Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT, dengan izinnya ana masih diberi peluang untuk menghirup udara segar di pagi yang hening di bumi Mesir ini. Sekarang ni kita tahu bahawa ramai senior2 kita yang bakal mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah mereka telahpun menemui jodoh mereka dan bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Tahniah diucapkan. Semoga perkahwinan ini bakal membawa rahmat dan dapat meneruskan generasi Islam yang bakal menjadi mujahid atau mujahidah satu hari nanti insyaAllah.
Kalau dilihat, ditengok, diperhatikan tajuk di atas tu, fahamlah bahawa ana sememangnya sedang mencari jodoh. Mungkin ada yang kata bukan terlalu awal ke? atau weh baru 1st year kot?muda lagila... Tetapi kahwin waktu muda2 ni pun apa salahnya kan. Tengok Abg Din, kahwin awal rilek jer.(yeker rilek)..huhu. Lagipun memang digalakkan pemuda pemudi yang dah layak & cukup syarat untuk dikahwinkan. Betul tak?
Tetapi yang sebenarnya jodoh yang ana sedang tercari2 ni bukanlah untuk ana. Betullah macam statement kat atas tu. Bagi ana awal lagi. Boleh kata sekarang ini 'rilek2' la dulu. Belajar pun entah kemana dah nak kahwin. Sebenarnya ana ada dapat permintaan dari seseorang untuk carikan jodoh ni. Orang kata daftar sahaja dekat 'BAIT MUSLIM' senang cerita tapi untuk kes ni ana rasa tak boleh rasanya....huhu. Sebabnya adalah orang yang minta ana carikan itu adalah..........................................
Haaa inilah dia... kenal tak? Yang belah kiri tu. |
- Selalunya kami panggil dia Sheikh Muhammad atau nama penuh dia Muhammad Hamid
- Berumur 26 tahun
- Merupakan pelajar Universiti Al-Azhar dalam bidang apa tidak pula diketahui. Juga adalah seorang pengajar bacaan Al-Quran di Maahad yang tidak dapat ana ingat namanya.
- Seorang yang sangat baik hati. Ana sendiri bila jumpa dia dapat rasa ketenangan dihati.
- Menetap di bermacam2 tempat. Kadang2 dekat mandarah, kadang2 dekat ibrahimiah, kadang2 kat Cairo. Kira selalu 'travel' jugalah sheikh ni.
- Merupakan seorang yang tegas bila sampai bab membaca Al-quran. Ana sebenarnya mengaji quran dengan dia. Syadidnya boleh tanya pada sahabat2 yang lain.
- Dengar cerita sahabat2 dia suka makan pisang.
- Masakannya juga boleh tahan sedapnya. Boleh kata dia ni pandailah juga bab2 memasak ni.
- Seorang yang menghafaz Al-Quran.
Wanita idamannya yang dia inginkan :
- subjek mestilah seorang wanita
- subjek hendaklah berasal dari Malaysia. Kira dia nak kawin dengan perempuan Melayu la. Ana ada juga cakap kat dia kenapa tak ambil sahaja dari kelas Maahad. Tapi macam 'no response' .Mungkin dia segan kot.
Pendapat ana sendiri tentang dia :
- Jika ana ini berada dalam 'side' wanita. Pastinya ana inginkan lelaki yang soleh. Yang dapat membimbing kita ke jalan yang lurus. Dengan jawapan yang pasti ana dah masuk minang dah sheikh ni.
- Ana bukan apa, kesian kat dia. Asyik suruh ana carikan dia jodoh, carikan jodoh. Dah takde jalan lain. Hanya wasilah ini sahaja yang ana mampu untuk tolong dia.
- Mungkin ada yang akan kata, sheikh ni Mesir, aku pula Malaysia. Mush mumkin. Jawapannya terletak pada diri anda sendiri. Ana boleh jamin, dia lelaki yang terbaik untuk wanita2 diluar sana. Serius ana tidak menipu.
- dalam bahasa inggerisnya "He is a very thrustworthy man'. You will not regret in marrying him". Percayalah.
Sedikit kalam :
- Hanya ini yang ana mampu buat untuk sheikh, lain2 terserah pada Allah SWT. Mana tahu ada wanita yang terbaca blog ni terbuka hati untuk masuk minang sheikh ni.
- Kalau boleh nak je daftarkan nama dia dalam BAIT MUSLIM. Tapi kalau orang arab boleh ke?
- Dia ni boleh kata bekerja sambil belajar. Bekerja sebagai guru dan juga seorang pelajar.
- Ana doakan dia semoga dia bertemu dengan jodoh yang dikendakinya dan yang terbaik untuknya.
Macam mana nak masuk minang?
- Ana sendiri sebenarnya tak pasti bagaimana. Bagi mereka yang ada kat Mesir ni. Jika terbuka hati dan dapat kebenaran ibu dan bapa bolehlah 'join' Maahad Quran ni. Selepas itu pandai2lah ya.
- Bagi yang ada kat Malaysia pula. Ana tak pasti macam mana. Minta maaf banyak2. Mungkin boleh datang mesir kot.
- Mengikut segala hukum syara' yang telah ditetapkan Islam.(sepatutnya yang ni kat atas sekali)
Wallahualam.
14 comments:
wah wah.. hari tu belong pos kat shout ym pasal kaklong, ni pasal ustaz ni pulak.. hai lah adik kaklong sorang ni..~
>>kaklong-dah ditakdirkan untuk tlg orang cari jodoh kot...pasni blog ni jadi tempat o ejen cari jodoh plak haha
emm,,
hari tu pun ustaz ad cakap jugak pasal kawin2 ni, time mngaja. tapi, x tfkir la pulak ustaz mntaz tlg ke apa. ingat ustaz saje2 crita. emm, pelik sbab ustaz mention dia nak kawin dgn pmpan melayu.
kaklong suggest belong tukar tajuk blog.. ejen cari jodoh.. hhihi ^_^
>>NIA-knapa plik dia nk kawen ngan pompuan melayu pula?
>>kklong-hmm...tggu ade 10 prmintaan baru belong tukar header kot...hehe
mungkin maksud Nia tu, kan banyak juga perempuan Arab, atau bangsa lain, tapi kenapa khusus kepada perempuan Melayu?
oh oh.. termasuk kaklong, ada 2 dah lah ye? hihi~
oh begitu....
mmg wanita sgt memahami sesama wanita...eheh..
knape khusus ea...tahla...
kena tanya empunya badan dulu kot...
huhu
ehm, aiwah. pelik sbab tu la. tapi, kna mention jgak kat ustaz kot, sbab org pmpuan ni fikirnya macam2. paling utama soal famili la kot.
emm..yekot...nnti kene terang balik kt dia...
kang takut yg sorang ni nk stay mesir yg sorang ni plak nk stay mesia...susa plak 2
ustaz nie melayu ker arab?konfius~
Assalamualaikum..
Dah berumahtangga ke ustaz ni?
mesti dah..posting tahun 2010..Semoga ALLAH permudahkan urusan ana juga mencari bakal zauj...ameeen..
Salam.. nak tanya, sheikh tu masih beum berkahwin ke? sya sebenarnya nak mencari jodoh lelkai yang boleh membimbing ke jalan Allah..
Post a Comment