Tuesday, December 28, 2010

WISH YOU ARE HERE

:.: Bismillah :.:

Alhamdulillah praise to Allah SWT.

The day after tomorrow will be the MCQ exam for this module.

Pray for me and my friends.

Just want to share this song.


Saturday, December 25, 2010

TERGESA-GESA


Isti’jal, satu penyakit yang menimpa umat Islam sama ada individu ataupun jamaah, iaitu mahukan perubahan segera tanpa mengambil kira akibat, keadaan mahupun latar belakang dan tanpa membuat persiapan yang baik dari segi sumber, uslub dan wasilah. (Takrif ini kalau disyarahkan boleh menjawab pelbagai masalah individu dan jamaah).
Isti’jal memang tabiat manusia. Semasa Nabi Adam dicipta dan ditiupkan ruhnya, baginda terus bangun sebelum sempurna peniupan ruh tersebut! Tanda awal bahawa jenis manusia memang suka tergesa-gesa! Allah sendiri perakukan; خلق الإنسان من عجل (Al-Anbiya’: 37) bermaksud; Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru  pada serba-serbinya…
Dalam sirah di Makkah, masyhur kalam Nabi SAW kepada Khabbab bin Al-Art apabila beliau meminta nabi berdoa agar dilepaskan umat Islam dari kezaliman Arab Quraisy. Tapi nabi menjelaskan bahawa umat terdahulu diuji lebih dahsyat lagi sehingga ada yang dibelah dengan gergaji tetapi tetap sabar dan nabi akhiri dengan kalamnya ولكنكم تستعجلون maksudnya, tetapi kamu semua tergesa-gesa!
Tanda-tanda isti’jal
1. Menggabungkan individu dalam kafilah dakwah sebelum tauthiq, kenal pasti bakat, kemampuan dan persediaannya. Amal menegakkan Islam tidak boleh dibuat secara borong. Perlu kepada penelitian dan memastikan hanya anasir soleh yang boleh ditarbiah sahaja dibawa bersama. Juga kena ambil kira kekuatan untuk mendidik anasir yang telah dipilih tadi. Jangan sampai kita terpedaya dengan bilangan pengikut yang ramai, tapi mereka tidak boleh menghayati perjuangan Islam yang sebenarnya.
2. Meningkatkan daie ke peringkat lebih tinggi sebelum sampai masanya. Dengan alasan supaya orang tadi cepat meningkat, lebih faham dan produktif untuk dakwah dan jamaah. Sebenarnya ini satu kezaliman, kerana meletakkan seseorang bukan pada tempatnya dan dalam keadaan dia belum bersedia lagi.
3. Melakukan tingkahlaku yang memudharat dan tidak bermanfaat kepada dakwah. Perkara ini biasa berlaku kepada orang yang tiada disiplin amal jamaie atau memang tidak boleh didisiplinkan. Lebih malang lagi apabila tindakan yang dibuatnya mendatangkan mudharat kepada dakwah dan memundurkannya puluhan tahun ke belakang.
Kesan-kesan isti’jal
1. Membawa kepada futur. Futur bermaksud kembali lemah selepas aktif! Boleh jadi seseorang itu asalnya amat aktif dalam amal dan dakwah tetapi sekarang dah malas dan melengah-lengahkan amal, tak aktif lagi. Juga boleh jadi lebih teruk dari itu, langsung berhenti dari amal dan dakwah. Lihatlah keliling kita, sahabt seperjuangan semasa di kolej atau universiti dulu, sama-sama aktif. Tapi bila dah berkahwin dan bekerjaya, tidak sehebat  atau selantang dulu, bahkan ada yang senyap tak buat apa-apa, tidak kurang juga yang aktif tapi hanyut bersama pihak yang ditentang dulu!
2. Membantutkan amal, atau memundurkannya puluhan tahun ke belakang. Bayangkan kalau semua orang mengambil langkah drastik dan agresif atas nama amar makruf, nahi mungkar. Kemudian semua yang agresif tadi disumbatkan dalam penjara, siapa lagi yang akan meneruskan perjuangan mereka? Ini merujuk kepada tidak mengambil kira akibat dari amal yang dilakukan. Sebab itu selain dari perlu mengenali mungkar, perlu juga tahu uslub untuk mengubahnya. Faktor masa perlu diambil kira. Sebab itu pada zaman Makkah, nabi tidak mewujudkan sebarang konfrontasi dengan Arab Jahiliah. Selepas berhijrah dan mendapat sokongan Ansar dan Muhajirin, barulah berlaku.
Sebab-sebab isti’jal
1. Dorongan hawa nafsu dan semangat yang tidak dikawal. Iman kita naik dan turun. Masa iman naik, seseorang itu akan bersemangat untuk beramal dan mencegah kemungkaran.  Tapi jika tidak dikawal dan terburu-buru, pastinya musibah yang menimpa. Contoh terdekat ialah membakar gereja dalam isu kalimah Allah. Ada orang akan terbakar semangatnya…
2. Kurang merujuk kepada sirah nabawiyah, sunnah Allah dan perjalanan dakwah para dua’t.Sunnah Allah terhadap alam; Allah sendiri menegaskan bahawa alam ini dicipta dalam masa enam hari. Bukan dengan sekelip mata, biarpun Allah mampu dengan kun fayakun. Sunnah Allah dalam pensyariatan; arak diharamkan secara berperingkat. Bukan sekaligus. Para qudama’ (veteran) dalam amal dakwah pun mengambil masa yang lama, keluar masuk penjara, tapi tetap thabat sampai akhir hayat kerana memahami bahaya isti’jal. Maka pengalaman orang lain dan jamaah lain perlu diambil kira supaya kita tidak mengulangi kesalahan yang sama. Semangat golongan muda perlu diimbangi dengan hikmah para qudama’.
3. Tidak tahan dengan cabaran dan beban dakwah, juga mahukan hasil yang cepat. Perlu ingat, kita tidak dipertanggungjawabkan kepada hasil atau natijah.  Tapi kita akan disoal terhadap apa yang telah kita lakukan untuk menegakkan kalimah Allah. Kita mesti berusaha, kemudian serahkan kepada Allah. Mengapa nabi tidak berdoa sahaja ketika diminta oleh Khabbab? Sedangkan doa baginda mustajab. Jawapannya, nabi nak ajar kita bahawa kemenangan agama ini perlu dengan tangan manusia sendiri, bukan dengan Kun Fayakun!
Pesanan Hasan Al-Banna
Sebagai pemimpin kepada gerakan Islam masa kini yang menjadi rujukan pelbagai pihak, mari kita telusuri kata-kata Hasan Al-Banna ini;
“Wahai kaum muslimin, khasnya yang bersemangat dan tergesa-gesa! Sesungguhnya jalan dakwah kamu ini, langkah-langkahnya telah disusun, sempadannya telah ditentukan, aku tidak akan menyanggahi sempadan yang aku amat yakin sebagai lebih selamat untuk sampai kepada matlamat. Memang jalannya panjang, tapi tiada jalan lain selain daripadanya… Siapa dari kalangan kamu hendak memetik buah sebelum masaknya… aku tidak bersamanya. Lebih baik dia mencari jalan dakwah yang lain. Siapa yang bersabar dengan aku sehingga benihnya bercambah, pokoknya tumbuh dan buahnya elok sampai masa untuk dipetik, maka ganjarannya di sisi Allah, kita sama-sama akan mengecapai ganjaran para muhsinin: sama ada mendapat kemenangan atau kepiminan, dan sama ada mendapat syahadah atau sa’adah.”
Perlu difahami, kalau semua persiapan dan sumber dah sempurna, kajian sebab dan akibat telah dibuat, maka jangan bertangguh lagi. Teruskan amal, itu bukan isti’jal…
Wallahu a’lam.
*dipetik dari blog Ustaz Azzahar Abd Aziz

