perpisahan kita. Aku sayangkan engkau kerana Allah. ' maka kata-kata itu menjadi kata terakhir Mujahid kepadaku. Pegangan erat sebentar tadi menjadi longgar lalu dilepaskan tanganku dari genggamannya. Doktor bertugas sibuk dengan tugasnya. Aku hanya tergamam dan terundur kebelakang apabila ditolak jururawat dan diminta pula untuk keluar dari wad. ' Mujahid......' teeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt. Tiada lagi degupan, tiada lagi denyutan. Mujahid telah pergi. Seorang lagi hamba pergi bertemu dengan kekasihNya. Aku duduk bersandar di dinding wad. Air mata deras mengalir, raungan kesedihan hanya dapat diterjemah dalam hati. Tidak ada orang lain yang menemani pada saat akhirnya. Maka berakhirlah ukhuwah kami. moga kita ketemu disyurga nanti.
Renungan Perpisahan |

Mujahid tidak menyukai sesorang yang memandang rendah pada orang lain dan berbangga diri. Tidak menyukai orang yang berperangai sinis dan menjadi batu api. Biarlah terdapat perbezaan dalam diri, tetapi tidak bererti ukhuwah itu perlu berhenti. Ukhuwah bukanlah satu perkara yang dilakonkan, berpeluk cium dan berjabat tangan. Tetapi ukhuwah adlah apabila datangnya satu perasaan dalam hati, apabila kamu memeluk seorang sahabat yang disayangi, akan datang satu perasaan yang menenangkan hati. Satu perasaan yang sukar digambarkan, perasaan yang mendatangkan kegembiraan. Dan yang lebih lagi satu perasaan yang menjadikan kita takut dimurkai Allah nanti dan mahu bersama kseyurgaNya nanti.
' Azzam, kau ingat lagi tak apa yang aku cakap masa mula-mula kita berkenalan? ' Mujahid bertanya dalam keadaannya sedang menanggung kesakitan. Wajahnya pucat, bibir yang kebiruan berbicara dan bertanya kepadaku. Soalannya tadi kufikirkan, sudah beberapa tahun sejak kami berjumpa buat pertama kali. Aku ingat lagi pada masa itu, aku sedang tercari-cari penempatanku di kolej persediaan. Ditakdirkan pula aku untuk bertembung dengannya dan secara kebetulan kami tinggal di sebuah bilik yang sama. Disitulah titik perkenalan kami. Akan tetapi aku lupa apa yang pertama sekali diucapkannya. Lalu aku mengaku dihadapannya. ' Maaf Azzam, dah terlalu lama sehingga aku terlupa ' senyuman dinukilkan ucapan maaf dihulurkan. Sekuntum senyuman kelat dibalas Mujahid. Asyik sekali mengalir air mataku ini, dia jatuh menuruni wajahku sekali lagi. Sebak hati melihat keadaan Mujahid sekarang ini. Sahabat yang begitu rapat denganku, dan kini sedang dia menahan kesakitan atas penyalitnya itu.
Mujahid meletakkan tangannya diatas bahuku. ' Dahlah tu, takyah nangis sangat, aku pun tak menangis. ' Mujahid berkata. Badannya ditarik keatas untuk menyandarkan badannya pada kepala katil, aku membantu meletakkan bantal dibelakangnya. ' Kalau imbas kembali, aku ada cakap ana uhibbuka fillah kan? ' Aku teringat dan lantas mengangguk membenarkannya. ' Bagi kau, apa kau rasa tentang apa yang aku ucapkan itu?' Mujahid bertanya lagi. ' Kita berukhuwah kerana Allah ? ' aku cuba menjawab. Mujahid tersenyum. ' Betul dan bagi aku definisinya lebih lagi dari itu.
Bagi Mujahid, untuk bersahabat tidak perlu pandang pada perbezaan yang ada pada seseorang itu, tetapi lihatlah pada persamaan yang kita ada. Dan semuanya hanya kerana Allah SWT. Ukhuwah Mujahid dan aku adalah atas dasar kami seorang muslim. Jika tidak dipandang pada sudut itu maka aku tidak mungkin akan rapat dengan Mujahid. Perwatakan kami jauh berbeza, dan kami juga bukan berasal dari tempat yang sama. Kadang-kadang pemikiran kami berbeza, tetapi itu tidak mematahkan ukhuwah antara kami. Malah kami saling menjadi batu penolak sesama sendiri. Ramai yang berkata berukhuwah kerana Allah tetapi tidak ramai yang mampu merealisasi, menjadikannya satu realiti.
' Jika kita mampu menangis ketika berpisah dengan sahabat, maka ada makna ukhuwah disitu. ' Mujahid menambah. ' Perasaan itu lahir dari hati yang ikhlas bersahabat kerana Allah. Maaf Azzam, banyak pula aku bercakap.' Aku memandang Azzam dengan perasaan yang terharu. ' Azzam, ada astu benda aku nak beritahu, ana uhibbuka fillah. ' Kini giliran Mujahid pula mengalirkan air mata. Aku dan Mujahid berpelukan. Sukar untuk aku gambarkan perasaan pada ketika itu, aku seperti tidak mahu melepaskan pelukan ukhuwah itu. Terasa kuat kehangatannya, kami saling mengalir air mata. Tiba-tiba ECG yang terletak disebelah katil Mujahid berbunyi. Mujahid terbatuk dengan kuat sehingga mengeluarkan darah. Sekali lagi aku cemas, aku menjerit memanggil jururawat bertugas. Lalu mereka datang, seorang darinya memanggil doktor yang merawat Mujahid.
Dalam keadaan kesakitan, Mujahid memegang erat tanganku. ' Azzam, andai yang memisahkan kita itu hanya Allah, maka aku mengharapkan agar kematian menjadi wasilah perpisahan kita. Aku sayangkan engkau kerana Allah. ' maka kata-kata itu menjadi kata terakhir Mujahid kepadaku. Pegangan erat sebentar tadi menjadi longgar lalu dilepaskan tanganku dari genggamannya. Doktor bertugas sibuk dengan tugasnya. Aku hanya tergamam dan terundur kebelakang apabila ditolak jururawat dan diminta pula untuk keluar dari wad. ' Mujahid......' teeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt. Tiada lagi degupan, tiada lagi denyutan. Mujahid telah pergi. Seorang lagi hamba pergi bertemu dengan kekasihNya. Aku duduk bersandar di dinding wad. Air mata deras mengalir, raungan kesedihan hanya dapat diterjemah dalam hati. Tidak ada orang lain yang menemani pada saat akhirnya. Maka berakhirlah ukhuwah kami. moga kita ketemu disyurga nanti.
AZZAM MUJAHID *gambar tiada kene mengene dgn cerita diatas. |
Subscribe to:
Posts (Atom)