Wednesday, December 22, 2010

KEPADA MEREKA YANG BERJUANG


:.: Bismillah :.: 

Hanya ingin berkongsi.

Lagu daripada kumpulan Fetya.

Teruskanlah perjuangan.



Thursday, December 16, 2010

SATU PERHUBUNGAN TERLARANG(SPECIAL EDITION)

:.: Bismillah :.:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT.

Err...Post kali ini sebenarnya ada kaitan dengan family sedikit sebanyak.

Cuma kalau boleh ana nak selitkanlah sedikit sebanyak ilmu dan peringatan jugalah kan.

Jadi, nak mula ceritanya begini. Sekarang ni dah heboh satu kampung.. eh takdela dah heboh satu

keluarga belah ayah kata ana nak kahwin.

Eh jap...Ana nak kahwin????

Diorang kata ana siap dah suruh ibu pergi merisik la ape la untuk berkahwin... Erkk...

Siap makcik2 nenek sume dah kol tanya tentang perkara ni.

Adehh... Okla... bagi pihak keluarga disana yang berada di Malaysia, harap bacalah benda ni ya.

Abg Long mane ade nak kahwin.

Buat masa sekaranglah. Muda lagi rasanya. Jerawat pun tak tumbuh2 lagi dah nak kahwin.Hehe.

Kalau nak kahwin pun MUNGKIN selepas habis belajar 6 tahun setengah yang sememangnya lama lagi kat

sini.

Itupun dengan izin Allah SWT, jika masih hidup.

Ana tak tahu makhluk Allah mana satu yang dok heboh mengenai benda ni. Haih...tolongla

kaklong dengan kakira pun tak kahwin lagi takkan abg long nak langkah bendol kot.

Jadi segala berita yang diterima adalah palsu ataupun mempunyai tokok tambah daripada orang 

yang tak bertanggungjawab. Entah2 sebab terbaca dekat banner blog ni yang tertulis 'bakal suami' jadi terus 

fikir wahh abg long nak kahwin. Haih kene tukar la pula banner tu nanti. Jangan risau, abg long tahu masih 

muda lagi. belum cukup umur lagi

& macam2 lagi. Jadi tu je eh. Dah tiada perkara yang nak dibincangkan lagi. Full Stop kot.

________________________________________________________________________________

Ok. dah habis satu hal. Sekarang ni nak kongsi sedikit cerita.

Bagaimana kalau dari pandangan diri ana sendiri tentang ibu dan bapa yang ada kat Malaysia ni.

Ini pun berdasarkan pengalaman yang dapat dari kawan2 dan sumber2 lain.

Jom dengar cerita.

________________________________________________________________________________
Ada 2 kisah

Kisah 1

     Keadaan bingit di kelas 5 A menyakitkan telinga Adi yang sedang sibuk menelaah pelajarannya. Kelihatan sekelompok pelajar di belakang kelas sedang sibuk membincangkan susun atur program kelas yang akan diadakan tidak beberapa lama lagi. Sebentar sahaja tadi 2 orang pelajar Cina keluar dari kelas menuju ke satu tempat. Ke tandas agaknya. Dan tidak ketinggalan pelajar2 lain yang juga sedang sibuk membaca buku dan tidak kurang juga yang berborak2 dengan alunan suara yang agak kuat menyebabkan Adi terganggu.
Lantas Adi memalingkan wajahnya ke sebelah kiri kelas dan melihat, sebuah tubuh, kecil molek sedang melintasi kelas 5A.

"Minah..."terlintas perkataan ini dihati Adi.

    Adi tidak melepaskan pandangannya sehinggalah kelibat Minah hilang dihujung pintu kelas. Minah seorang pelajar kelas 5 A+ yang mempunyai rupa paras yang menawan sehinggakan mana2 lelaki yang memandang akan jatuh cinta pandang kali ke berapa tah. Juga terkenal dengan gelaran genius dalam sekolah dan selalu berada dalam kalangan 'top student' ketika peperiksaan. Sudah 3 bulan berlalu sejak Adi terpandang Minah dan sejak itu bunga2 cinta berputik dalam hatinya. 

"Oi termenung jauh nampak" Ehsan menepuk belakang Adi sambil tersenyum kearahnya.

"Takde aku ternampak Minah tadi"balas Adi.

"Oooo patutla tak kalih pandangan, kena aku tepuk belakang ni baru sedar"kata Ehsan.

     Ehsan yang merupakan sahabat baik Adi mengetahui segala isi hati Adi dan dia jugalah tempat Adi mengadu. 

"Ko dah bagitahu dia ke yang ko nak kapel dengan dia?" Ehsan bertanya.

"Dah aku dah hantar surat kat dia semalam""Rasanya dia akan balas hari ini, aku ternanti2 jawapan dia"Adi membalas.

"Uih kalau ko dapat dia, tahniah la aku ucapkan. Semoga ko bahagia la ek" 

     Setelah itu, loceng rehat berbunyi dan para pelajar berpusu2 menuju ke kantin untuk mengisi perut yang ternyata sedang bergendang gendut tali kecapi. Tinggallah seorang manusia bernama Adi didalam kelas duduk dengan setia diatas kerusinya tanpa menghiraukan perutnya  yang sibuk meminta diisi supaya general function of the body dapat dijalankan. Beberapa minit selepas itu muncul seseorang seakan2 posmen datang membawa surat bewarna merah jambu dan agaknya disembur dengan minyak wangi 'Ambi Pour'. Surat itu lantas dibuka dan kandungannya dibaca.

Wahai makhluk bernama lelaki

Diciptakan engkau sebagai lelaki

Gagahnya engkau seorang lelaki

Sememangnya engkau seorang lelaki.

Disebabkan itu aku terima cinta engkau

Yang tidak berbelah bahagi.

Dating kita Di Jusco, Wangsa Walk dan bermacam lagi.

Harap hubungan ini diberkati(erkk diberkati ???)

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _

okeh habis sudah cerita pertama. Harap fahamlah jalan cerita ya. Kita sambung cerita ke-2.

Kisah 2

     Malam yang tenang dan sunyi di sebuah kolej yang terletak di selatan tanah air. Keadaan yang sunyi diisi dengan satu suara yang kelihatannya keluar dari sebuah corong di masjid utama kolej tersebut. Satu kuliah mingguan yang dijalankan pada hari khamis selepas sahaja selesai solat isya' diadakan. Penyampai kuliah tersebut merupakan seorang Ustaz yang berkelulusan Phd dari Azhar Mesir. Kuliah yang diberikan tampak semangat dengan sekali sekala diiringi dengan gelak tawa para hadirin yang mendengar lawaknya. Kuliah yang diadakan pada kali ini adalah lebih tertumpu kepada pemuda dan pemudi yang sedang belajar di kolej tersebut. Tidak dikecualikan Aziz yang sejak dari tadi tidak mengalih pandangan dari Ustaz tersebut. Dia tertarik dengan cara penyampaian ustaz itu dan tekun mendengarnya.






     Isi2 yang disampaikan amat bermanfaat dan berguna. Jika tidak dia menghadiri kuliah ini tidak dia tahu akan adanya meminang melalui syariat Islam. Selama yang kita dengar, seseorang itu telah menjadi tunang apabila telah kedua2 belah keluarga bertemu dan memberi dan saling bertukar hantaran dan juga cincin.
Teringat kata2 ustaz tersebut.

"nak meminang ni senang je, kamu cakap kat perempuan tu saya ingin memperisterikan awak, jika dia setuju maka dia tidak boleh menerima pinangan dari orang lain dan dia adalah tunang kamu yang sah."kata2 ustaz itu terngiang2 dalam kepalanya.

"Betul juga kata ustaz tu, daripada tak tentu pasal kapel mengapel, baik ada ikatan yang sah betul tak" Aziz bermonolog dalam hati.

   Seminggu berlalu, kelas bermula seperti biasa. Tiada yang ganjilnya pada hari itu, pelajar berpusu2 menuju ke kelas masing2 dan ada juga yang ke dewan kuliah yang terletak disebelah selatan kolej. Aziz memakai kasut dan meneruskan perjalannya kekelas praktikal yang diadakan pada sebelah pagi yang akan bermula sebentar sahaja lagi. Beberapa tempat dilintasi untuk menuju ke kelas praktikal, ketika dia mengangkat kakinya untuk melangkah melintasi kafe dia bertembung dengan seorang akhawat. Jika tidak Allah SWT ciptakan myelin sheath pada nerve2 yang ada pasti dia akan terlanggar sebelum sempat dia berhentikan langkahnya.

    Tetapi takdir Allah SWT, dia terhenti pada ketika itu juga dan tidak mampu  merungkai kata2. Kakinya kaku, motor cortex yang ada pada precentral gyrus telah memberikannya arahan untuk bergerak tetapi satu naluri yang kuat dari hati telah memberhentikan langkahnya. Dia tergamam, terdiam, terkedu dan akhirnya kembali kepada consiousness selang beberapa minit selepas itu. Imej akhawat berjubah, bertudung labuh, bermata empat muncul dalam benak fikirannya yang kini akan diproses untuk disimpan sebagai short term memory dan mungkin akan hilang jika tidak dia melihatnya kembali.

"siapakah dia" katanya dalam hati

    Disebabkan perasaan yang ada dalam hatinya, tidak dia makan tidak dia minum. Sebab dia berpuasa pada hari itu. Dah maghrib nanti dia berbukalah ya. Juga dia tidak mandi disebabkan air musim sejuk yang mencecah 7 darjah celsius yang menjadi kebiasaan masyarakat disini. Pada malam hari dia , setelah hampir 90 minit dia tidur, REM(rapid eye movement) berlaku diiringi dengan mimpi. Mimpi yang kelihatan dalamnya seorang bidadari berjubah putih dan bemata empat datang kepadanya. Lantas dia terus bangun dan membasuh muka. Adakah ini yang dikatakan cinta.

     Tidak dia ketahui bagaimana untuk menyampaikan hasrat hatinya. Ingin dia miliki akhawat tersebut tetapi tidak dia bersedia untuk berkahwin. Pelajaran perlu dihabiskan terlebih dahulu, masih ada baki 3 tahun lagi untuk ditamatkan perjalanan kuliahnya sebelum berjaya dia menggapai segenggam ijazah. Tetapi tidak dia mahu untuk melepaskan akhawat itu. Perasaan cintanya sangat dalam ibarat dalamnya lautan Pasifik atau Atlantik atau lautan Hindi. Jika dibiarkan lama2 pasti dikebas orang. Apakah yang patut dilakukannya. Tiba2 dia teringat akan kata2 Ustaz ketika kuliah pada minggu lepas. "Meminang mengikut syariat Islam""Mudah dan praktikal". Tetapi patutkah Aziz bebuat begitu??????

_________________________________________________________________________________

Okeh ... 1st nak ucap tq sebab sudi baca panjang2.

Kalau bosan tu ana minta maaf.

Kalau ada terjumpa ayat2 medic tu biasalah. Exam nak dekat.

Apa salah jika diaplikasikan.

Cuma ingin ana timbulkan persoalan.

Dari 2 buah cerita tersebut, adakah tindakan Adi atau tindakan Aziz yang betul???

Dah terfikir jawapan???

Jika ana, ana akan pilih Aziz. Sebab apa???

Sanggup ke ibu bapa tengok anak2 dok kapel2 sana sini, dahla kapel 2 HARAM pastu 

senang hati pula jika tengok anak dibawa kehulu kehilir pergi dating. Sanggup ke?

Jika pada kisah Aziz tu, dia ambil kepetusan  yang sememangnya Islam sendiri dah ajar.

Maksudnya memang ada hikmah dan kebaikan kenapa Islam ajar kita camtu. Bukan saja2 je.

Islam memudahkan kita, jangan menyusahkannya dengan adat atau budaya sesebuah masyarakat.

Ibarat kamu semua adalah ibu atau bapa, sila pilih

nak anak dengan hubungan yang haram atau hubungan yang sah dari segi Islam?

Wallahualam

*maaf kalau ada terkasar bahasa ke ape, takut juga kalau ada yang terasa.
**kalau ada salah ejaan 2 maafkan je ya, da tulis panjang2 malas nak betulkan.

"FUTUR"

:.: Bismillah :.:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT

Selawat dan salam keatas Nabi junjungan Rasulullah SAW.

Di pagi2 buta ni ana cuma ingin berkongsi sedikit sebanyak.

Tidak jalan dakwah itu dihamparkan karpet merah bagi para daienya.

Tidak jalan dakwah itu disediakan kelazatan dunia yang indah2.

Yang ada hanya onak duri yang sentiasa terbentang.

Kebatilan yang luas mata memandang.

Dan tugas ini tersandang pada bahu2 mereka yang bergelar daie.

Allahu ghayatuna.

"Jalan dakwah tidak ditaburi dengan bunga-bunga, tetapi merupakan satu jalan yang susah dan
panjang. Kerana sesungguhnya antara yang hak dengan batil ada pertentangan yang nyata. Ia
memerlukan kesabaran dan ketekunan memikul bebanan yang berat. Ia memerlukan kemurahan
hati, pemberian dan pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera tanpa putus asa danputus harapan. Yang diperlukan ialah usaha"...Al-Ustaz Mustafa Mashur


Tuesday, December 14, 2010

PERCAYA DAN BERJAYA

:.: Bismillah :.:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT.

Akhirnya terdaya juga nak menaip kat dalam blog ni setelah beberapa kali mencuba

dan akhirnya dikalahkan oleh sifat malas.(sila buang jauh2 ea). Kali ni tiada kata2 yang banyak

ingin dituliskan. Cuma nak update keaadaan di Alex ni. Sekarang ni kami berada dalam awal musim sejuk disini.

Kalau tengok thermometer sekat bahagian kanan skrin laptop ni dah mencecah 8 darjah celsius. Suhu 

yang boleh dikatakan rendah untuk awal musim. Tahun lepas rekod yang dicipta sama dengan pada hari ini

cuma itu pada pertengahan musim. Jadi keadaan dekat sini memang sangat2 sejuk ditambah pula dengan 

hujan ribut secara berturut2 2 hari yang lepas. Juga ribut tersebut diiringi dengan hujan air batu yang 

datang dan pergi. Tidak kira apa pun yang berlaku semuanya datang dari Allah SWT juga.

Ada hikmahnya kenapa berlaku ribut pada 2 hari lepas.

Exam hanya tinggal lebih kurang 17 hari sahaja lagi dan nampaknya proffesor2 telah mula menaikkan 

gearnya dari 4 ke 5 dan seterusnya menggunakan turbo dalam menghabiskan modul CNS Part 2 ni.

Semalam Histo sahaja dia telah menghabiskan 11m/s dalam masa 1 jam yang ternyata amatlah banyaknya.

Jadi kami yang dalam proses belajar ni tidak sepatutnya mengeluh tetapi meningkatkan lagi usaha kami

untuk bersama2 dengan kelajuan profesor2 yang ada disini malahan jika boleh tambahkan 'nos'(NO2)

pada enjin kat badan ni. Sekarang bukan masa untuk mengeluh tetapi masa untuk bergerak.


Doa2kanlah kami ea.






Friday, December 10, 2010

DEMI CINTAKU PADAMU

:.: Bismillah :.:

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT

diatas segala nikmat yang diturunkannya kepada kita.

Satu persoalan yang ana ingin timbulkan.

Apakah bukti cinta kamu semua kepada Allah SWT selama ini.???

Jika bagi ana sendiri orang yang ingin meraih cinta Allah tidak akan lupa kepadaNya

dalam apa jua keadaan. Dan juga sentiasa beribadah kepadaNya tidak kira siang dan malam.

Zahirnya pada waktu siang memang kita nampak ibadah itu. Kita dapat lihat orang melakukan solat2 sunat.

Tetapi pada waktu malam???

Jadi isikanlah malammu dengan beribadah kepada Allah SWT. JOM QIAM.


Thursday, December 9, 2010

SATU PERHUBUNGAN YANG TERLARANG PART 2

Akhir Tahun 2010, Iskandariah


     Dingin bayu angin pagi di persisiran pantai Iskandariah menusuk kedalam spinal cord dan mengaktifkan receptor yang ada di dalam kulit untuk menghantar  isyarat kepada otak bagi mengaktifkan sistem dalam badan bagi menghasilkan vasoconstrictor of the blood vessel, erection of the hair at the skin dan pelbagai lagi bagi meningkatkan suhu dalam diri ini. Kelihatan matahari mula memunculkan sinarnya disebalik lukisan lautan yang indah, menghiasi bumi Iskandariah, memberi cahaya, memberi sinar seakan sinar harapan kepada makhluk yang melihatnya. Cahaya oren keemasan menghiasi tubuh seorang hamba, berdiri tegak menghadap ufuk timur sambil memerhatikan alam ciptaan Allah SWT yang tiada tolok bandingnya. Sungguh kuasa yang sangat hebat telah mencipta semua ini, tidak mampu seorang manusia untuk mencipta semua ini melainkan Allah Tuhan yang Maha Esa.

     Puas ku menatap pemandangan laut lantas ku hayunkan langkahku perlahan meyelusuri perisisiran pantai. Alhamdulillah dengan tercitanya Meissner's Corpuscles dapat ku jalankan tactile discrimination bagi membezakan lembut pasir dan ombak air yang menhempas kakiku. Terasa dingin kaki ini tatkala air laut mencecah ke kakiku. Sungguh jika dikira nikmat di dunia ini tidak dapat dibandingkan dengan amalan seorang abid yang sentiasa beribadah kepada Allah SWT siang dan malam. Kadang aku terfikir betapa sayangnya Allah SWT pada hambaNya masih kita berbuat dosa tetapi tidak ditarik nimatnya, aku tidak mengharapkan istidraj yang berlaku. Aku bersyukur diatas semua ini, diatas nikmat yang diberi, atas segalanya Ya Allah.
Paling ku bersyukur Ya Allah, dikau kurniakan aku murabbi yang sentiasa membimbing diriku ini. Tatkala ku memerlukan bimbingan dia sentiasa berada disisiku, ketika ku tidak keruan dia memberi kata penenang kepadaku.

     Masih ku ingat kalam emas yang keluar dari mulut seorang murabbi ketika kali pertama ku berjumpa dengannya. Kalam yang ku anggap mengubah diri ini 360 darjah. Bukankah perubahan kearah yang lebih baik itu dituntut dalam agama kita. Rugilah seseorang apabila amalannya adalah sama atau lebih teruk dari hari semalam. Kalam yang menjadikan diri ini lebih matang dalam membuat keputusan dan matang dalam pemikiran. Setahun sudah berlalu, banyak perkara yang telah berlaku sepanjang hidupku disini. Menjadi satu kelebihan apabila berada di negara orang, mengajar kita sesuatu yang tidak mungkin akan diperoleh di tempat yang lainnya.  Telefon bimibitku berbunyi, kedengaran lagu The Choosen One oleh  Maher Zain didendangkan lantas ku keluarkannya dari poket seluarku dan melihat siapakah yang telah menghubungiku. Satu nama yang sememangnya aku aku kenali lalu aku menjawab paggilannya.

     ' Assalamua'laikum In dia dah setuju' kedengaran kata2 ini keluar dari corong suara telefon bimbitku.

________________________________________________________________________________
Satu perhubungan terlarang part 1

Tuesday, December 7, 2010

AZAM TAHUN BARU

:.: Bismillah :.:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT.

Teringat bila Fittry cakap semalam ada seorang sheikh yang ana tak ingat nama dia.

Dia berpesan belajarlah bahasa Arab. 'Limaza?'

Kerana jika kita lihat pada kalimah Alhamdulillah bukan sahaja beerti 'praise to be to Allah' 

atau dalam bahasa Melayunya Segala Puji Bagi Allah tetapi maksudnya lebih mendalam lagi.

Peri pentingnya belajar bahasa Arab ni supaya kita lebih memahami apa kalimah2 yang kita ucapkan

setiap hari.

Jadi hari ni seperti yang kita semua tahu merupakan Awal Muharam yang bersamaan dengan Ma'al Hijrah.

Mengikut kalendar Islam sudah setahun berlalunya kehidupan kita dari Awal Muharam pada tahun lepas.

Maka marilah kita sama2 muhasabah diri kita, amalan kita, apa yang telah kita lakukan untuk 

kehidupan kita pada satu tahun yang lepas.

Adakah kita sudah menjadi seorang hamba spertimana yang diingini oleh Tuannya?

Adakah amalan kita sudah mencukupi untuk membawa kita ke syurga atau

bertambah dosa untuk membawa kita ke neraka.

Hidupnya kita pada hari ini disebabkan kasih dan sayangnya Allah SWT pada kita

yang masih memberi ruang masa untuk kita memperbaiki diri kita dan seterusnya melakukan 

amalan2 yang dapat mendekatkan diri kita kepadanya.

Lazimnya pada tahun baru kita akan meletakkan niat dan azam baru bagi meneruskan perjuangan di

muka bumi ini.

Maka ana timbulkan satu persoalan apakah azam yang kamu semua letakkan untuk tahun baru ini.

Jika bertanya pada sahabat2 pelbagai azam yang disematkan dalam hati dan semuanya 

yang menuju kearah merapatkan diri kepada Allah SWT.

Jika ada yang berazam nak buat kenduri kahwin tahun ni pun silakanlah.Hehe.

Tapi pastikan buat kenduri masa cuti nanti baru dapat datang.

Sekarang student2 yang ada dekat Alex U ni tengah sibuk buat persiapan untuk exam.

Bagi kami 2nd year lagi lebih kurang tiga minggu sahaja lagi untuk membaca dan hafal buku modul

yang sememangnya sikit punya tebal. Lebih kurang 400m/s untuk dihafal jadi doa2kanlah kami berjaya

dalam exam kali ini. 3 minggu untuk bermujahadah jadi harap2 sempatlah kami semua habiskan modul2 ni.

Ana sendiri harap dapat result yag lebih baik untuk sem ni. Jadi perlu usaha lebih banyak.

Akhir kalam ana cuma nak berkongsi salah satu cara untuk mendapatkan kemanisan beribadah kepada Allah 

ya'ni tundukkanlah pandangan kita dari segala perkara maksiat.

Mungkin boleh letak azam baru untuk tundukkan pandangan. Amacam?Bole?

Wassalam

Tuesday, November 30, 2010

SANGAT2 LAH MARAHNYA

:.: Bismillah :.:

Apa2 pun biar kita mula dengan ucapan sepertimana tertera kat atas ni.

Di pagi hari selasa yang mulia ni, ana terasa macam nak marah, sakit hati dan macam2 lagi.

Kenapa?

Silalah baca berita2 dekat kosmo online ke metro online ke.

Silalah baca berita yang ada dalam web tu.

Pertama sekali bengang sebab ada juga pemimpin negara arab yang bodoh sesangat

suruh US ngan Israel/Yahudi laknatullah

serang negara Iran sebab program nuklear dia.

Diorang takut terjadi peperangan atas sebab nuklear tu semua.

Diorang ni tak fikir ke. Siapa yang diorang suruh serang tu. Kalu tak silap diorang tu bergelar muslim juga 

kan?kan?kan?

Sesyiah2 Iran 2 pun sekurang2nya diorang berani nak tunjukkan kekutan Islam.

Ni tak macam negara2 yang lain. Kecut, tunduk dekat US/Israel tu.

Kalau dari pandangan ana sendirila. DIorang ni cuma nak jaga kepentingan diri masing2 je.

Langsung tak pernah terfikir tentang kepentingan umat Islam.

Bila US/Israel buat program nuklear ke ape ke. Boleh pula. Takde pula orang lain suruh serang ke ape. 

Apa kejadahnya la negara2 Arab kat sini. Arab Saudi ke, Jordan ke, Mesir ke, sama je semua.

Mesir yang sikit punya banyak ulama, salah satu pusat ilmu kat dunia ni pun ada pemimpin yang jahil.

Aishh. Sama2la kita berdoa semoga umat Islam zaman sekarang diberi hidayah dari Allah SWT.

Yang keduanya pula dekat negara kita, kurikulum baru telah dikeluarkan. 

Nak tahu apa?

Pendidikan seks untuk pelajar menengah bermula dari tingkatan satu.

Ni lagi satu masalah negara. Orang sepatutnya sibuk tekankan ilmu agama kat sekolah, ilmu akhlak

bukannya tekankan lagi ilmu2 tentang seks ni. Kalau tengok kat Youtube bagaimana TGNA

menerangkan tentang Islam dalam mencegah zina dan maksiat.

Diorang ambil langkah ni sebab nak diorang kata nak atasi gejala buang bayi & sebagainya.

Bukan inilah caranya, dalam Al-Quran sendiri dah cerita macamana. Kenapa taknak terapkan.

Allah SWT dah bagi jalan tapi taknak guna. Ambil sikit je. Pastu bila cakap sekular mula nak 

bising semua.

Ikut sangat cara barat tu. Sama jela macam kita ajar pendidikan seks dari awal pastu tengok apa jadi

dengan negara diorang. Seks bebas lagi berleluasa adalah.

Jika selepas ini, zina buang bayi dan sebagainya masih berleluasa nak buat macammana?

Nak ajar dekat budak tadika pulak?

Kembalilah kamu semua kepada Al-Quran dan AsSunnah. Itu yang terbaiknya bukan sebaiknya.

Penghayatan perlu ada, Islam adalah agama yang sejahtera yang mengajar umatnya untuk berakhlak mulia.

Kenapa taknak ambil tu semua.

Aih, cukuplah luahan setakat ni. Nak tulis banyak2 pun apa guna. Bukan diorang baca blog ni.

p/s:Ana menulis sebagai diri ana sendiri yang neutral bukan menyebelahi mana2 parti politik ke apa.
    Nanti kene tarik biasiswa pula.Hehe

Monday, November 29, 2010

Bersama Menyelusuri Sirah Rasulullah SAW

:.: Bismillah :.:

Sirah Rasulullah tahukah anda?

Kenapa perlu belajar sirah Rasululllah?

Ingin tahu?

Disini menunjukkan satu video promosi kelas Sirah dibawah anjuran ISMA Iskandariah

yang telah dihasilkan oleh Syabproduction

Saksikan...........


Saturday, November 27, 2010

NIKMAT HIDUP INI

:.: Bismillah :.:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT.

Teringat hari semalam bila nak update blog. Bila dah tekan publish post tiba2 ada masalah.

Tensen juga bila dah tulis panjang2.

Tapi tidak mengapa, mungkin Allah SWT nak uji kesabaran. Huhu

                Hari ni saja nak promosi video baru yang dihasilkan SyabProduction.







Adakah hidup kita hanya dipenuhi dengan perkara2 seperti ini sahaja?

Maka rugilah kita pabila tiba disana nanti.

Dunia tidak dilupa begitu akhirat juga.

Wednesday, November 24, 2010

PENGAKHIRAN UNTUK PERMULAAN

:.: Bismillah :.:

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT.

Atas nikmat dan kurniaannya.

Masih lagi mampu kita menghirup udara sepanjang hari2 yang lepas.

Adakah kita telah menunjukkan rasa syukur kita pada Allah?

Jika belum ucapkanlah Alhamdulillah.

Akhirnya berakhir juga Kursus Mentor PCI pada malam ini.

Bukan ana yang menjadi mentor, cuma menjadi AJK yang menguruskan program ini.

Sambil2 bekerja sambil2 mencedok sedikit sebanyak ilmu dari program ini.

Keseluruhannya, bagi diri ana sendiri. Kenapa dijalankan program2 seperti ini.

Tidak lain tidak bukan untuk menunjukkan pentingnya tarbiyah

dalam kehidupan seorang manusia.

Bila fikir2 balik. Berapa ramai orang yang inginkan tarbiyah.

Tetapi tidak memperolehnya. Juga berapa ramai yang dijalan tarbiyah.

Tetapi ditentang dilawan juga.

Kadang2 rasa nak menangis bila fikir benda ni.

Kepada Allah jualah tempat mengadu dan meminta petunjuk. 

Disebabkan ana menjadi AJK jadi ana dapat tahu lebih awal siapa mentor dan ahli SC

yang baru. Dapat seorang mentor yang boleh tahan mantapnya. Bakal Pengerusi PCI pula tu.

Kenal tak???

Alhamdulillah, walauapapun diharapkan SC ini akan berjalan dengan lancar 

dan istiqamahnya. Kalau dapat buat seminggu sekali pun best juga.

Infakkan sedikit masa untuk caj balik bateri kita.

Bukan bateri biasa tapi bateri IMAN kita. InsyaAllah.

Jadi kepada bakal2 ahli SC yang bakal disayangi kelak. Salam perkenalan

Salam ukhuwah. My name is Indra Putra Asrar, and I'm not an extremist.

THIS IS THE NEW BEGINNING
Senarai SC terbaru.



Saturday, November 20, 2010

SATU PERHUBUNGAN YANG TERLARANG PART 1

:.: Bismillah :.:

Iskandariah, awal 2010
     
           Sehingga kini ku tercari2 jawapan. Namun tidakku sangka malam ini merupakan malam yang merubah segala-galanya. Pantas pada malam itu ku menaiki temco menuju ke Mushtafa An-Nur yang terletak di Sporting. Kenderaan yang seakan-akan bas mini meluncur laju di atas jalan raya. Bintang2 begemerlipan di langit, dan jalanraya yang disinari lampu neon terus-menerus silih berganti memberi cahaya kepada jalan yang tiada penghujungnya ini. Aku memerhatikan keadaan luar dari temapt dudukku dalam kenderaan itu. Aku memalingkan pandangan wajahku keluar agar aku tidak terlepas tempat yang ku tuju. Dan....

"A'la Ganbasto", aku menjerit kepada pemandu tremco tersebut supaya memberhentikan kenderaannya.
Lantas ku turun dan meneruskan perjalanan ke arah yang dituju. 


45 minit selepas itu...


Aku : Ustaz ana nak tanya sikit boleh tak ustaz?

Ustaz: Boleh tanya jela.

Aku : Ustaz boleh ke kita berhubung dengan perempuan tu melalui YM ke ape ke, tapi hanya sebagai kawan.

Ustaz : Nampaknya macam kamu suka aje dekat perempuan tu.

Aku tersipu2 mendengar kata2 dari ustaz, tetapi hendak berdalih tidak boleh lagi malahan inilah kebenarannya.

Ustaz : Jika nak diikutkan Islam tidak membenarkan kaum Adam dan Hawa untuk berhubung tanpa ada apa2    
           sebab yang dibenarkan oleh Islam.

Aku : Apa yang dibenarkan Islam tu Ustaz?

Ustaz : Sebagai contoh ketika berjual beli, atas urusan menuntut ilmu dan ada lagi yang lainnya.

Aku : Tapi ustaz xkan YM sebagai kawan pun x boleh? Bukan ada papepun

Ustaz : Baiklah. Camni. Ustaz nak tanya kamu bila kamu mesej die, YM die adakah kamu dapat bendung 
           perasaan sayang kamu pada dia? Ustaz pasti yang perasaaan itu akan terus bertambah dan                      
           terus     bertambah yang akhirnya akan menggelap dan mengotorkan hati kamu. Adalah lebih baik
           jika kamu elakkan ikhtilat ini dari terus berlaku. Bukan hanya pada perempuan itu sahaja tetapi yang 
           lainnya juga.

Aku : Tapi ustaz nanti diorang kata ana sombong la pula. Jika nak tanya khabar pun x boleh juga ke ustaz.

Ustaz : Mereka tu isteri kamu ke sampai kamu nak terasa bila diorang kata kamu sombong. Jika kamu 
           mampu elakkan walau dengan hanya bertanya khabar. 

Aku : Ana xtaw nak kata apa lagi Ustaz. InsyaAllah ana akan cuba mengikut nasihat ustaz. Syukran Ustaz.

Ustaz : Ustaz cuma tak mahu kamu jatuh dalam lembah fitnah wanita. Terutama pada zaman sekarang ini.
           Mungkin boleh terjadi fitnah hanya atas sebab kamu bertanya khabar terhadap seorang perempuan ini 
          dan sebagainya. Kalu kamu tak tahan sangat nak cakap berbual dengan perempuan kahwin je. Ustaz 
          boleh tolong carikan. : )

    Setelah mendapat nasihat yang sangat berguna aku berjalan pulang sambil memikirkan dan akan ku berazam untuk cuba mengamalkan nasihat2 yang telah diberikan ustaz sebentar tadi. InsyaAllah aku berjanji.


***Kisah diatas merupakan kisah benar yang ditokok tambah sedikit sebanyak. Mana2 yang boleh diambil pengajaran silalah ambil ea. 

Thursday, November 18, 2010

Tarikh Keramat bukan Dato' Keramat

:.:Bismillah:.:

Alhamdulillah

Segala puji bagi Allah SWT atas limpah dan kurniaan nikmatnya kepada kita.

Dengan kasih sayangNya masih kita diberi peluang untuk hidup dan beribadah kepadaNya.

Ingin ana mengajak sahabat2 sekalian supaya kita bersama2 mengambil peluang ini untuk

meningkatkan keimanan kita dan sentiasalah beristighfar setiap kali melakukan dosa dan bertaubat kepadaNya.

Untuk kali ini ana nak promote satu benda(huh keje asyik promote je) dekat kamu2 semua.

Pada beberapa hari yang lepas telah terberlakunya satu kejadian pada 11/11/2010 yang

bersamaan dengan tarikh keluarnya keputusan UPSR yang dimana thun adik ana mengambilnya.

Tahniah diucapkan kepada NURUL ATIRA BT ASRAR atas kejayaan mendapatkan 3A 2B.

Walaupun abang expect untuk adik dapat lebih tapi takpelah, ini pun abang dah bersyukur dah.

Jadikan ini sebagai batu loncatan untuk adik lebih berjaya di masa hadapan. Maafkan abang sebab lambat 

ucap tahniah.Hehe

Bercakap pasal nak promote tadi, masih ingatkah lagi anda pada syabproduction???

Pada tarikh keluarnya keputusan UPSR tersebut merupakan tarikh rasmi kewujudan blog






Jadi segala hasil yang telah dan akan dihasilkan oleh krew2 syabproduction akan dipaparkan disana.

Jadi ana berharap agar kita dapat bersama2 mengambil manfaat dan ibrah sebanyak yang mungkin.

Jadi kalau nak pergi  ke blog SyabP ni kamu2 semua bleh klik pada logo SyabP  yang terletal

disebelah kiri blog ini.

Akhir kalam. Selamat meghayati.

Wednesday, November 17, 2010

Catching Something Big

:.:Bismillah:.:

Alhamdulillah praise 2 Allah SWT for all of His Ni'mah 

especially the two of Islam & Iman.

Actually I have alot to say but I really don't know how 

to express it.

Just there is something, a big thing maybe, i want to do today.

May Allah give me the guidance.


Saturday, November 13, 2010

ILMU DAN MAKSIAT


:.: Bismillah :.:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT.

Bersyukur sesangat pada Allah SWT sebab masih berikan ana dan juga para 

sahabat  sekalian untuk hidup dibumiNya ini.

Alhamdulillah cuti untuk raya haji telahpun bermula.

Seronoknya raya haji kat sini. Cuti dia lama tak macam kat Malaysia.

Biasanya Arab kat sini sambut raya haji lagi lama dari raya puasa.

Kalau kat sini raya haji lebih meriah kalau nak dibandingkan dengan raya puasa.

Teringat pula masa raya puasa aritu, memang bosan sebosan-bosannya.

Raya sehari je kat Asrama MARA lepastu duduk rumah je memanjang.

Cuti seminggu ni takde banyak perancangan sangat.

Cuma nak habiskan masa study module 8 yang tebalnya mencecah sehingga 234 m/s.

Itu baru Part 1. Pastu ada part 2 pula. Memang banyak la kena habiskan.

Jadi cuti ni nak habiskan masa habiskan buku ni sebelum masuk part 2.


tak tahula modul bape sebenarnya.


Bila nak menghafal ni memang satu benda yang sememangnya sangatlah susah.

Mesti ada kerajinan yang cukup tinggi dan bermacam2 lagi.

Dari sudut lain pula jika nak senang menghafal satu2 benda,

hati kenalah bersih dan suci daripada maksiat2 yang kita buat dan terbuat.

Maka segeralah beristighfar, sesungguhnya Allah suka akan hambaNya yang bertaubat.

Pernah dulu bagi tazkirah mengenai syair Al Imam As-Syafie 

yang mengatakan bahawasanya ilmu itu adalah cahaya(nur)

dan cahaya itu tidak akan menembusi hati orang2 yang membuat maksiat.

Jadi marilah kita sama2 mengurankan kadar melakukan maksita kta seharian dan

jika kita mampu jadikannya 0 = zero = kosong maksiat.

Selain memudahkan kta menutut ilu juga memudahkan kita untuk masuk ke syurgaNya insyaAllah.